Posted by: ahmadzaki on: 13 Mac 2009
Oleh Mohd Adid Ab Rahman
FITRAH manusia inginkan hidup yang selamat dan terjamin. Oleh itu, bagi mencapai maksud murni itu, sejarah hidup Rasulullah SAW wajar menjadi panduan dan ikutan kerana itulah suruhan Allah kepada hambanya.
Firman Allah bermaksud; “Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah SAW itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap rahmat dan (kedatangan) [...]
Posted by: ahmadzaki on: 12 Mac 2009
Oleh Hasliza Hassan
Muhasabah diri agar pengakuan sebagai Muslim diterjemahkan dalam setiap perbuatan
HUBUNGAN sesama manusia termasuk aspek kekeluargaan, pekerjaan dan kemasyarakatan yang berpandukan Islam sebagai cara hidup boleh memantapkan lagi hubungan mereka dengan Allah.
Ketua Penolong Pengarah (Pentadbiran) Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Pengurusan Masjid (Kesuma) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Rokiah Ibrahim, berkata sayangnya umat Islam [...]
Posted by: ahmadzaki on: 11 Mac 2009
DARIPADA Abu Hurairah katanya: “Apabila roh orang mukmin keluar daripada tubuhnya dua orang malaikat menyambutnya dan menaikkannya ke langit. Kata Hammad: Kerana baunya harum seperti kasturi.
Kata penduduk langit: Roh yang baik datang dari bumi. Sallallahu ‘alaika (semoga Allah melimpahkan kebahagiaan kepadamu) dan kepada tubuh tempat engkau bersemayam. Lalu roh itu dibawa ke hadapan Tuhannya Azza [...]
Posted by: ahmadzaki on: 10 Mac 2009
Oleh Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi
PEMILIHAN teman berakhlak dan salih jadi benteng kepada seseorang daripada terpengaruh gejala sosial. – Gambar hiasan
Islam letak garis panduan memilih rakan elak terpengaruh gejala sosial
MANUSIA tidak boleh hidup bersendirian dan sentiasa mengharapkan orang lain. Oleh itu, manusia memerlukan teman untuk mengharungi kehidupan serta menghadapi cabaran suka duka di dunia [...]
Posted by: ahmadzaki on: 9 Mac 2009
Soalan:
Seorang bayi perempuan luar nikah dilahirkan pada Februari beberapa tahun lalu dan hanya tiga bulan selepas itu baru ibu bapa bayi berkenaan berkahwin. Malangnya, walaupun bayi itu anak luar nikah, namanya tetap dibintikan dengan nama bapanya, bukan Abdullah. Kini bayi itu sudah dewasa dan tinggal bersama ibu bapanya. Apakah wajib untuknya segera menukar binti kepada [...]
Posted by: ahmadzaki on: 8 Mac 2009
Oleh Abdurrahman Haqqi
Boikot, kembali kepada al-Quran jalan terbaik berdepan sikap dusta, gosip, rasuah golongan angkuh
APABILA ayat suci al-Quran dikumandangkan dan diperdengarkan di telinga orang beriman maka ia akan menambah frekuensi keimanan mereka seperti firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Sesungguhnya orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan [...]
Posted by: ahmadzaki on: 7 Mac 2009
Setiap umat bertanggungjawab tegakkan kebenaran demi mengangkat martabat Islam
KEBAIKAN dan kemuliaan martabat umat Islam kerana keimanan kental yang dibuktikan dengan amalan menyeru manusia ke jalan benar serta mencegah perbuatan mungkar bersandar al-Quran dan sunnah.
Corak kehidupan umat seperti ini nyata memperoleh kedudukan terhormat dan mencapai kejayaan cemerlang, dikagumi bukan saja di dunia bahkan juga di akhirat [...]
Posted by: ahmadzaki on: 6 Mac 2009
RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “Mereka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya daripada meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama [...]
Posted by: ahmadzaki on: 5 Mac 2009
Oleh Ahmad Sabki Mohd Tahir
BERNIAGA antara usaha mendapatkan rezeki secara halal yang dituntut dalam Islam.
Tuhan tidak pernah memutuskan rezeki kepada hamba rajin
REZEKI Allah ada di mana-mana di atas muka bumi ini asal kita rajin berusaha mencarinya. Pepatah yang mengatakan ‘rezeki secupak tak akan jadi segantang’ sudah tidak dapat dipegang lagi kebenarannya di zaman sekarang.
Jika kita [...]
Posted by: ahmadzaki on: 4 Mac 2009
Oleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi
SETIAP keluarga bahagia pasti mengimpikan zuriat keturunan yang baik. Zuriat keturunan ini amat penting dalam kehidupan manusia sejagat kerana tempoh kehidupan manusia itu sendiri amat terbatas dan sudah pasti keturunan adalah penerus kelangsungan warisan dan kemuliaan ibu bapa.
Zuriat juga adalah aset terpenting yang dimiliki sesuatu bangsa dan negara sebagai generasi [...]