Isteri boleh tuntut fasakh jika suami abai nafkah

Islam sedia penyelesaian adil bagi jamin hak wanita dalam sesebuah perkahwinan

ANTARA tanggungjawab suami kepada isteri ialah menyediakan nafkah zahir dan batin. Nafkah adalah hak isteri yang wajib ditunaikan suami menurut kemampuannya. Ibnu Rusyd dalam kitabnya Bidayatul Mujtahid, (Juzuk 11, terjemahan, halaman 424) fuqaha’ sependapat nafkah wajib ke atas suami merdeka dan nafkah kepada isteri perlu selaras dengan ketaatannya.

Nafkah batin diakui fitrah semula jadi manusia yang memerlukan kasih sayang dan belaian. Firman Allah an-Nisa ayat 19 bermaksud, “dan bergaullah dengan mereka (isteri kamu) menurut cara yang ma’ruf (secara layak).”

Firman ini jelas menunjukkan hak nafkah batin isteri amat penting dalam perkahwinan. Isteri yang tidak mendapat hubungan seksual atau perhatian dan kasih sayang mudah hilang arah sekali gus membuka ruang untuknya melakukan maksiat. Suami patut menjadi pelindung kepada isteri dalam memberikan jaminan daripada segala keburukan dan kemaksiatan.

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 222, “Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangi mereka menurut jalan yang diperintahkan Allah kepada kamu….” Hadis Riwayat Muslim dalam kitab haji, bab haji Nabi 1218, daripada Jabir r.a. (hadis haji wada’), “Bertakwa kepada Allah dalam mengendalikan urusan perempuan (isteri). Kamu mengambil mereka dengan amanah Allah dan menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimah Allah. Hak kamu yang wajib ditunaikan isteri ialah tidak membenarkan sesiapa yang kamu benci memijak kakinya ke tempat tidurmu (memasuki rumahmu). Jika mereka melakukannya, pukul mereka dengan pukulan tidak terlalu menyakitkan (tidak mendera).

Kewajipan kamu pula ialah memberi nafkah dan pakaian kepada mereka dengan baik. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu perkara yang kamu tidak sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang kepadanya iaitu kitab Allah.

Seterusnya Ibn Hazm dalam Kitabnya, al-Muhalla menyatakan wajib suami memberi nafkah batin (layanan) kepada isterinya sekurang-kurangnya satu kali suci daripada haid (sebulan sekali). Ayat al-Quran dan hadis serta pandangan ulama menunjukkan pentingnya tanggungjawab suami dari segi memberi nafkah zahir dan batin bagi menjaga kerukunan rumah tangga. Jika tidak perkahwinan akan hancur.

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam memperuntukkan suami atau isteri yang tidak menunaikan tanggungjawab nafkah batin kepada pasangannya boleh memohon cerai fasakh. Namun peruntukan ini mensyaratkan pengabaian itu adalah tanpa sebab yang munasabah mengikut hukum syarak lebih setahun.

Seksyen 53(1)(d) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor, 2003 memperuntukkan, “Seorang perempuan atau lelaki, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkahwin mengikut hukum syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan yang berikut, iaitu (d) suami atau isteri tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;”

Berdasarkan peruntukan itu, sesuatu perkahwinan boleh difasakhkan atas satu atau lebih alasan yang dinyatakan mengikut Seksyen 53. Jika memohon fasakh atas alasan dinyatakan di atas dan dibuktikan maka mahkamah ada bidang kuasa membubarkan pernikahan. Namun apa yang biasa timbul di Mahkamah Syariah hari ini terlalu jarang suami memohon fasakh atas alasan itu. Kebiasaannya wanita yang menggunakan peruntukan ini jika suami mengabaikan nafkah batin.

Tidak dinafikan, nafkah batin adalah soal peribadi dan rahsia mutlak wanita. Hanya isteri selain Allah mengetahui dia tidak bersama suami. Isteri harus bersumpah untuk membuktikan dakwaannya.

