Isteri berhak tuntut pengesahan suami pernah lafaz cerai

 

 

SAYA sudah berkahwin selama tiga tahun. Sepanjang tempoh itu saya mendapat tahu suami mempunyai ramai kawan wanita yang rapat, mesra, manja, pernah keluar bersama dan berpegangan tangan seperti pasangan kekasih. Suami juga merahsiakan yang dia sudah berkahwin. Saya kerap memeriksa e-mel, telefon bimbit dan facebook kepunyaan suami untuk mengesan jejak langkahnya. Perkara ini berlaku beberapa kali dan saya memaafkan suami setelah dia meminta maaf. Terkini, dia berkenalan dengan seorang wanita dari Sarawak sewaktu bertugas di sana. Saya menghubungi wanita berkenaan dan selepas itu hubungan mereka putus seketika. Bagaimanapun, saya mendapat tahu suami masih berusaha memujuk wanita itu hingga pernah menghantar e-mel kepada wanita itu mengatakan kami sudah bercerai pada Ogos lalu. Saya risau mengenai perkara ini kerana tidak pasti sama ada sudah jatuh talak atau belum. Harap dapat memberikan nasihat dan pandangan mengenai perkara ini.

 

Yang tertekan,

Selangor

 

Banyak berlaku kes sebegini dalam masyarakat, apabila suami memberitahu orang lain bahawa dia sudah menceraikan isterinya. Apabila kes dibawa ke mahkamah, jika suami mengakui lafaz seperti diberitahu kepada orang lain, tidak menjadi masalah kepada mahkamah untuk mengesahkannya.

 

Selalunya berlaku ialah, apabila dihadapkan ke mahkamah suami menafikan lafaz itu. Dalam situasi suami menafikan, maka beban membuktikan wujudnya lafaz itu terletak di atas bahu isteri sebagai pihak yang mendakwa (al-mudda’ie).

 

Apa juga jenis lafaz cerai sama ada jelas (sorih), tersirat atau kiasan (kinayah), dengan lafaz atau cara tulisan, e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS) di depan atau belakang isteri, lafaz secara langsung atau secara bertaklik, maka perlu dilihat kepada rukun talak yang menjadikan lafaz talak suami itu sah dan menggugurkan talak.

 

Rukun talak iaitu suami, isteri dan lafaz. Suami yang melafazkan talak disyaratkan berakal, tidak gila, pitam atau hilang akal (mabuk), baligh dan lafaz talak dengan kerelaannya sendiri.

 

Sementara wanita yang dijatuhkan talak itu adalah isteri yang sah kepada suaminya. Lafaz pula bermaksud ucapan jelas menyatakan maksud perceraian sama ada lafaz jelas, tersirat atau bertaklik.

 

Sesuatu pengakuan (ikrar) adalah sah jika dibuat di mahkamah di depan hakim, atau jika di luar mahkamah, di depan dua saksi lelaki dengan syarat tertentu.

 

Seksyen 17 (2) Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah memperuntukkan: “Apa-apa ikrar hendaklah dibuat dalam mahkamah, di depan hakim atau di luar mahkamah, di depan dua saksi lelaki yang aqil, baligh dan adil.”

 

Seksyen 18 enakmen yang sama memperuntukkan ikrar yang tidak boleh diterima iaitu ikrar seseorang yang tidak aqil baligh, belum dewasa, gila atau terencat akal, ikrar wali atau penjaga yang dibuat bagi pihak seseorang di bawah jagaan atau tanggungjawabnya, ikrar tidak dibuat secara sukarela atau ikrar seseorang yang dihalang di bawah mana-mana undang-undang bertulis untuk mentadbirkan hartanya.

 

Jika lengkap kelima-lima rukun talak itu dan sempurna syarat ikrar seperti dinyatakan di atas, maka sahlah jatuh talak ke atas seorang isteri. Namun jika melihat kepada permasalahan puan, suami hanya menyatakan kepada seorang wanita bahawa dia sudah menceraikan puan. Maka syarat ikrar seperti dikehendaki hukum syarak dan undang-undang berkemungkinan belum sempurna.

 

Walau apa pun, puan perlulah bersegera ke Mahkamah Rendah Syariah berhampiran dan daftarkan permohonan pengesahan lafaz cerai itu. Mahkamah akan memanggil suami puan untuk disiasat fakta ketika lafaz dibuat, sama ada memenuhi atau tidak rukun talak dan syarat dalam setiap rukun.

 

Jika suami menafikan lafaz itu, mahkamah akan meminta beliau bersumpah syarak. Jika suami enggan, maka sumpah syarie itu akan dikembalikan kepada isteri. Mahkamah akan memutuskan status perceraian berdasarkan rukun talak dan sumpah syarie dilafazkan.

 

Sumpah syarie sangat berat kesan kepada orang yang bersumpah kerana orang yang berdusta dengan menggunakan nama Allah pasti mendapat laknat sama ada secara tunai di dunia atau akhirat.

 

Jawapan disediakan Setiausaha Agung Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Tuan Musa Awang. Sila layari http://www.peguamsyarie.org.

