AHMAD ZAKI

Potong Kuku Cara Islam (Sunnah)

Posted by: ahmadzaki on: 11 Jun 2008

Cutting Nails (Islamic / Sunnah Way)

Perlu diketahui bahawa memotong kuku adalah amalan sunat.

Berkata Saidatina Aisyah bermaksud:
Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur.
(Riwayat Muslim).

Dari Anas bin Malik bermaksud:
Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam.
(Riwayat Muslim).

Menurut Imam Shafie:
Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.
Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud:
Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya.
(Riwayat Ahmad).

Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud:
Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang.
(Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani).

RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh mengerat kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut.

Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.

Mulakan kerat kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan kerat start jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan Last sekali ibu jari tangan kanan.

Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.

Sila rujuk

(1) http://madani.16.forumer.com/a/sunnah-of-cutting-nails_post895.html

(2) http://www.hulchul.net/HC/lofiversion/index.php/t163687.html

(3) http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-14897.html

(4) http://www.saaid.net/Doat/Zugail/90.htm

(5) http://nukilanlaila.blogspot.com/2005/10/adab-memotong-kuku.html

.

MENURUT SEBUAH KITAB JAWA (Primbon)

Janganlah memotong kuku pada hari Sabtu, karena akan mendatangkan halangan atau rintangan bagi anda.

Janganlah memotong kuku pada hari Ahad, karena akan mendapat bencana,

Janganlah memotong kuku pada hari Isnin, karena akan ada orang yang dengki atau irihati,

Potonglah kuku pada hari Selasa karena akan disukai orang banyak.

Potonglah kuku pada hari Rabu karena akan membawa keselamatan dan perlindungan dari Tuhan.

Potonglah kuku pada hari Khamis dan anda akan mendapat rezeki.

Potonglah kuku pada hari Jumaat karena akan membuat anda disukai dan dicintai orang.

sumber: http://www.primbon.com

.

SEELOK-ELOKNYA POTONGLAH KUKU PADA HARI KHAMIS ATAU JUMAAT

2 Respons kepada "Potong Kuku Cara Islam (Sunnah)"

Aaaalamualaikum
Saya berumur 19 tahun,,Saya masih keliri dan tertanya-tanya bilakah waktu yang paling sesuai memotong kuku? Saya banyak baca artikel artikel yang membincangkan topik hangat ini.Jadi saya masih tidak faham yang manakah yang sebenarnya yang benar kerana banyak khilaf dan pendapat.Harap dapat membantu saya..
Syukran

assalamualaikum,

saya nak bertanye,sebelum iini sy penah berkerja di sebuah 24 jam convenience shop yg jenamanya begitu terkenal di seluruh dunia termasuk malaysia..saya hanya mendapat tahu bahawa kedai itu menjual minuman keras ketika interview..dan saya xberapa memikirkan nya..setelah bekerja baru sy teringat akan haramnya menjual minuman keras..saya menjadi musykil utk menggunakan duit gaji saya dan bertanya pendapat ramai org..ada yang mengatakan tidak boleh digunakan duit itu, ada pula yang mengatakan duit itu boleh digunakan kerana mmg sudah berniat utk berhenti sementara mencari kerja yg lain..sy tidak menggunakan duit gaji untuk membeli makanan..sebaliknya saya menggunakan duit itu dengan membeli selain daripada makanan..sehinggalah satu saat sy menggunakanya utk membeli makanan dimana setelah mendengar pendapat kenalan terdekat yg mengatakan bahawa duit itu boleh digunakan jika kite memerlukan nya dan mmg berniat mencari kerja lain…hukumnya tidak haram..sy sehingga sekarang sentiasa bertanya pada diri ini..dan berharap ada pihak yang dapat menjelaskan nya

Tinggalkan jawapan

.

  • 61,969 Pengunjung
web counter

 

Jun 2008
I S R K J S A
« Mei   Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Google Book

RSS Kelab Penyokong UMNO

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Harakahdaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS New Scientist – News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS New Scientist – Robot

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS New Scientist – Weapon

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Science & Tech

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Maxim.com Main

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Maxim.com Articles

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Maxim.com Gears

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS MarieClaire.com Love

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS MarieClaire.com Life

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS MarieClaire.com World

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Upcoming Movie

RSS Most Watched Trailers

murailogo_2