Maka bala pasti turun pada mereka

Sanjungan terhadap artis sudah menjadi amalan generasi kita pada hari ini. Tidak cukup dengan artis tempatan, artis luar negara juga menjadi idola mereka. Cara sanjungan mereka seperti menyimpan poster artis, mengumpul koleksi lagu artis berkenaan, mengikuti perkembangan semasa melalui media massa atau rancangan hiburan di televisyen ataupun menjadi topik perbualan penting antara rakan-rakan. Ia adalah perbuatan yang sememangnya dilarang di dalam Islam jika tujuannya untuk dijadikan idola atau pujaan sehingga melalaikan.

Perkara ini adalah dirujuk kepada amaran Rasulullah SAW mengenai perbuatan manusia yang bakal mengundang bencana. Perkara ini dijelaskan baginda melalui hadisnya yang diceritakan oleh Ali bin Abi Talib bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila umatku telah membuat perkara-perkara berikut, maka bala pasti turun pada mereka iaitu:

# Apabila harta negara hanya beredar pada orang tertentu

# Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan

# Zakat dijadikan hutang

# Suami menurut kehendak isteri

# Lebih suka berbaik atau rapat dengan kawan-kawan dan menjauhi ayah (dalam meminta pandangan dan nasihat)

# Suara (perbualan) sudah ditinggikan di dalam masjid

# Ketua satu kaum ialah orang yang terhina di antara mereka

# Seseorang dimuliakan kerana ditakuti akan kejahatannya

# Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat

# Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki

# Artis disanjung-sanjung

# Muzik banyak dimainkan

# Generasi akhir zaman melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat)” – (At-Tarmizi)

Islam tidak melarang untuk mendengar muzik dan berhibur ataupun membabitkan diri dalam apa jua kesenian. Tetapi ia perlulah berada di atas landasan dan garis panduan yang ditetapkan oleh syarak dan tidak sampai tahap melalaikan termasuk dan tujuan, menjaga ibadat, corak hidup, cara pakaian dan pengisian yang ada dalam seni atau hiburan itu sendiri.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s