Anak wajib beri nafkah ibu, bapa miskin

APAKAH hukum seorang anak yang tidak memberikan wang bulanan kepada ibunya yang juga seorang balu. Apakah pemberian wang ini sesuatu yang diwajibkan atau bergantung kepada pendapatan anak. Bagaimana jika anak mempunyai pendapatan terhad dan terpaksa mendahului keluarganya daripada ibunya sendiri.

 

Najwa Ibrahim,

Ipoh, Perak.

 

Pemberian nafkah adalah kewajipan yang perlu ditunaikan oleh mereka yang dipertanggungjawabkan. Dalam Islam, nafkah terbahagi kepada suami kepada isteri, usul (datuk atau bapa) kepada (furuk) anak atau cucu, furuk kepada usul, nafkah kepada yang lain seperti makan minum kepada haiwan atau tanaman.

 

Nafkah asas ialah tempat tinggal, makan minum dan pakaian, manakala perbelanjaan pendidikan atau orang gaji ialah perkara khusus kepada anak atau orang berkemampuan yang ingin meringankan tugas isteri. Pendek kata, pemberian nafkah ini bergantung kepada kemampuan seseorang.

 

Merujuk pemberian nafkah kepada ibu bapa, jika mereka miskin, anak wajib memberi nafkah supaya mereka tidak kelaparan.

 

Namun, jika ibu bapa berkemampuan, tidak menjadi kewajipan kepada si anak untuk memberi nafkah kepada mereka, bahkan pemberian si anak boleh dianggap sebagai hadiah. Jika ibu bapa berkemampuan mereka berkewajipan menanggung anak perempuan yang miskin atau cucu kecil yang kematian suami atau bapa.

 

Jika anak tidak mampu memberi nafkah kepada ibu bapa yang tua lagi miskin, maka boleh memohon zakat, pembiayaan Baitulmal atau peruntukan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk bantuan sara hidup.

 

Diharapkan anda berjaya menyelesaikan perkara ini, tetapi jangan mengecilkan hati ibu atau menyebabkan pergaduhan adik beradik. Ingatlah kasih sayang dan jasa ibu tiada tolok bandingan dan kasihanilah mereka selagi hayat kita dan dirinya dikandung badan.

 

Kesimpulannya, mari kita renung firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Tuhanmu perintah supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang atau kedua-duanya sampai kepada umur tua dalam jagaan dan pemeliharaan engkau, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘Ha’ dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendahkan diri kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayang, u dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata) ; ” Wahai Tuhanku. Cucuri rahmat kepada mereka berdua sebagai mana mereka mencurahkan kasih sayang mereka memeliharaku semasa kecil”. (Surah al-Isra’ :23-24)

 

 

 

 

Sumber: http://www.bharian.com.my/

About these ads

One thought on “Anak wajib beri nafkah ibu, bapa miskin

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s