 

 

 

Sumber: http://www.bharian.com.my/

About these ads

8 thoughts on “Isteri berhak tuntut pengesahan suami pernah lafaz cerai

  1. Saya telah mendirikan rumahtangga selama 10 tahun. Baru-baru ini, saya dan isteri kerap berselisih faham disebabkan beberapa perkara yang menjadi kebiasaan berlakunya pertinglingkahan diantara suami dan isteri. Pada suatu hari, semasa bertinglingkah sewaktu perbualan telefon, isteri saya menyatakan bahawa “I want to separate from you”. Dan saya pada ketika itu tergamam dan tidak melafazkan apa-apa cuma diam. Kemudian, saya bertanya kepada isteri “you betul mahu ke benda ini berlaku?” Dia kata yes (keputusan yang dibuat dalam keadaan marah), saya sekali lagi bertanya…betul ke? Dan saya kata “kalau you mahu, I tiada masalah, mintalah dengan cara yang betul bukan dalam keadaan begini dalam telefon…” (cuma berkata demikian sebagai pengajaran dan kesedaran kepada isteri saya dalam kata lain tiada niat untuk menceraikan). Adakah jatuh talak atau tidak tuan? Sekian, terima kasih.

    Suami Masih Sayang

    • Isteri boleh minta, tetapi jatuh atau tidak adalah dari Suami, walaubagaimanapun eloklah tuan pergi ke pejabat agama berhampiran, Insya-Allah mereka boleh membantu…

  2. Berlaku. Pergaduhan ketika saya dan anak2 sedang sakit demam dan suami seperti menyerahkan tugas utk menjaga anak2 ketika saya sendiri sedang teruk dilanda demam.saya memang tidak mampu menjaga seorang diri terutama ketika waktu malam.saya mencadangkan agar saya dan anak yg kecil dihantar kerumah ibubapa saya untuk dijaga.suamio dengan sindirin berkata’ pergila,u tak payah jadi isteri I pun takpe’.untuk pengerahuan,suami tidak mahu tidurnya diganggu hanya kerana mahu menjaga otot tubuh badannya.tidak kira la anak2 sakit ketika waktu malam pasti akan dipukulnya kerana bising dan menggangu tidurnye. Ini membuatkan saya tidak dapat cukut rehat dan tidur dan mengambil keputusan membawa anak2 pegi kerumah ibu bapa saya untuk menjaga saya dan anak2 ketika sakit.suami telah melafazkan “kalau u keluar dari rumah ini kita bercerai” soalannya ,adakah ini dikategorikan sebagai talak taklik?jika iya adakah jatuh talak 1?

  3. Berlaku. Pergaduhan ketika saya dan anak2 sedang sakit demam dan suami seperti menyerahkan tugas utk menjaga anak2 ketika saya sendiri sedang teruk dilanda demam.saya memang tidak mampu menjaga seorang diri terutama ketika waktu malam.saya mencadangkan agar saya dan anak yg kecil dihantar kerumah ibubapa saya untuk dijaga.suamio dengan sindirin berkata’ pergila,u tak payah jadi isteri I pun takpe’.untuk pengerahuan,suami tidak mahu tidurnya diganggu hanya kerana mahu menjaga otot tubuh badannya.tidak kira la anak2 sakit ketika waktu malam pasti akan dipukulnya kerana bising dan menggangu tidurnye. Ini membuatkan saya tidak dapat cukut rehat dan tidur dan mengambil keputusan membawa anak2 pegi kerumah ibu bapa saya untuk menjaga saya dan anak2 ketika sakit.suami telah melafazkan “kalau u keluar dari rumah ini kita bercerai” dan saya telah keluar dari rumah dgn membawa anak2.soalannya ,adakah ini dikategorikan sebagai talak taklik?jika iya adakah jatuh talak 1?

    • Eloklah kiranya merujuk perkara ini kepada pejabat agama yang berhampiran, mereka lebih layak untuk memberi penjelasan yang lebih tepat dan betul…

  4. suami lafaz cerai melalui sms…aku ceraikan kau dgn talak tiga…pada masa itu saya haid…sekarang saya tinggal berasingan dgn suami..saya bru sahaja ambil borang di makamah dan failkan kes ni..saya cuma nak tnye pendapat jatuh ke?

  5. Saya telah berkahwin selama 10 tahun,dikurniakan seorang anak lelaki yg kini berumur 9 thn.Kami berkahwin atas dasar suka sama suka.Suami saya seorang yg ada sifat panas baran terlampau,Kami sering bertengkar disebabkan kesalahan kecil yg berlaku diwaktu barannya datang.setiap kali bertengkar die akan menghamburkan kata kata kesat dan juga cacian serta hinaan yang memang mengujl tahap kesabaran saya sebagai seorang isteri.3 hari yang lepas,sewaktu kami bertengkar ( selalunya saya mengambil sikap berdiam diri tidak melawan ) die telah mengeluarkan kenyataan ” sekarang antara kau dan aku sudah tiada apa apa lagi..kau ikut jalan kau dan aku ikut jln aku” katanya lagi,kau pergilah failkan aku akan bagi semua yang kau mahu termasuk hak penjagaan anak juga akan diberi kepada saya.Jadi saya amat berharap agar Tuan dapat memberikan saya penjelasan tentang persoalan saya ini.Saya masih sayangkannya dan berharap kami akan kekal hingga ke akhir hayat.Saya memandangnya dari sisi yang baik,saya ketepikan sisi buruknya demi anak kami ini adalah kerana die memang suami dan bapa yang baik cuma sikap panas barannya yang membuatkan ikatan kami makin goyah..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s