Kisah anjing yang berkata-kata

*Orang yang memaki Abu Bakar dan Umar digigit anjing

Saiyidina Anas bin Malik r.a. yang pernah berkhidmat kepada Rasulullah 10 tahun semenjak kecilnya lagi, telah meriwayatkan satu hadith yang mengandungi satu kisah benar, katanya:

Kami (sahabat Nabi) sedang bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w., tiba-tiba datang seorang sahabat yang mana kedua belah betisnya luka dan berdarah, melihat keadaan tersebut,

Rasulullah s.a.w. lalu bertanya beliau, kenapa betis kamu itu?

Jawabnya, saya (ketika hendak datang ke sini) melalui dekat dengan seekor anjing, lalu ia mengigit saya.

Kemudian tak lama datang seorang sahabat lagi yang telah digigit oleh seekor anjing, setelah mendengar apa yang diceritakan oleh sahabat tersebut, lalu Rasulullah s.a.w. bangkit dari tempatnya, sambil bersabda kepada sahabatnya bersegeralah kamu dapatkan anjing tersebut sehingga ia dapat dibunuh, maka bangunlah semua sahabat (yang ada di situ) dan mereka membawa pedang masing-masing.

Apabila sampai ke tempat anjing tersebut dan mereka pun mula hendak membunuhnya, tiba-tiba anjing tersebut dapat berkata dengan bahasa yang fasih dan terang, katanya, jangan bunuh saya, saya beriman kepada Allah S.W.T. dan Rasulnya, Rasulullah s.a.w. bertanya, kenapa kamu mengigit kedua-dua lelaki ini? Jawabnya, wahai Rasullullah s.a.w. saya ni anjing yang telah diperintah mengigit sesiapa yang memaki Abu Bakar dan Umar r.a.,

Selepas itu Rasulullah bersabda kepada kedua-dua orang tadi, adakah kamu telah mendengar apa yang dikatakan oleh anjing tadi? Maka jawab mereka berdua, kami telah bertaubat kepada Allah S.W.T. dan Rasulnya. Kedua-dua orang sahabat tersebut sebenarnya, mereka orang munafik, dengan peristiwa tersebut, mereka telah bertaubat, tidak memaki kedua sahabat tersebut lagi…

Dari Ibnu Jamal…

*Allah mengajar wali melalui anjing

Suatu hari, seorang wali yang dikenali sebagai Ba Yazid atau Abu Yazid sedang jalan-jalan di satu lorong. Tiba-tiba seekor anjing menghampirinya. Oleh kerana takut jubahnya tersentuh kulit anjing itu, maka Abu Yazid menarik pakaiannya ke atas.

Tiba-tiba anjing itu bersuara seperti suara manusia, “Kalau kulit aku kering, terkena kulitku, tuan tidak perlu mencuci pakaian tuan, tapi kalaulah kulit aku basah, tuan boleh menyamak pakaian tuan itu. Tetapi sifat benci yang ada di dalam diri tuan itu tidak boleh dicuci walaupun dengan tujuh batang sungai sekalipun. Dosa batin itu payah untuk dicuci.”

Abu Yazid berkata, “Wahai anjing,kamu ini sangat bijak. Marilah tinggal dengan aku seketika.”

“Tidak, kita berdua tidak boleh tinggal bersama kerana aku ini dihina manusia sedangkan tuan dipuji oleh dunia.Tambahan pula aku tidak menyimpan makanan untuk esok, sedangkan tuan menyimpan makanan untuk setahun,” jawab anjing itu.

Mendengarkan kata-kata anjing Abu Yazid berbisik sendirian: ” Kalaulah dengan seekor anjing pun tidak sudi bersamaku, apakah aku layak untuk menghampiri Tuhan dan duduk di `majlis-Nya’? Puji-pujian bagi Tuhan yang menghinakan diriku dan mengajar manusia melalui perkara-perkara yang kecil.”

http://nasbunnuraini.wordpress.com

Advertisements

One thought on “Kisah anjing yang berkata-kata

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s