Buah-buahan yang disebut dalam Al-Quran


PENDAHULUAN

Sesungguhnya apa yang diciptakan oleh Allah SWT mempunyai hikmah yang amat besar sama ada yang hidup melata di atas muka bumi, yang terbang di udara, yang hidup di air, manusia, tumbuhan dan sebagainya. Semua itu menggambarkan kebesaran dan kekuasaan Allah.

Firman Allah: dalam surah Al-Mukminun ayat 51

Maksudnya: “Wahai rasul-rasul, makanlah daripada makanan yang baik-baik lagi halal, dan kerjakanlah amal yang soleh. Sesungguhnya Aku maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Firman Allah: dalam surah Al-Baqarah ayat 172

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadah kepadanya.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 168

Maksudnya: “Wahai sekalian manusia makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang terang nyata bagi kamu.

Kesemua ayat-ayat di atas menerangkan perintah Allah Taala ,agar manusia memakan makanan yang baik lagi halal agar mereka mendapat kebaikan dan kesihatan.

Dalam kertas kerja ini akan dibentangkan mengenai nilai tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan berpandukan kepada kajian sains pemakanan dan kesihatan.

Phoenix dactylifera L.)

Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin.Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.

Kurma yang dikenali sebagai Phoenix dactylifera L. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.

Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.

Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetis, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.

Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.

Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.

Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

Firman Allah:

Maksud: “Dan gegarlah kearahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. “Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan.

Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini ,sabdanya:” Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan- santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar.

Sekiranya Allah ada menjadikan sesuatu buah yang lebih baik daripada tamar sudah tentu Allah telah memberikan (kepada Siti Maryam)”

Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia,menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Disamping menambahkan tenaga seksual,kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.

Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.

Tidak sahaja buah kurma, umbut dari pokok kurma juga boleh dijadikan makanan dan ia juga mempunyai khasiat yang tersendiri.

Pengeluar kurma dunia ialah Arab Saudi, Iraq, Iran, Mesir, Tunisia dan Algeria

Kandungan Kurma Kering

%

Gula

Lebih 50

Protein

Lebih 2

Lemak

Lebih 2

Sumber Mineral

Lebih 2

Sumber: Encyclopaedia Britannica CD99.

Allah Taala telah menyebut mengenai buah Anggur di dalam Al-Quran sebanyak 6 kali. Semua perkara yang berkaitan dengan buah anggur di dalam Al-Quran melambangkan nikmat dan kurnia Allah kepada hambanya.

Buah Anggur dikenali sebagai Vitis vinifera iaitu dari family vitaceae merupakan buah yang paling baik dan banyak faedah daripadanya. Anggur boleh di makan ketika basah ataupun kering yang dipanggil kismis. Ia juga di gunakan untuk membuat jus anggur dan arak. Walau bagaimanapun arak diharamkan oleh Islam kerana membawa kepada kemudaratan.

Sumber Yang Terdapat Dalam Buah Anggur

Mineral (kalsium & fosforus)
Vitamin A&B
Gula (glukos & fruktos )

Sumber :Encyclopaedia Britannica

Kandungan yeng terdapat dalam buah anggur diperlukan oleh limpa manusia bagi tujuan simpanan dan akan dikeluarkan ketika diperlukan seperti ketika berpuasa. Walaupun buah anggur merupakan buah yang baik, sumber kekuatan, ubat yang baik, minuman yang baik tetapi jika pengambilan yang berlebihan akan membawa kepada sakit kepala.

Walau bagaimanapun semua kelebihan dan kenikmatan buah Anggur adalah rezeki yang diberikan kepada manusia oleh penciptanya Yang Maha Agung.

Buah Tiin adalah buah yang paling istimewa di kalangan orang Islam kerana Allah SWT telah menggunakan buah Tiin ketika bersumpah dan menamakan satu surah dalam Al-Quran dengan nama Al-Tiin. Buah Tiin di sumpah kerana padanya terdapat sumber makanan, buahan dan nilai ubatan. Buah Tiin yang dikenali sebagai Ficus carica dianggap sebagai sumber makanan kerana ia merupakan buah yang lembut serta mudah di hadam dan mengandungi serat yang tinggi.

