Kisah Tsalabah yang Alpa

Diriwayatkan dari Abi Umamah Al-Bahily r.a bahawa Tsalabah bin Hathib Al-Ansyary adalah orang selalu tinggal di Masjid Nabi tidak kira malam atau siang. Menurut sesetengah riwayat, Tsalabah ini juga turut menyertai Rasulullah SAW dalam Peperangan Badar.

Pada suatu hari Tsalabah keluar dari masjid dengan tergesa-gesa, hal Tsalabah ini dilihat oleh Rasulullah SAW maka baginda pun berkata “Wahai Tsa’labah ! Mengapa engkau berkelakuan seperti orang munafik, tergesa-gesa kamu keluar?”. Apabila dia mendengar kata-kata Rasullulah maka dia pun berkata “Ya Rasullulah! Saya tergesa-gesa ini adalah kerana kain yang saya pakai ini. Kain ini sajalah yang ada pada saya, isteri saya tidak berpakaian, apabila saya balik dia akan memakai kain saya untuk mengejarkan solat. Oleh itu mohonlah pada Allah s.w.t untuk saya agar Allah memberi rezeki kepada saya.”

Mendengarkan permintaan Tsalabah, Nabi menolak permintaan tersebut sambil menasihati Tsalabah agar meniru kehidupan Nabi saja. Tetapi Tsalabah terus mendesak. Kali ini dia mengemukakan rayuan yang sampai kini masih sering kita dengar, “Ya Rasulullah, jika aku diberi rezeki oleh Allah berupa harta, maka sudah tentu akan aku berikan kepada sesiapa yang mempunyai hak (zakat).

Setelah tiga kali Tsalabah meminta, Nabi akhirnya mendo’akan Tsalabah. Tidak lama kemudian, Tsalabah mendapat seekor kambing. Berkat doa Nabi Muhammad SAW tadi, binatang ternakannya berkembang dengan sangat pesat sehingga dia terpaksa menguruskan penternakannya agak jauh dari Madinah. Semakin hari, Tsalabah semakin sibuk menguruskan penternakannya sehingga dia tidak dapat lagi menghadiri solat berjamaah bersama Rasulullah SAW dan para sahabat yang lain.

Selalunya Tsalabah masih dapat solat berjemaah bersama Rasulullah pada waktu zohor dan asar, tapi kini solat lima waktu hanya ditempat penternakannya. Makin lama semakin banyak kambing ternakannya ia terpaksa membawa ternakan keluar Madinah. Maka Tsalabah cuma dapat sembahyang Jumaat saja secara berjemaaah.

Ketika turun perintah zakat, Nabi menugaskan dua orang sahabat untuk mendapatkan zakat dari Tsalabah. Namun, Tsalabah telah menolak mentah-mentah utusan Nabi itu. Ketika utusan Nabi datang melaporkan hal Tsalabah ini, Nabi menyambut utusan itu dengan celaan baginda, “Celakalah Tsalabah!” (Nabi murka, maka Allah pun murka!)

dengan itu, turunlah Ayat 75-78 Surah At-Taubah:

Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata: Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, tentulah kami akan bersedekah dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh.

Kemudian setelah Allah memberi kepada mereka dari limpah kurniaNya, mereka bakhil dengan pemberian Allah itu, serta mereka membelakangkan janjinya dan sememangnya mereka orang-orang yang sentiasa membelakangkan (kebajikan).

Akibatnya Allah menimbulkan perasaan munafik dalam hati mereka (berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka sentiasa berdusta.

Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah sentiasa mengetahui akan apa yang mereka rahsiakan serta apa yang mereka bisikkan dan bahawasanya Allah Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang ghaib?

Apabila Tsalabah mendengar ada ayat yang turun mengecam dirinya, dia mula takut. Lalu segera dia menemui Rasulullah SAW sambil menyerahkan zakatnya. Tetapi Baginda menolaknya, “Allah SWT melarang daku menerimanya.” Lalu Tsalabah menangis tersedu-sedu.

Setelah Nabi SAW wafat, Tsalabah cuba menyerahkan zakatnya kepada Khalifah Abu Bakar RA, kemudian Khalifah Umar RA. tetapi kedua Khalifah itu tetap menolaknya. Akhirnya Tsalabah meninggal pada masa Khalifah Usman RA.

Persoalannya, adakah kita Tsalabah-Tsalabah baru yang dengan linangan air mata memohon agar rezeki Allah turun kepada kita, dan ketika rezeki itu turun, dengan sombongnya kita lupakan ayat-ayat Allah.

Ada antara kita yang beralasan sibuk berniaga/mencari rezeki tak lagi sempat untuk menunaikan perintah-Nya. Ketika ada hamba Allah yang meminta sedekah / zakat, ramai yang beranggapan harta yang dimiliki ini adalah hasil kerja keras, siang-malam membanting tulang; bukan turun begitu saja dari langit, jadi mengapa pula senang-senang sahaja mahu diberi zakat atau sedekah.

Kita perlu sentiasa ingat bahawa rezeki itu datangnya dari Allah SWT, cuma kerja atau perniagaan adalah asbab (sebab) datangnya rezeki Allah SWT, dengan kata lain, rezeki kurniaan Allah SWT di datangkan melalui kerja atau perniagaan kita. Allah SWT berfirman dalam Al-Quran

Allah melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga yang menyempitkannya dan mereka (yang ingkar): Bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat.

Surah Ar-Rad ayat 26

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.

Surah Al-Hajj ayat 35

Dialah jua yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; Dia melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut peraturan itu); sesungguhnya Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Surah As-Syura ayat12

About these ads

3 thoughts on “Kisah Tsalabah yang Alpa

    • Assalamu’alaikum,
      Benar. Segala sirah yang melibatkan sahabat2 Rasulullah s.a.w mestilah mendapat kesahihannya. Bagaimana mungkin seorang ahlul badr mempunyai akhlaq sedemikian. Mungkinkah itu hadith dho’if? Allahu A’lam.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s