Ayat Al-Quran untuk lembutkan hati anak

Kaedah Pendidikan Anak-Anak Menurut Islam yang dikarang Abdullah Nasih Ulwan boleh dijadikan panduan. Kaedah asasi menurut Islam itu membantu mendidik anak menjadi baik dan salih. Kaedah itu ialah pertama pengikatan iaitu:

# Ikatan kepercayaan (akidah).

# Ikatan kerohanian seperti melakukan ibadah fardu, membaca al-Quran, selalu ke masjid, sentiasa berzikir dan berdoa dan melakukan ibadah sunat.

# Ikatan pemikiran iaitu sentiasa memberi motivasi dan kesedaran kepada anak dan menggalakkannya menimba ilmu pengetahuan.

# Ikatan terhadap kemasyarakatan seperti mendidik mereka bergaul dengan rakan, jiran dan orang lebih tua untuk mewujudkan kerjasama dalam memantau aktiviti anak oleh masyarakat.

# Ikatan riadah yang perlu untuk kesihatan tubuh tetapi wajib menjaga batas aurat serta niat.

Kedua pula kaedah pengancaman iaitu mengingatkan bahaya dosa dan kejahatan, haram menderhaka kepada ibu bapa, perlu menjauhi hiburan yang melalaikan dan mengingatkan dari keruntuhan akhlak.

Justeru, apa yang digariskan Islam dalam mendidik anak dapat membantu ibu bapa menangani masalah seperti tidak mendengar kata di samping doa berterusan daripada ibu bapa serta teladan baik yang ditunjukkan dalam kehidupan harian.

Mengenai ayat al-Quran yang boleh diamalkan sebagai pelembut hati tidak ada yang diajarkan dalam hadis secara khusus cuma dianjurkan amalannya oleh ulama seperti surah Toha: ayat 1-6 sempena kisah lembut hati Umar al-Khattab apabila mendengar bacaan surah itu lalu memeluk Islam. Surah Al-Insyirah yang bermaksud perihal melapangkan dada dan beberapa -ayat lain perihal kecintaan dan kelembutan hati bagi menjinakkan seseorang.

http://www.bharian.com.my

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s