AHMAD ZAKI

Sabar hadapi dugaan asas kebahagiaan hidup

Posted by: ahmadzaki on: 29 Ogos 2008

KATA pujangga, hidup tanpa kesusahan, penderitaan, dugaan dan cabaran bagaikan nasi tidak berkuah, susah senang adalah asin kerana itulah rencah kehidupan. Ia menepati sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Dunia ini adalah negara tempat bala dan ujian.”

Maknanya manusia di dunia ini tidak terkecuali daripada menghadapi ujian hidup baik untuk melihat sejauh mana tahap kesabaran serta keimanan mereka, juga pendekatan digunakan bagi mengatasi dugaan yang datang.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Demi Allah yang jiwaku di tangannya! Tidak Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan ada kebaikan baginya dan tiada kebaikan itu kecuali bagi mukmin jika memperoleh kegembiraan, dia berterima kasih bererti kebaikan baginya. Jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya.”

Disuarakan oleh bijak pandai: “Adalah lebih baik menjadi orang beriman yang diuji, daripada menjadi orang kafir yang turut sama diuji. Bukankah lebih baik menjadi orang yang sabar ketika diuji daripada menjadi orang pemarah sedang diuji.”

Setiap ujian yang menimpa pasti terasa pahitnya atau sakit menekan perasaan kerana kebuntuan fikiran. Oleh itu, sabar adalah suatu perkara yang bukannya mudah untuk dilakukan.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kami akan beri percubaan kepada kamu, sehingga kami buktikan orang yang bersungguh-sungguh dari antara kamu dan orang yang sabar dan hingga kami nyatakan hal kamu.” (Surah Muhammad, ayat 31)

Tidak semua orang memiliki sabar, lantaran itu sikap sabar dianggap mahal dan tinggi nilainya malah ia termasuk sebagai sikap terpuji. Lantaran itu, Allah memerintahkan supaya berlaku sabar dalam firman yang bermaksud: “Hai orang beriman. Berlaku sabarlah. Sabarkan dan perteguhkan kekuatanmu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh kebahagiaan.” (Surah ali-Imran, ayat 200)

Berkata Junaid al-Baghdada katanya: “Bala adalah pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lalai. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.”

Pada prinsipnya, sabar harus diterap dalam setiap aspek kehidupan sama ada kehidupan rumah tangga, tugas kepemimpinan, hidup selaku petani, nelayan, usahawan, guru, pengarang atau penyiar. Semua memerlukan kesabaran, justeru setiap medan pekerjaan dan perjuangan ada tentangan serta ujiannya.

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan Muslim yang bermaksud: “Sangat mengagumkan keadaan seorang Muslim kerana segala keadaannya serba baik dan tiada mungkin terjadi demikian kecuali bagi orang mukmin, jika mendapat nikmat dia bersyukur. Itu adalah kebaikan baginya dan bila mendapat kesusahan dia bersabar, itu kebaikan baginya.”

Golongan yang sabar sedar mengenai kemanisan, kepahitan dan penderitaan akan berkurang bahkan hilang lenyap berganti kegembiraan. Firman Allah yang bermaksud: “Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu apabila kesusahan menimpa, mereka berkata; sesungguhnya kami ini milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya kami akan kembali.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-156)

Kesabaran adalah kekayaan rohani yang besar, ia sebagai pangkal kebahagiaan. Dalam menghadapi kehidupan yang serba getir, semuanya perlu memiliki sifat sabar.

Oleh Wan Abd Rahim Wan Mohamad

Sumber: http://www.bharian.com.my

5 Respons kepada "Sabar hadapi dugaan asas kebahagiaan hidup"

iyer ke…tapikan dah lama saya bersabar tapi tetap berbagai bagai dugaan menimpa saya…macam macam…dengan pergi temuduga tapi tak dapat… putus cinta sebanyak 2 kali….cuba bayangkan…. saya nak bahagia bukan dugaan yg bertimpa.yang saya pelik orang yg buat saya saya tengok bahagia lagi,dapat anak, bertunang, pangkat jawatan tinggi dalam kerajaan….tolonglah …saya runsing….

