Petua halau nyamuk secara semulajadi (tanpa racun serangga)

DARIPADA 2,800 spesies nyamuk di dunia, nyamuk tiruk dan aedes antara yang berbahaya kerana membawa demam denggi dan malaria. Tempat pembiakannya di kawasan air bertakung, semak-samun dan sampah sarap.

Mereka yang membina kolam buatan wajib bersedia dengan langkah pencegahan supaya kediaman tidak menjadi sarang nyamuk.

Bawang

# Herba mujarab menghalau nyamuk.
# Digunakan sebagai kandungan penyembur kimia dan serbuk menyah nyamuk.
# Tanam pokok bawang di pinggir kolam supaya nyamuk tidak mendekati kawasan berkenaan.

.

Daun pudina
# Pati minyak yang terkandung dalam daun pudina menimbulkan bau yang dibenci nyamuk.

.

Minyak citronella

# Jika berhajat menganjurkan majlis keramaian di kawasan kolam tetapi takut tetamu menjadi mangsa gigitan nyamuk, anda boleh mengelakkannya dengan menempatkan lilin aroma citronella di situ.
# Anda boleh juga mencipta haruman penghalau nyamuk dengan mencampurkan beberapa titis minyak citronella bersama minyak zaitun. Sapu minyak berkenaan di nadi pergelangan tangan.

.

Bunga tahi ayam
# Selain warna kelopak kuning dan jingga menceriakan taman tetapi baunya yang keras dan tajam itu menyelamatkan anda dari nyamuk kerana serangga ini memang membenci baunya.

.

Ikan
# Ikan emas, gupi dan koi mengurangkan populasi nyamuk dengan menelan 100 hingga 500 larva sehari.

.

Kelawar
# Nyamuk santapan kegemaran kelawar. Haiwan ini boleh menangkap 600 ekor nyamuk sejam.

.

Sampah
# Bersihkan sampah sarap. Anda bukan saja disarankan memusnahkan semua tin, tayar dan bekas terbuang yang boleh menakung air bahkan membakar semua sisa daun mati. Ini kerana daun basah ditimpa hujan berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Sumber: http://www.bharian.com.my

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s