Arkib

Archive for Julai 2011

Jadual Berbuka Puasa Kawasan Kuala Lumpur 2011

29 Julai 2011 2 comments

Jadual Berbuka Puasa Untuk Kuala Lumpur

Download Jadual Buka Puasa & Waktu Solat Kuala Lumpur 2011

Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabdaUmatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa”.

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu.”

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan.” Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: “Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?” Dijawab oleh Rasulullah SAW: “Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya.”

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini.

Hadith 3

Abu Sa’id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima.”

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: “Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti.

Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur.

Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya.

Sumber : http://www.darulnuman.com/semasa/ramadhan.html

===================================================================================

Pautan: Jangkaan Malam Lailatul-Qadar

===========================================================================

Categories: Islam

Bersedekah kunci utama pintu rezeki

8 Julai 2011 1 komen

Oleh Muhammad Abdullah

MEMBIASAKAN sifat bersedekah adalah kunci utama memperluaskan rezeki dari Allah. Semakin banyak wang, harta, ilmu atau khidmat disedekahkan, bertambah bilangan kunci diberikan Allah SWT untuk membuka segala pintu rezeki, sama ada disedari atau datang secara tiba-tiba.

Rezeki Allah SWT bukan saja melalui pemerolehan harta kekayaan, pendapatan melimpah ruah, atau ganjaran berbentuk material saja. Sebaliknya setiap kesusahan yang dipermudahkan, keluasan minda daripada belenggu, ketajaman akal membuahkan idea bernas, ilham bermanfaat juga rezeki yang luar biasa datangnya dari Tuhan.

Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang melepaskan sesuatu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan dunia Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan hari akhirat dan sesiapa melapangkan seorang yang berada di dalam kesempitan Allah akan melapangkan untuknya di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menutup keburukan saudaranya maka Allah akan menutup keburukannya di dunia dan akhirat dan Allah pasti menolong hamba-Nya selagi mana hambanya menolong saudaranya. Dan sesiapa mengikuti satu jalan untuk mencari ilmu Allah akan memudahkan untuknya jalan ke syurga. Tidak berkumpul satu kaum di dalam rumah dari rumah Allah dan saling belajar dan mengajar antara satu sama lain melainkan turunlah ketenangan atas mereka, rahmat meliputi mereka, para malaikat mengerumuni mereka dan Allah akan menyebut (nama) mereka di sisi-Nya. Dan sesiapa yang kurang amalannya maka nasab (keturunannya) tidak akan dapat menyempurnakannya.” (Hadis riwayat Muslim)

Namun di sudut hati, bisikan halus syaitan sering menakutkan manusia dengan mendekatkan diri kepada amalan bersedekah boleh menghampiri kepada kefakiran atau kepapaan.

Umat Islam tidak perlu khuatir membimbangi kekurangan dan kehabisan wang kelak apabila bersedekah, kerana janji Allah SWT tetap melipatgandakan rezeki si pemberi adalah satu keyakinan yang pasti.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Katakanlah (Wahai Muhammad): “Sesungguhnya tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya, dan ia juga yang menyempitkan baginya, dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya, dan dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki.” (Surah Saba’, ayat 39)

Ganjaran pahala di sisi Allah SWT kepada orang yang bersedekah juga amat besar dan setiap apa yang disedekahkan akan dilipat gandakan pahalanya.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh pokok, pada tiap-tiap pokok seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)

Selain itu, memohon taubat atas dosa silam serta sentiasa banyak beristighfar kepada Allah, boleh membesarkan gerbang rezeki seseorang.

Lafaz istighfar wajar diutamakan dalam kehidupan umat Islam menjelang masa terluang, tidak terbatas kepada waktu ibadat solat fardu saja.

Berdasarkan sunnah Rasulullah SAW yang sering beristighfar memohon ampun dari Allah SWT meskipun Baginda seorang nabi yang bersifat maksum. Apatah lagi kepada kita manusia biasa yang kerap terlanjur dengan dosa dan kesalahan.

Ketakwaan kepada Allah SWT amat diperlukan sebagai asas yang membentuk pertahanan diri dan agama untuk menghindar terdorong melakukan kemungkaran dan apa saja perbuatan tidak diredai Allah

 

Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bersedekahkunciutamapinturezeki/Article

Categories: Islam
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.