“Tidaklah suatu musibah menimpa seorang muslim baik berupa malapetaka, kegundahan, rasa letih, kesedihan, rasa sakit, kesusahan sampai-sampai duri yang menusuknya kecuali Allah akan melebur dengannya kesalahan-kesalahannya” HR. Bukhari, Juz. X/No. 91.
Sumber~ http://blogs.iium.edu.my/zahlinah/2008/06/12/60-pintu-pahala-dan-pelebur-dosa-1/

salam..
saudara shahrul…
dalam hidup ini memang tidak selalunya indah…saya juga manusia yang sentiasa dduga diuji..terkadang saya tergelincir dari landasan itu.saya jatuh tersungkur dan kecewa.mengapa ini yang harus saya tempuhi…orang lain bahagia walaupun kita cuba untuk kearah itu….namun itulah dugaan shahrul.ALLAH itu maha adil.DIA ingin menguji hambaNYa..samada kita mampu untuk bersabar dan tabah dalam menjadi manusia beriman.saya letakkan diri saya diantara 2 situasi.antara orang pertama yang ada kereta mercedes dan juga orang kedua yang hanya ada basikal.sifat manusia mmg tidak pernah puas.saya bandingkan dengan org yg pertama.’’saya juga ingin memiliki kereta mercedes,lagi best..lagi hebat…lagi selesa..’’saya menjadi manusia yang terlupa diri..tapi bila saya bandingkan diri saya dengan orang kedua,”dia hanya mampu mengayuh untk 1 org,panas,hujan,..bahaya…’’saya istighfar..saya sememangnya manusia yang bertuah..diberi kesempurnaan oleh ALLAH swt…saya sentiasa ingatkan diri saya, hidup ini hanya sementara, penuhi hari2 dengan sesempurna yang mngkin walaupun kdg2 kita alpa dngn dunia ini..ingatlah..ALLAH itu sentiasa bersama kita…semoga saudara tabah dalam menghadapi dugaan dan cabaran kehidupan..

hidup berumah tangga membuatkan saya terfikir kenapa saya perlu berkahwin kalau sekadar untuk menempuh masalah demi masalah. bercerita bukan untuk mengaib sesiapa, sekadar meluah rasa yang bebannya seperti dah tertanggung lagi. Bulan pertama berkahwin saya disahkan mengandung dan ketika itu juga saya dapat tahu suami masih berhubung dengan perempuan lain(yang saya tidak pernah tahu pun kewujudannya walaupun dah berkawan hampir 3 tahun). Malah bukan seorang, jumlah sebenar saya xtau tapi hampir 5 atau 6 org. itupun saya trigger dari sms, phone call, mms yang semua pun berbaur lucah. Sejauh mana hubungan sebenar mereka sampai terlanjur berapa kali pun saya xtau. Bila saya confront suami dan gaduh besar, saya minta dilepaskan dan terasa seperti hendak bunuh diri rasanya. dia cuma diamkan diri dan minta maaf dan berjanji utk berubah. ok saya terima dan mengenangkan suami juga manusia tak sempurna tak lari dari membuat kesilapan. saya fikirkan juga anak dalam kandungan. hidup kami kembali normal, sehingga saya kini sudah masuk 7 bulan kandungan, suami kembali berperangai liar. itupun sebab saya jumpa video2 lucah dalam hp nya.saya betul2 xfaham kenapa suami ini begini, mana salah saya walhal saya jaga makan minumnya, saya ikut kehendak seks dia, saya bantu dia dalam masalah kewangan, saya beri dia kebebasan berkawan, saya cuba faham apa masalah dia, dan ini balasannya. saya tanggung derita begini bersama kandungan yang sarat. kalau ini dugaan allah untuk saya bersabar, jujur saya tidak tahu bagaimana saya hendak bertahan.

Firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 1-3.
Maksudnya :

1. Alif, Laam, Miim.
2. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
3. Dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta.

Allah berfirman surah al-Baqarah ayat 214.
Maksudnya :
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang Yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” ketahuilah Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).”

Tinggalkan jawapan

.

  • 62,497 Pengunjung
web counter

 

Ogos 2008
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Google Book

RSS New Straits Times

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Kelab Penyokong UMNO

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Harakahdaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS New Scientist – News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS New Scientist – Robot

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS New Scientist – Weapon

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Science & Tech

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Maxim.com Main

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Maxim.com Articles

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Maxim.com Gears

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS MarieClaire.com Love

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS MarieClaire.com Life

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS MarieClaire.com World

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Most Watched Trailers

murailogo_2