Fasakh atas alasan tidak menunaikan nafkah batin bersandarkan hukum syarak. Wahbah al-Zuhaily dalam kitabnya Al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu, juzuk. 7, halaman 535, menyatakan peruntukan fasakh atas alasan suami tidak menunaikan nafkah batin dibuat berdasarkan pandangan Mazhab Maliki. Menurut pendapat ini, tidak menunaikan nafkah batin diterima sebagai alasan memohon fasakh kerana dianggap penderaan terhadap isterinya. Penderaan merangkumi segala apa yang lahir daripada suami sama ada perbuatan, perkataan dan perbuatannya yang memudaratkan isteri dalam setiap keadaan walaupun suami tidak bermaksud menyakitinya.

Islam menegah perbuatan menzalimi kaum wanita. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 231 bermaksud, “Dan janganlah kalian pegang mereka (isteri )dengan maksud memberi mudarat kerana kamu hendak melakukan kezaliman terhadap mereka.”

Daripada zahir ayat Allah memberikan panduan yang wajib diikuti suami supaya dapat bergaul dengan isteri secara baik. Kesimpulannya, jika perkahwinan tidak lagi mendatangkan kebaikan, malah menimbulkan kemudaratan terutama berkaitan nafkah batin, ia wajar dibubarkan. Jika isteri reda ia tidak menjadi suatu masalah, jika sebaliknya wajar dielak supaya isteri tidak terdedah melakukan maksiat. Islam menyediakan penyelesaian ini bagi memastikan kemaslahatan umatnya terjaga dan terjamin. Undang-undang yang digubal turut mengambil kira faktor ini untuk menegakkan keadilan tanpa ‘bias’ kepada lelaki atau perempuan.

Sumber: http://www.bharian.com.my

About these ads

9 thoughts on “Isteri boleh tuntut fasakh jika suami abai nafkah

  1. sy ade soalan ingin di ajukan,sy sudah berkahwin hampir 3 thun..msalah sy ialah,suami saya gajinye kecil…manakala saya pula bkerja,duit gajinya tiap2 bln ditolak pada saya ialah rm200..gaji saya dihabiskan utk membayar hutang2 yg ada seperti kereta,motor,keperluan anak,keperluan diri saya dan macam2…duit yg suami bg bln2 hanya sy gunakan utk mbayar kereta..itupun atas arahan suami.selebihnya sy tambah..suami juga ada memberi duit kpd keluarganya rm100 tiap2 bln..yg menjadi masalah saya ialah,saya juga kene memberi dia duit jika dia tidak cukup duit…nafkah dia pada sy langsung tak ada..dia juga tak pernah tanya sya cukup ke tidak duit yg ada…macam mna saya mahu selesaikan masalah ini…kami kerap bgaduh bila berbincang tentang masalah ini..dia lebih megutamakan keluarganya berbanding saya

    • Kepada Nor Hamiza,

      Seorang suami wajib membayar nafkah kerana Allah mengamanahkannya. Ia adalah ibadat yang mesti ditunaikan oleh pasangan yang sudah berkahwin.

      Suami wajib memberi nafkah kepada keluarga mengikut kemampuannya, berdosa hukumnya bagi suami yang menahan nafkah ke atas orang yang di bawah tanggungannya.

      Nafkah terbahagi kepada dua iaitu nafkah batin dan nafkah zahir. Nafkah batin adalah tuntutan naluri semula jadi dalam mengadakan hubungan seks manakala nafkah zahir pula adalah meliputi perkara-perkara seperti perbelanjaan keluarga terutamanya makan minum, pakaian dan tempat tinggal selain keselamatan dan perlindungan.

      Nafkah wajib diberi secara berterusan selama mana puan masih isterinya. Jika dikatakan kereta itu nafkah, maka ia menjadi milik puan sepenuhnya untuk digunakan.

      Walaupun nafkah adalah tanggungjawab suami, isteri boleh membantu di mana yang sesuai. Sumbangan isteri kepada keluarga ini dikira sebagai sedekah yang akan dibalas dengan ganjaran yang besar oleh Allah.

