Keruntuhan akhlak hancurkan peradaban bangsa

MASYARAKAT perlu mencari punca keruntuhan akhlak remaja, bukan sekadar bijak menghukum setiap kali mereka melakukan kesalahan.

Punca penyakit sosial perlu diatasi agar nilai murni tidak terhakis di kalangan remaja kini

ISU atau masalah akhlak remaja amat membimbangkan dan menjadi cabaran getir masa kini untuk mewujudkan bangsa yang berpegang teguh kepada nilai etika, moral dan agama. Nilai itu mesti terus dipupuk di kalangan generasi muda yang bakal menjadi pemimpin masa depan.

Semua bergantung kepada iman, jika iman rapuh nilai moral dan etika turut rapuh. Hambatan hawa nafsu menjadikan manusia mengejar wang dan kebendaan serta tuntutan seks tidak terbatas. Keadaan ini menyebabkan mereka lupa hak orang lain dan nilai murni yang seharusnya dimiliki untuk menjadikan manusia lebih bertanggungjawab serta berperadaban tinggi.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Paling dekat dengan aku kedudukannya pada hari kiamat adalah orang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terhadap keluarganya.” (Hadis riwayat Ar Ridha)

Pelbagai isu akhlak membelenggu masyarakat hari ini antaranya rasuah, penagihan dadah, seks bebas, mencuri, berjudi dan mencabul kehormatan. Ada juga gejala lepak, lewat ke sekolah, ponteng, biadap terhadap guru, menipu dan tidak menghormati kedua-dua ibu bapa.

Isu keruntuhan moral jika dibiarkan bukan saja meruntuhkan akhlak dan peradaban bangsa, malah menghancurkan kehidupan masyarakat. Hal ini juga berkait rapat dengan kegiatan jenayah.

Antara faktor berlaku gejala ini adalah keluarga serta cetek pengetahuan keibubapaan dan keruntuhan rumah tangga. Faktor persekitaran juga mempengaruhi pelajar dan remaja termasuk kemudahan kafe siber dan pusat hiburan.

Ibu bapa bertanggungjawab menjaga dan mendidik akhlak anak supaya menjadi teladan baik dalam kehidupan. Anak adalah pewaris kepada ibu bapa yang akan menjadi contoh generasi seterusnya.

Daripada Abu Zar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bertakwa kepada Allah di mana saja kamu berada. Ikuti kejahatan dengan mengerjakan kebaikan, nescaya menghapuskannya (kejahatan tadi). Berperangai kepada manusia dengan perangai yang baik.” (Riwayat Imam Ahmad)

Dalam keadaan sekarang masyarakat lebih banyak cuba menyelesaikan tanda penyakit daripada cuba mencari punca penyakit sosial dan mengenalinya. Pepatah, “mencegah lebih baik daripada mengubati”, sepatutnya menjadi panduan ke arah membanteras sesuatu penyakit itu sebelum berlaku.

Daripada Abu Darda’, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; “Bukan (golongan ini) daripada orang beriman yang sempurna imannya; orang yang suka mengecam, suka melaknat yang suka bercakap kufur dan yang suka mencarut.” (Riwayat al-Tirmizi)

Gejala keruntuhan moral dan penyelewengan dalam masyarakat harus menjadi tanggungjawab kita untuk membanterasnya. Individu itu adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpinnya.

Usaha bersepadu perlu dilakukan untuk mengatasi masalah sosial yang semakin merebak. Allah memberikan kita akal dan ilmu untuk menyelesaikannya. Semua institusi dan agensi harus bergerak secara sepadu untuk membantu pembangunan insan yang sihat sesuai dengan peradaban tinggi bangsa diidamkan. Kesimpulannya, Allah mengingatkan kita kesusahan, kecelakaan dan bencana apabila berlaku, maka tidak hanya menimpa orang yang ingkar dan berlaku zalim semata-mata. Semuanya akan memberi akibat buruk kepada semua. Oleh itu kita harus bertanggungjawab mengatasi isu akhlak dan moral dari akar umbi lagi.

http://www.bharian.com.my/

About these ads

One thought on “Keruntuhan akhlak hancurkan peradaban bangsa

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s