Islam tuntut umat kejar kemajuan

SIFAT taksub, kebekuan pemikiran, cengkaman adat resam lapuk menjadi sebab utama mengapa manusia tidak mahu berubah ke arah kemajuan. Mereka yang mempunyai sifat demikian rela tinggal dalam tempurung atau kepompong kejahilan, kemiskinan dan kemunduran.

Sebenarnya Islam sentiasa mendesak umatnya supaya berlumba mengejar perubahan ke arah kebajikan.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan bagi tiap-tiap umat ada arah kiblatnya sendiri yang mereka mengadap ke arahnya (ketika solat). Oleh itu, berlumbalah kamu mengerjakan kebaikan, kerana di mana saja kamu berada pasti Allah akan menghimpunkan kamu semua (pada hari kiamat untuk menerima balasan). Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap sesuatu.” (Surah al-Baqarah, ayat 148)

Kebajikan dan kebaikan bukanlah setakat bersedekah wang ringgit. Membina jalan raya, hospital, sekolah, menyediakan saluran paip, elektrik dan kemudahan awam adalah kebajikan bagi sebuah negara.

Taksub kepada pegangan nenek moyang digambarkan oleh al-Quran terhadap orang yang tidak mahu menerima perubahan baru yang dibawa Nabi Muhammad SAW melalui wahyu. Mereka menjawab: “Malah kami akan hanya mengikuti apa yang sudah kami dapati dari nenek moyang kami. Walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengerti apa untungnya mengamalkan ajaran usang.” (Surah al-Baqarah: ayat 70)

Kecaman Allah terhadap sikap taksub seperti itu menunjukkan bahawa manusia perlu menilai secara positif sesuatu yang baru yang boleh merubah kehidupan ke arah lebih baik.

Malah Allah menegaskan dalam firman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan merubah apa yang ada pada sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah apa yang ada pada kelompok mereka.” (Surah ar-Ra’d, ayat 11)

Kebekuan pemikiran adalah disebabkan manusia tidak mempergunakan segala nikmat pancaindera yang dianugerahkan Allah untuk menilai kebesaran dan nikmat-Nya. Lantaran itu mereka tetap dalam lubuk kegelapan dan sukar menerima perubahan.

Gagal mempergunakan pancaindera untuk menilai perubahan yang akan mendapat kutukan Allah.

“Sesungguhnya Kami sediakan neraka Jahanam itu untuk jin dan manusia yang mempunyai hati tetapi mereka tidak cuba memahami, mempunyai mata tetapi tidak berusaha melihat (nikmat Allah), mempunyai mata tetapi tidak berusaha melihat (nikmat Allah), mempunyai telinga tetapi tidak mendengar. Mereka umpama haiwan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah al-Aqraf, ayat 79)

Ayat itu jelas mengutuk orang yang bersikap beku, tidak tahu melihat dan menilai nikmat Allah dan perubahan yang berlaku. Sikap taksub, fanatik dan kebekuan pemikiran ini menghalang sesetengah pihak untuk melihat nikmat yang diperoleh hasil pimpinan yang dedikasi dan komited kepada Islam.

Adakah mereka hendak menafikan nikmat keamanan, kesejahteraan, kemudahan mendapatkan pendidikan secara percuma untuk anak mereka di negara ini. Tidakkah mereka berasa bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada pihak yang mengusahakannya.

Allah berfirman yang bermaksud: “Jika kamu bersyukur terhadap nikmatku, nescaya Aku tambahkan lagi, sekiranya kamu kufur (ingkar), sesungguhnya azabKu adalah sangat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

Taksub, fanatik dan ekstrem adalah kelompok sifat yang menghalang keterbukaan pemikiran. Sebahagian besarnya berpunca daripada kurang ilmu atau jahil. Lantaran itu al-Quran sering menonjolkan ilmu sebagai alat penting untuk manusia berfikiran maju. Tentu tidak sama darjat orang berilmu dengan orang yang jahil.

Firman Allah yang bermaksud: (Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadah pada waktu malam dengan bersujud dan berdiri kerana takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna.” (Surah az-Zumar, ayat 9)

Untuk mendapat ganjaran tinggi dari Allah, seseorang itu mestilah sentiasa menambahkan usaha dan meningkatkan amal. Ini membuktikan adanya perubahan. Dan setiap perubahan itu mestilah ke arah yang lebih baik. Allah memberi jaminan bahawa segala yang dilakukan itu akan disaksikan bukan saja oleh Allah dan rasulnya, tetapi juga orang mukminin lain.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s