“Bersumpah…saya akan lakukan” – Anwar

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Hrkh) – “Jika mahu saya bersumpah dengan nama Allah, insya-Allah saya akan lakukan,”demikian kata Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan oleh Malaysiakini sewaktu berceramah di hadapan lebih 30,000 orang di Stadium MPPJ, Kelana Jaya malam tadi.

Menurutnya, beliau sanggup bersumpah dan dibicarakan di mahkamah syariah terhadap tuduhan liwat terhadapnya, dengan syarat ia mengikut undang-undang syariah sepenuhnya.

“Saya mencabar mereka memberikan bukti-bukti sebelum menuduh dan mengaitkan saya.

“Saya sedia menerima apa sahaja hukuman jika dibuat mengikut undang-undang yang adil.

“Saya akan tunduk jika mereka boleh memberikan bukti tuduhan terhadap saya.

“Jika mahu saya bersumpah dengan nama Allah, insya-Allah saya akan lakukan,” tegasnya diikuti tepukan gemuruh para hadirin.

Malaysia mesti diselamatkan

Ucapan beliau malam tadi merupakan acara kemuncak perhimpunan rakyat membantah kenaikan harga minyak semalam.

Menurut Anwar lagi, pada 1998, katanya, beliau dituduh dengan kes yang hampir sama.

“Saya telah bertanya kepada ulama-ulama, mereka melarang saya bersumpah.

“Tetapi saya tetap bersumpah, namun saya dipukul dan dipenjarakan.

“Mengapa kes ini dibangkitkan sekarang? Kerana kita maju ke depan. Kamu main drama ‘Sivaji The Boss’, kita main drama ‘Sivaji The Boss’.

“Malaysia mesti diselamatkan, Malaysia mesti diselamatkan, Malaysia mesti diselamatkan,” ulang Anwar sambil disambut temukan gemuruh dan laungan reformasi.

Pada 28 Jun lalu, pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis mendakwa mantan timbalan perdana menteri itu meliwatnya di Kondominium Desa Damansara, beberapa kali sekitar bulan Jun lalu.

Sebelum ini, Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan supaya isu liwat yang mengaibkan itu diselesaikan secara mubahalah atau “sumpah” sekiranya ia tidak dapat diselesaikan secara perundangan dunia.

Manakala, Pergerakan Pemuda Umno Terengganu meminta mufti Perlis itu tampil sebagai orang tengah bagi membawa mereka yang terbabit dalam mubahalah dengan alasan Dr Mohd Asri tidak dipengaruhi mana-mana badan politik.

Dan semalam, Dr Mohd Asri mencadangkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi orang tengah yang akan membawa Anwar dan Saiful untuk “mubahalah” atau ‘bersumpah’ sebagai jalan penyelesaian isu liwat yang kini menjadi tumpuan nasional.

Saya akan bongkar habis-habisan

Dalam ceramahnya juga, Anwar mendakwa beliau tidak mahu isu tuduhan liwat ini menjadi isu peribadi beliau.

“Tetapi (ia) diulang dengan jahat dan (dengan) fitnah yang kejam. Kita tidak terima ini.

“Saya akan bongkar habis-habisan. Siasatan polis tidak seteruk tahun 1998-1999 tetapi akan beri kerjasama penuh untuk siasatan,” kata Anwar lagi.

Anwar berkata, jika beliau dipukul, ditangkap dan dipenjarakan lagi, ia tidak akan menyelesaikan masalah.

Beliau bertanya selama enam tahun beliau di dalam penjara, adakah politik baik, rasuah turun dan harga minyak turun?

Anwar menambah, politik sudah tidak terkawal dan kerajaan Pakatan Rakyat mahu memulihkan keyakinan pelabur.

Mengenai dakwaan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamid Albar bahawa beliau memberi maklumat kepada Amerika Syarikat, Anwar berkata:

“Kalau ada bukti saya telefon dan surat yang saya hantar kepada Amerika Syarikat, saya boleh diambil tindakan.

“Jika tidak saya akan saman kamu,” katanya disambut tepukan gemuruh pada hadirin.

Anwar juga berkata, beliau sedia berdebat dengan Menteri Penerangan, Dato’ Ahmad Shabery Cheek pada 15 Julai ini berhubung isu kenaikan harga minyak.

Bagaimanapun, katanya, lebih baik debat itu dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi atau Timbalannya, Dato’ Seri Najib Tun Razak. – mks._ Harakahdaily

sumber: http://anwaribrahimblog.com/

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s