# Solat sunat yang dilakukan sebelum dan selepas solat Zuhur, sekurang-kurang dua rakaat dan sebanyak-banyaknya empat rakaat. Dari Ummi Habibah r.a: “Sesiapa yang memelihara sembahyang empat rakaat sebelum sembahyang Zuhur, dan empat rakaat sesudahnya dia diharamkan Allah daripada neraka.” � (Abi Daud dan at-Tirmizi)
# Solat sunat sebelum solat Asar. Dari Ali bin Abi Talib, “Nabi SAW sembahyang sebelum Asar empat rakaat yang dibatasi antara rakaatnya dengan satu ucapan salam atas malaikat muqarrabin dan yang mengikuti mereka iaitu kaum Muslimin dan Mukmin.” – (at-Tirmizi)
# Solat dua rakaat sunat selepas solat Maghrib. Tetapi apabila sahabat melakukan solat sunat sebelum Maghrib, Nabi Muhammad SAW tidak melarangnya.
# Solat sunat sebelum solat Isyak dan selepas Isyak.
# Solat sunat dua rakaat sebelum solat Subuh dan tidak boleh sembahyang sunat itu dikerjakan sesudah sembahyang Subuh. Dari Aisyah r.a. dari Nabi SAW berkata ia: “Dua rakaat Fajar itu lebih baik dari dunia dan segala yang ada di dalamnya.” – (Diriwayatkan oleh Muslim)
salam..
saya hamba ALLAH ingin sangat melakukan solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu..
alhamdulilah selepas membuka laman web ini saya dpt belajar mengenainya
terima kasih..akhirnya..dapat juga..saya belajar tntg solat sunat..sebelum dan selepas solat fardhu..terima kasih erk.
salam,
saya nak tanya surah apa yang dibaca masa solat sunat maghrib, sebelum dan selepas isyak? ada surah yang khusus kah selain yg wajib al-fatihah?
terima kasih
Utk solat sunat dahulu daripada maghrib jika hendak dikerjakan mestilah bersyarat iaitu ketika azan sudah ada wudhu (kerana solat maghrib waktunya sempit)
saya mau tanya lafas sholat sunat sebelum dan selepas sholat isyak?
أصَلِّي سُنَّةَ الظُّهْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ قَبْلِيَةً رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Maghrib / Isyak / Subuh) dua rakaat Sebelum nya kerana Allah
أصَلِّي سُنَّةَ الظُّهْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ بَعْدِيَّةً رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Maghrib / Isyak ) dua rakaat Selepasnya kerana Allah
Terima Kasih atas sumbangan yang diberi, hanya Allah mampu membalasnya…
kan lepas subuh ngan asar tak ada shalat sunat…x silap aku.
cb tengok kt sini http://soaljawab.wordpress.com/2007/04/18/keliru-solat-sunat-selepas-subuh/
Assalamualaikum,
Adakah perlu saya membaca Doa Iftitah terlebih dahulu sebelum membaca Al Fatihah untuk setiap solat sunat yang dilakukan seperti rukun di dalam Solat Fardu?
terima kasih, sangat membantu
Apa dia niat solat sunat sebelum dan selepas solat fardu ? Terima kasih