Nabi Muhammad pernah menyatakan tentang buah Tiin dan nilai ubatan yang terdapat padanya. Sabda Nabi :”Makanlah kamu semua dan makan darinya (buah Tiin),sabda Nabi lagi, sekiranya Aku katakan: “sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata “inilah buahnya” ini kerana buah syurga tiada keraguan. sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan faedah bagi sendi-sendi.”

Pengesyoran ini terbukti apabila terdapat kajian yang dijalankan membuktikan bahawa buah Tiin benar-benar memberi kesan dan penawar kepada penyakit buasir, bengkak-bengkak pada badan, melawaskan air kencing serta merawat batuk yang berpanjangan.

Zaitun atau di kenali pada nama saintifiknya sebagai Olea eurofaea dari family oleaceae Juga merupakan satu buah yang digunakan oleh Allah sewaktu bersumpah. Allah bersumpah dengan buah Zaitun kerana padanya terdapat sumber makanan dan ubatan. Segala yang terdapat pada pohon zaitun memberi manfaat kepada manusia bermula dari minyak, kayu, daun dan buahnya. Minyak zaitun amat terkenal di kalangan orang Arab kerana cahaya yang dipancarkannya bersih bertepatan dengan firman Allah:

Maksudnya:

Lampu itu dinyalakan dengan dari pokok yang banyak manfaatnya, pokok zaitun yang bukan saja disinari matahari ketika naiknya dan bukan sahaja ketika turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari)hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan cahaya yang bersinar(kerana jernihnya) walaupun ia tidak di sentuh api..,

Minyak zaitun juga digunakan sebagai bahan masakan dan dapat menghilangkan kesan lecur akibat terkena api dengan menyapu minyak pada bahagian kulit tersebut. buahnya yang pahit juga dapat membaik pulih perut, mengeluarkan cacing, menghaluskan kulit ,penawar racun serta melambatkan tumbuhnya uban.

Rasul pernah bersabda Ertinya: ’Makanlah buah Zaitun dan gunalah minyaknya kerana itu adalah buah berkat. Kita pasti tidak akan mendapat keberkesanannya tanpa mencuba terlebih dahulu.

Zingiber officinale atau nama vernakularnya halia dari family zingiberaceae. Tumbuhan ini di gunakan sebagai rempah, bahan perisa, makanan dan ubatan. Halia biasanya digunakan semasa kering ataupun serbuk untuk menjadi bahan perisa bagi roti, sos, pemanis makanan, hidangan kari dan juga sebagai jus halia. walaubagaimana pun halia segar yang berwarna hijau di gunakan sebagai bahan masakan.

Terdapat Ayat Al-Quran yang menyatakan bahawa minuman yang dicampurkan dengan halia dan diberikan kepada kita di dalam syurga.

Firman Allah (Q:76:17)

Maksudnya: “Dan mereka dalam syurga itu ,diberi minum sejenis minuman yang dicampurkanya dari halia.(zanjabil)

Hal ini membuktikan bahawa halia mempunyai khasiat kepada manusia sama ada sebagai sumber makanan ,minuman mahu pun perubatan. Bagi masyarakat Jepun, hirisan halia di makan di antara hidangan makanan.

Halia di gunakan sebagai ubatan bagi merawat kembung perut serta sakit perut, membantu kepada penghadaman makanan, mengeluarkan angin dalam usus dan dapat menghilangkan bau mulut. Namun begitu jika di campurkan dengan sedikit gula dan air panas, jus halia dapat menghilangkan lendir dan kahak.

Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang kaya dengan unsur zat besi sebagaimana firman Allah: (Q:55:68)

Maksudnya :”Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima.

Buah delima atau dari segi saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan ,ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia. Buah delima juga boleh memperbaiki usus-usus dan menguatkannya, membersihkan bahagian dalam tekak serta sesuai untuk mereka yang mengalami masalah batuk. Walaupun begitu buah delima masam juga boleh mencegah dari muntah, menghentikan cirit-birit dan melawaskan air kencing.Ini kerana buah delima mengandungi bahan pengcengkam yang mampu memegang dinding saluran perut.

