Bersyukurlah dengan nikmat yang ada

Oleh Mohd Shukri Hanapi

SECARA umum, nikmat dikurniakan Allah kepada setiap manusia dapat dibahagikan kepada dua jenis. Pertama, nikmat bersifat fitri atau asasi iaitu nikmat diterima manusia sejak dilahirkan lagi. Kedua, nikmat mendatang iaitu nikmat diterima dan dirasakan mengikut keadaan dan waktu.

Nikmat bersifat fitri itu digambarkan Allah dalam firman-Nya bermaksud, “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun; dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.” (Surah al-Nahl, ayat 78)

Sesungguhnya manusia dilahirkan ke dunia dalam keadaan bertelanjang bulat. Namun mereka dilengkapi dengan alat diperlukan dalam perjuangan hidup ini. Dimaksudkan dengan kelengkapan itu ialah telinga, mata dan akal fikiran.

Adapun nikmat mendatang itu pula ialah segala kenikmatan, kelazatan, kebahagiaan dan sebagainya diterima manusia dalam perjalanan hidupnya. Segala sesuatu yang ada dalam dunia ini, bermula daripada tanam-tanaman sampailah kepada binatang ternakan dan hasil dari perut bumi, semuanya disediakan semata-mata untuk dimanfaatkan umat manusia.

Sedar atau tidak, hidup manusia di alam ini tidak akan terlepas daripada menerima nikmat dan rahmat Allah. Nikmat dikurniakan Allah kepada manusia tidak terhitung banyaknya. Jumlahnya tidak dapat disukat dan ditimbang sesiapapun.

Lazimnya, seseorang manusia itu hanya akan menyedari betapa berharganya nikmat dikurniakan Allah kepadanya apabila nikmat itu hilang atau terlepas daripadanya (diambil kembali oleh Allah).

Misalnya, mata menjadi rabun, telinga menjadi pekak, kaki patah dan tangan putus. Apabila perkara ini berlaku ke atas dirinya, maka ketika itu barulah amat terasa kehilangan nikmat dan kekurangan diri.

Sesungguhnya nikmat kesihatan amat dirasai apabila seseorang itu sakit. Seseorang yang berkuasa atau berpangkat akan berasa nikmat memegang kuasa dan pangkat; dan akan merasa sebaliknya jika dipecat daripada kekuasaan serta jawatan yang disandangnya.

Oleh itu, peliharalah setiap nikmat yang diperoleh itu. Bersyukur dan berterima kasih kepada Allah Yang Maha Kuasa supaya nikmat itu akan terus dikekal-Nya.

Tanda seseorang itu bersyukur ialah akan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah untuk melakukan amal ibadat dan mendekatkan diri kepada-Nya.

Sumber: http://www.bharian.com.my

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s