Amalan Zikir Harian

Kad Amalan Zikir Harian sumbangan Astro Oasis

Sempena Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-50

Qari Indonesia, qariah Thailand johan Tilawah Al-Quran Antarabangsa Ke-50

Mu’min Mubarok dan Fatimoh Harati bersama piala masing-masing selepas upacara penutup Tilawah Al-Quran Antarabangsa Ke-50 di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, malam tadi.
– Gambar FAUZI BAHARUDIN
.

KUALA TERENGGANU 25 Ogos – Qari Indonesia, Mu’min Mubarok dan qariah Thailand, Fatimoh Harati masing-masing muncul juara majlis Tilawah al-Quran Antarabangsa Ke-50 di Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man di sini hari ini.

Mu’min, 37, meraih markah 91.5 peratus, manakala Fatimoh, 52, memperoleh 92.83 peratus.

Qari Maghribi, Abdul Karim Elbaki Allah mendapat tempat kedua dengan markah 89.33 peratus dan tempat ketiga dimenangi Reza Mohammad Poor dari Iran dengan markah 88.92 peratus.

Qariah negara, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd. Badiuzzaman pula mendapat tempat kedua dengan 91.5 peratus, manakala Nurfaezah Emran dari Brunei memperoleh tempat ketiga dengan 87.67 peratus.

Johan qari dan qariah masing-masing menerima hadiah wang tunai RM28,552 berserta piala dan sijil, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima wang tunai RM10,164 dan RM6,776 berserta sijil dan piala iringan.

Keputusan tilawah diumumkan oleh Pengerusi Jemaah Hakim Tilawah, Datuk Wan Mohamad Abdul Aziz yang juga Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pada majlis penutup tilawah berkenaan.

Turut hadir pada majlis itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said.

Seramai 64 peserta (40 qari dan 24 qariah) dari 41 negara mengambil bahagian pada tilawah kali ini yang bertemakan Menjana Ummah Gemilang bermula 18 Ogos lalu.

Sumber: http://www.utusan.com.my [26/8/2008]

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s