Namun begitu terdapat kajian yang menyatakan bahawa biji delima dapat di jadikan ubat luka-luka yang teruk dan kebenjolan, caranya dengan mengambil biji-biji delima di tumbuk dan dicampurkan dengan sedikit madu dan disapukan pada bahagian luka.

Dengan hanya sebiji buah delima mampu memberi khasiat yang banyak kepada kita. Oleh itu kita sebagai hambanya wajiblah bersyukur dengan anugerah yang diberikan dan hargailah sebaiknya.

Lebah atau nama saintifiknya Apis mellifera di antara makhluk ciptaan Allah yang dikenali lantaran madu yang di hasilkannya. Tanpa madu, lebah hanya di anggap sebagai sejenis binatang biasa ,walaupun ia merupakan agen pendebungaan yang penting. Masyarakat lebah amat dikenali sebagai satu kelompok masyarakat yang berdisiplin, komited dan rajin bekerja .Hasil dari kerajinan dan ketekunan makhluk Allah ini maka terhasillah madu yang mempunyai 1001 khasiat yang secara tidak langsung memberi sumbangan yang besar bagi kesejahteraan kehidupan manusia.

Keistimewaan lebah ini telah diabadikan oleh Allah di dalam kitabnya Al-Quran. Pengabadian ini di lakukan dengan menamakan satu surah dengan nama lebah(Al-Nahl)

Allah telah berfirman menerusi surah Al-Nahl mengenai lebah dan khasiat yang terdapat pada madu lebah.

Firman Allah: (Q:16:68-69)

Maksudnya: “Dan tuhanmu memberi ilham kepada lebah “hendaklah engkau membuat sarangmu pada gunung-ganang,dan pada pokok-pokok kayu, dan juga pada bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. “Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”(dengan itu ) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit)sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah)bagi orang-orang yang berfikir.

Sejak berzaman ,madu lebah telah digunakan dalam perubatan sama ada di gunakan madu lebah secara sendirian ataupun di gunakan sebagai salah satu bahan dalam ramuan ubat tertentu. Allah SWT telah mengisytiharkan bahawa madu adalah satu penawar bagi pelbagai jenis penyakit dan ia juga merupakan kesukaan Rasulullah SAW.

Madu yang di hasilkan oleh lebah terdapat dalam pelbagai warna seperti putih, kuning, merah dan lain-lain warna yang baik bergantung kepada jenis tumbuhan yang dimakan.

Proses Yang Dilakukan Oleh Lebah

% Kandungan Air

% Kandungan Gula

Peringkat pertama

55-60

35-40

Peringkat kedua

40-50

50-60

Peringkat ketiga

19-21

79-81

Proses ini memakan masa lebih kurang 3-5 minggu

Kandungan Madu Asli

%

Air

16-25

Gula (Devolose &Dextrose)

75-83

Sucrose

5

Dextrin ,Maltose &Gam

1-12

Galian (Abu) (Minerals)

0.25

Lain-lain

28.75

Sumber :Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia.Risalah pertanian Bil 59″Panduan Memelihara Lebah Madu”

Kepentingan pemakanan madu lebah dan penjagaannya dari segi kesihatan amat berkesan dan mempunyai pelbagai khasiat. Bagi pesakit kencing manis, kandungan gula fruktos yang terdapat dalam madu lebah mampu membakar bahan-bahan bergula yang berlebihan di dalam tubuh bagi menggantikan ketidakmampuan glukos melakukanya.

Madu lebah juga sesuai di amalkan oleh mereka yang mengalami penyakit limpa dan sebagai bahan yang paling baik untuk merawat luka-luka dan bengkak kulit. Mengikut ilmu kedoktoran hindu lama madu lebah mampu mengekalkan paras rupa seseorang (awet muda)sekiranya mengamalkan pengambilan madu lebah.

