Diharuskan bohong dalam keadaan tertentu

SAYA tahu berbohong tidak dibenarkan Islam, tetapi bolehkah berbohong jika bercakap benar membawa lebih banyak keburukan atau orang selalu katakan sebagai bohong sunat?

Alias Mohammad
Kuala Terengganu, Terengganu.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud “Hendaklah kamu bersifat benar, sesungguhnya benar itu membawa kepada syurga. Seseorang itu sentiasa bersifat benar dan berusaha untuk berlaku benar pada setiap ketika sehingga tertulis namanya di sisi Allah sebagai orang yang benar.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berkata benar dalam percakapan adalah sifat benar yang masyhur disebut selain benar dalam niat dan benar amalan. Ia adalah salah satu sifat terpuji. Orang beriman wajib memelihara percakapan dan menjauhi bohong kecuali dalam beberapa perkara yang ada keperluan dan kepentingan.

Harus dan rukhsah berbohong dalam merancang strategi perang atau menenangkan hati isteri atau mendamaikan satu pertelingkahan seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Seseorang tidak dianggap berbohong jika dia bertujuan memperbaiki hubungan di antara dua orang berbalah, lalu dia bercakap sesuatu yang baik atau mereka kebaikan” (Riwayat Bukhari).

Seboleh-bolehnya pembohongan perlu dijauhi dan lebih baik menggunakan kata kiasan atau sindiran bagi mengelak pembohongan secara terang-terangan.

Namun keharusan penggunaan kiasan juga bergantung kepada perkara yang dianggap perlu atau penting bagi menyelamatkan keadaan dari berlaku perkara yang lebih buruk jika bercakap benar.

Sumber: http://www.bharian.com.my

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s