      Hubungan anak dan ibu bapa tidak boleh dipisahkan dan adalah haram jika memutuskan hubungan silaturahim. Hak isteri untuk taat pada suami tidak sampai melakukan larangan Allah

      untuk maklumat tambahan boleh juga rujuk laman web di bawah:
      (1) Pautan 1
      (2) Pautan 2
      (3) Pautan 3

  2. salam..sya nak tnya..adik ipar saya ingin menuntut cerai fasakh terhadap suamiya..alasannya suaminya penagih dadah, suaminya sering memaki hamun, memukul, suaminya pentingkan kawan-kawannya, tidak jujur, sering melukakan perasaannya, mendera mental, tidak membimbing ke jalan Allah..Masalahnya adik ipar saya pun bukannya isteri yang baik, dia pun bekas penagih dadah macam suaminya juga..untuk pengetahuan saudari, adik ipar saya ni mempunyai teman lelaki lain..dan telah pun diketahua oleh suaminya..tp suaminya masih memberi peluang kepada adik ipar saya..adik ipar saya pun juga sering memaki hamun suaminya dan keluarga suami..tidak memasak dan banyak lg perkara2 yang tidak baik yg dia lakukan..adik ipar saya pun sering mengumpat keluarga suaminya dgn org lain..jd skg saya nak tanya cmna perkara ni diselesaikan memandangkan bukan sebelah suami sahaja yg buat salah..sebelah isteri pun begitu..jd dpt ka si suami membuat permohonan pembelaan d mahkamah dan bagaimana caranya..

  3. Slm,saya Anne..saya dah khwin 3 tahun,suami saya tidak pernah bagi nafkah zahir dengan saya.tapi bila saya minta baru suami saya bagi itupun RM1O setiap kali saya minta.setiap kali bila berbincang mesti bergaduh pasal hal ini.jadi apa yang harus saya buat.nafkah dari dia untuk saya tidak ada,

  4. assalamualaikum..sy telah berkahwin slama 3tahun.masalah skrg ialah tentang nafkah zahir dan batin yang terabai dan menyebabkn saya mengalami kemurungan.utk pengetahuan,sy merupakan seorg guru yg mpunyai pndapatan yg agak besar manakala suami seorg lulusan spm yg bkerja biasa.sejak brkahwin,suami sering mndesak sy utk membuat pnjaman peribadi dan kini sy terpksa menanggung hutang hampir 200ribu,kereta, rumah,mkn dan keperluan anak2 d tanggung oleh sy spenuhnya.sy mrupakn seorg wanita yg mpunyai nafsu yg agak kuat. hampir setiap hari sy akan meminta layanan drp suami namun suami sering menolak. sebulan biasanya hanya dua kali shj dia akan memberi nafkah batin kpd sy,itu pun jika dia berkeinginan.kini sy kami sering brgaduh kerana prkara2 sebegini,sy sdh tdk blh hhidup bsamanya lg.bagaimana sy dpt membuat tntutan fasakh trhadap kes sy ini?

  5. apakah hukumnya jika suami tidak mahu membawa isteri tinggal serumah dengannya iaitu di rumah sewanya tetapi menyuruh isteri tinggal di rumah ibu bapanya (ibubapa suami).

    • sedangkan tanpa pengetahuan suami isteri sering makan hati dengan sikap mertua yang membenci diri isteri kerana isteri dikatakan tidak sepadan dengan anaknya…
      suami juga selalu berhubung mesra dengan perempuan lain dalam telefon tanpa pengetahuan isteri. baru-baru ini perempuan tersebut telah menghubungi isteri dan memakihamun isteri tanpa sebab yang pasti. perempuan itu juga telah mengaku sudah tidur bersama suami.
      dalam situasi ini, bolehkah isteri menuntut fasakh?

  6. askum,sy ingin btanya blh ke sy tuntut fasakh thadap suami sya,kmi dah bkhawin slama 3thn lbh kerana tlanjur dan dia x pernah mmberi nafkah kpd ank sy dan kpd sy dah kmi x pernah mnunaikn zahir dan batin slama 3thn dan kmi x pernah sbilik..asal kmi b’bncang pasal nafkha anak kmi sering b’tengkar…….dan selspas itu dia pernah myuruh sya mminjam duit kpda bos sya utk m’byar bil elektrik…dan skg kmi x srumah..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s