Pelopor kepada ilmu kedoktoran moden, Ibnu Sina telah mengeluarkan pendapat “Sekiranya kamu ingin mengekalkan kemudaan(awet muda),maka makanlah madu lebah.

Khasiat madu lebah yang banyak sehingga digelar sebagai minuman dari segala minuman dan ubat dari segala ubat .Khasiat madu lebah antaranya:

· Digunakan sebagai ubat sakit perut.

· Menghilangkan ketagihan dadah

· Menghilangkan kahak.

· Memutih dan menguatkan gigi.

· Menghilangkan kesan terbakar pada kulit.

· Menguatkan badan,bagi yang berumur.

Namun begitu Firman Allah “Madu penyembuh bagi penyakit” adalah tidak dimaksudkan dengan kesemua jenis penyakit tetapi merujuk kepada penggunaan madu sebagai ubat atau sebagai salah satu ramuan dalam penyediaan ubat. Sebagai contoh untuk menyembuhkan luka, di perlukan kulit kayu manis kemudian di campurkan dengan madu dan di ikuti dengan doa kepada Allah serta keyakinan pada diri.

Walau bagaimanapun terdapat satu amaran bahawa madu tidak boleh dimakan bersama dengan tembikai.

Perihal mengenai madu lebah bukan saja terdapat dalam Al-Quran tetapi juga terdapat di dalam bible.

Kesemua makhluk yang terdapat di alam ini merupakan ciptaan Allah Yang Maha Agung .Kita sebagai hambanya yang di berikan akal fikiran untuk merenung serta berfikir akan kekuasaan Allah sebagai pencipta bagi semua yang terdapat di alam ini hendaklah bersyukur dengan nikmat dan kurnia yang di berikan.

Kita diberikan makanan untuk meneruskan kehidupan di samping membuat amal kebajikan serta beriman kepada Allah. Semua ini adalah sumber rezeki daripada Allah untuk hambanya. Oleh itu kita sebagai hambanya haruslah sentiasa bersyukur dengan apa yang di kurniakan kepada kita. Semoga kita tergolong dalam golongan yang mensyukuri nikmat dan pemberian Allah. Insya Allah.

Senarai Surah Dalam Al-Quran Yang Menyebut Tentang Kurma

Bilangan Ayat

Maryam

23-26

Al-Baqarah

266

Al-Nahl

11&67

Al -Mukminun

19

Ash-Shu’araa’

148

Faatir

13

Al- An’am

141

Al- Ra’d

4

Yaasin

34

Qaaf

10

Al-Qamar

20

Ar- Rahman

11&68

Al-Hasyr

5

Al-Haaqqah

7

Abasa

26-29

Al-Isra’

91

Al-Kahfi

32

Taha

71

Senarai Surah Yang Menyebut Tentang Anggur

Bilangan Ayat

An-Naba’

32

Abasa

28

Al-An’am

99

Yaasin

34

Al-Nahl

67

Sumber: http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/Azzuwal.html

About these ads

6 thoughts on “Buah-buahan yang disebut dalam Al-Quran

  1. sesungguhnya allah amat mengetahui keperluan hambanya.Membuktikan kasih allah pada hambanya tak ternilai kiranya…..tp sayang hambanya tidak menghargai dan bersyukur dgn kurniaan ilahi ini yg begitu hebat

  2. Assalamualaikum
    Saya adala seorang buta (tunanitra). Saya mempunyai masalah di mana ramai orang berhutang dengan saya. Yang menjadi masalah sekrang adalah untuk mendapatkannya balik. Untuk mencari ia amatlah sukar kerana kita tidak dapat melihat wajahnya walaupun ia berada di sebelah dengan kita. Selain daripada itu, untuk pergi ke rumah amat sukar kerana ia boleh lari ataupun tidak mahu buka pintu. Disamping itu, panggilan telefon tidak akan dijawabnya. Begitu juga jikalau digunakan “public phone” apabila mendengar suara maka panggilan itu tidak akan dijawabnya. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi masalah ini. Sila hubungi saya melalui telefon berikut: 013-3405439 (Yasin)

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s