Posted by: ahmadzaki on: 30 April 2009
Oleh Lokman Ismail
Syaitan sentiasa goda manusia lakukan maksiat jaya misi tambah penghuni mereka
MANUSIA dicipta untuk mengabdikan diri kepada Allah dan Islam sebagai cara hidup. Pengabdian kepada Allah meletakkan manusia sebagai hamba yang perlu sentiasa patuh kepada suruhan dan menjauhi segala larangan-Nya.
Nikmat iman adalah anugerah paling besar kepada manusia. Sesiapa yang menolak cahaya keimanan, dia tidak [...]
Posted by: ahmadzaki on: 29 April 2009
Oleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi
Umat wajib bersihkan jiwa daripada hasutan nafsu, kebendaan capai kehidupan diredai
SEIRING pelantikan sebagai khalifah Allah, manusia diamanah untuk memakmurkan bumi dengan pembangunan dan kemajuan sesuai kepentingan serta keperluan manusia. Perkara itu dilaksanakan umat terdahulu seperti diceritakan al-Quran.
Firman Allah bermaksud: “Demi sesungguhnya bagi penduduk Saba’ satu tanda (menandakan kemurahan Allah) di [...]
Posted by: ahmadzaki on: 28 April 2009
SAYA musykil, apakah perempuan yang didatangi haid boleh memegang dan membaca tafsir al-Quran? Jika boleh, adakah seseorang itu harus mengambil wuduk untuk membaca tafsir berkenaan?
HUSNA,
Perak
WANITA yang didatangi haid tidak boleh memegang mashaf al-Quran dan membaca ayatnya seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak boleh seseorang yang berjunub dan kedatangan haid membaca sesuatu pun dari ayat-ayat [...]
Posted by: ahmadzaki on: 27 April 2009
Islam benarkan sebarang punca rezeki asalkan tak bertentangan syarak
SAYA mempunyai empat anak. Persoalan saya, apakah sebaik-baik punca rezeki atau pekerjaan dituntut seorang Muslim? Ia disebabkan anak saya ada bertanyakan soalan ini dan saya keliru untuk memberikan jawapan sesuai. Saya juga mahu memastikan supaya dapat mendidik mereka dengan memilih kerjaya bertepatan kehendak agama itu sendiri.
Insan prihatin
Ampang, [...]
Posted by: ahmadzaki on: 26 April 2009
Oleh Abdurrahman Haqqi
Rasul damaikan kaum di bawah satu akidah, Islam sebagai negara, al-Quran jadi perlembagaan
BANGSA dalam Kamus Dewan mempunyai lima pengertian. Bangsa bermaksud jenis manusia daripada satu asal keturunan; kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan; macam atau jenis; jantina atau jenis kelamin dan darjat tinggi atau keturunan mulia.
Kelima-lima pengertian bangsa itu termasuk dalam beberapa pengertian [...]
Posted by: ahmadzaki on: 25 April 2009
e.mail dari juhaida hussain
Perkara-perkara yang membuat kita hilang ingatan dan tumpul minda
Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan [...]
Posted by: ahmadzaki on: 24 April 2009
Islam halalkan urusan jual beli untuk umat mengaut keuntungan
Soalan:
APAKAH benar riba dan untung dalam perniagaan merujuk perkara yang sama. Jika tidak, apakah perbezaannya.
Ismail Ali,
Baling, Kedah.
Jawapan:
Firman Allah SWT bermaksud “Orang yang makan (ambil) riba tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian itu disebabkan mereka [...]
Posted by: ahmadzaki on: 23 April 2009
Soalan:
SAYA ialah saudara baru dan tinggal bersama keluarga angkat yang selama ini memberi banyak tunjuk ajar dan kasih sayang.
Saya bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Persoalannya bolehkah bapa angkat saya menjadi wali dan menikahkan kami kelak.
Gadis Musykil,
Kota Bharu, Kelantan.
Jawapan:
Al-Wilayah dari sudut bahasa bermakna kasih sayang dan pertolongan, manakala dari sudut istilah syarak bermaksud melaksanakan [...]
Posted by: ahmadzaki on: 22 April 2009
Oleh Abdurrahman Haqqi
SIKAP hormat-menghormati serta mengamalkan ajaran Rasulullah SAW amalan umat Islam sejati. – Gambar hiasan
Kebajikan wajar sentiasa dilaksana mengikut kesesuaian keadaan sesuatu tempat
PEPATAH Melayu ada mengatakan: “Di mana keluntungan berbunyi, di situ kerbau tinggal diam”. Ia mempunyai pengertian jika ada pemerintah yang bijaksana, di situ rakyat tinggal tetap dan berbahagia.
‘Bijaksana’ menurut Kamus Dewan ialah: [...]
Posted by: ahmadzaki on: 21 April 2009
Oleh Wan Abd Rahim Wan Mohamad
Setiap Muslim bertanggungjawab pilih pemerintah berakhlak, adil, ikhlas laksana amanah
SAYID Sabid pernah berkata: “Mendirikan pemerintahan adalah wajib. Kita dilarang melengah serta melalaikan persoalan itu. Islam memberi pengertian pemerintahan adalah pelindung agama Allah dan pelaksana politik umat manusia”.
Mengingati pentingnya pemerintahan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa yang mati sedang di lehernya [...]