Fadilat ayat terakhir surah al-Hasyr

Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (22). Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (23). Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana (24).

Surah Al-Hasyr (ayat 22-24)

.

AMMAR bin Yasar berkata dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang membaca ‘auzubillahis samiul alim minas syaitanirajim’ tiga kali diikuti membaca tiga ayat yang terakhir daripada surah al-Hasyr, nescaya Allah akan menghantar kepadanya 70,000 malaikat khusus untuk berselawat (berdoa) kepadanya hingga pagi. Jika dia mati pada hari itu, maka dia mati syahid”.

.
Alangkah bertuah apabila seseorang itu beramal dengan doa berkenaan pagi dan petang, jika dia mati pada hari itu, Allah kurniakan mati syahid pula.

Justeru, adalah lebih baik jika bangun saja daripada tidur terus berdoa atau selepas menunaikan solat Subuh ketika masih bersih daripada sebarang kekotoran dan hadas.

Selepas berdoa akan diikuti pula dengan bacaan tiga ayat terakhir dari surah al-Hasyr.

Lebih afdal jika dilakukan ketika bangun mendirikan solat tahajud dan witir pada akhir malam.

Berkata Yazid bin Raqas dari Anas r.a Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang membaca akhir surah al-Hasyr hingga akhirnya, apabila mati pada malam itu maka dia mati syahid”.

Jika badan terlalu letih dan amat mengantuk, bacalah doa yang ringkas seperti doa:

“Ya Allah, dengan nama-Mu, aku letakkan tubuhku di tempat pembaringan dan dengan nama-Mu akan aku angkat kembali tubuhku apabila aku bangun esok.”

Sumber: http://www.hmetro.com.my

About these ads

8 thoughts on “Fadilat ayat terakhir surah al-Hasyr

    • Salam,

      Saya juga terbaca banyak hadith seperti di atas, tetapi mengatakan 70 malaikat bukan 70,000 malaikat akan berselawat (berdoa). Jadi yang mana satu yang betul? 70 atau 70 ribu malaikat?

      Terima kasih.

      Wassalam

  1. kepada saudari iza,
    sesungguhnya bilangan malaikat tdak penting..apa yg penting kta percaya dan yakin akan mndapat apa yg d jnjikan ALLAH S.W.T..
    SELAMAT BERAMAL..

    • saya setuju…bilangan 70,000 malaikat ke 7000 malaikat ke 700 atau 70 atau bukan hak kita nak gaduh…tak perlu kita naik selidiki mintakan confirmation…itu urusan allah…yang penting kita amalkan…

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s