Antara Cerai Fasakh atau Cerai Taklik

Isteri hadapi masalah bawa kes ke Mahkamah Syariah dinasihat ambil peguam syarie

Soalan:
SAYA sudah memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Syariah. Suami hadir dan menyatakan dia tidak bersetuju dengan tuntutan itu. Kes saya ditangguhkan ke Disember untuk memberi peluang kepada saya meminda tuntutan kepada cerai fasakh atau cerai taklik. Masalahnya saya tidak tahu apakah beza antara cerai fasakh dan taklik ini dan yang manakah yang kuat untuk saya bercerai dengan suami. Harap penjelasan tuan boleh membantu.

Puan Haidar,
Shah Alam.

Jawapan:
ADA banyak jenis perceraian dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam antaranya perceraian dengan talak (secara persetujuan bersama), perceraian dengan kuasa hakam, perceraian khulu’ (tebus talak), perceraian taklik atau janji, perceraian dengan li’an, perceraian fasakh, perceraian luar mahkamah dan perceraian akibat murtad.

Permohonan cerai di mahkamah perlu penuhi peruntukan Seksyen 45 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam contohnya Seksyen 45 (a), (b) dan (c) EUUKI Selangor 2003 memperuntukkan:

“Kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya dengan nyata, tiada apa-apa juga dalam Enakmen ini membolehkan mahkamah membuat sesuatu perintah perceraian atau perintah mengenai perceraian atau membenarkan seseorang suami melafazkan talak kecuali:

(a) jika perkahwinan itu didaftarkan atau disifatkan sebagai didaftarkan mengikut enakmen ini; atau

(b) jika perkahwinan itu dilangsungkan mengikut hukum syarak; dan

(c) jika pemastautinan salah satu pihak kepada perkahwinan pada masa permohonan itu diserahkan adalah dalam Selangor

Perkataan ‘perintah perceraian’ dalam seksyen 45 adalah merujuk kepada perintah perceraian yang dibuat dengan kuasa mahkamah, seperti perintah perceraian secara fasakh atau taklik.

Fasakh mengikut Seksyen 2 (1) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam didefinisikan sebagai pembubaran nikah disebabkan sesuatu hal keadaan yang diharuskan oleh hukum syarak mengikut seksyen 53.

Ada banyak alasan membolehkan mahkamah membenarkan tuntutan cerai fasakh iaitu suami hilang atau ghaib lebih setahun, suami cuai atau tidak memberi nafkah zahir selama tiga bulan, suami dipenjarakan selama tiga tahun atau lebih, suami tidak menunaikan nafkah batin selama setahun.

Alasan lain, suami mati pucuk, gila selama tempoh dua tahun atau hidap kusta, vitiligo atau hidap penyakit kelamin yang berjangkit dan isteri yang dikahwinkan wali mujbir sebelum dia baligh dan dia menolak perkahwinan itu, dengan syarat dia belum disetubuhi.

Suami menganiayai isteri dengan lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita, suami berkawan dengan perempuan jahat atau hidup berperangai keji mengikut hukum syarak, memaksa isteri hidup secara lucah, melupuskan harta isteri atau melarang isteri daripada menggunakan haknya terhadap hartanya.

Suami menghalang isteri daripada menjalankan kewajipan agamanya, berpoligami yang tidak berlaku adil terhadap isterinya, sengaja enggan menyetubuhi isterinya lebih daripada empat bulan. Menikahi isteri secara tidak sah ketika akad nikah, sama ada dengan sebab paksaan, kesilapan, tidak sempurna akal atau lain-lain yang diakui hukum syarak.

Jika ketika akad nikah, isteri seorang yang sakit otak menurut Ordinan Sakit Otak 1952, sama ada berterusan atau selang-seli, dan sakit otaknya dalam kategori yang tidak layak untuk berkahwin serta apa-apa alasan lain yang diiktiraf hukum syarak.

Beban pembuktian adalah terletak kepada plaintif untuk membuktikan salah satu atau lebih, alasan fasakh itu. Cuma dalam kes membabitkan nafkah, beban bukti adalah ke atas suami yang perlu membuktikan dia ada memberi nafkah kepada isterinya.

Cerai taklik berdasarkan peruntukan Seksyen 50 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam ialah lafaz perjanjian yang dibuat oleh suami selepas akad nikah mengikut hukum syarak dan peruntukan undang-undang.

Pihak yang menuntut cerai taklik perlu berkahwin menurut hukum syarak dan mempunyai sijil nikah yang mempunyai surat perakuan taklik yang dilafazkan dan ditandatangani oleh suami sejurus selepas akad nikah.

Lafaz taklik negeri adalah berbeza antara satu negeri dengan negeri lain. Hanya isteri boleh menuntut cerai taklik. Lafaz taklik perlu dibaca dan ditafsirkan secara keseluruhan, bukan separuh atau sekerat saja.

Beban pembuktian terletak kepada isteri untuk membuktikan suaminya ada melafazkan taklik itu dan membuktikan suaminya sudah melanggar janjinya dalam surat perakuan taklik itu.

Puan perlu meneliti dan mengkaji semula adakah alasan puan menuntut cerai itu memenuhi kriteria tuntutan fasakh atau taklik sebagaimana yang dinyatakan di atas. Kuat atau tidak tuntutan cerai bukan terletak pada nama atau sifat perceraian itu, tetapi terletak kepada cara anda membuktikan tuntutan dan dakwaan di mahkamah.

Dalam perundangan Islam, beban pembuktian ditanggung oleh pihak yang menuntut sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Keterangan (pembuktian) ditanggung di atas pihak yang mendakwa (menuntut) dan sumpah ke atas yang ingkar (menafikan).”

Sebagai pihak yang mengemukakan tuntutan, hendaklah membuktikan semua dakwaannya sehingga ke tahap yakin. Keyakinan pula adalah disabitkan melalui pengakuan, penglihatan atau keterangan dan dalil.

Seksyen 3 (1) Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003, keterangan termasuk bayyinah dan syahadah, keterangan lisan dan keterangan dokumen.

Saya nasihatkan puan dapatkan khidmat peguam syarie kerana jika suami tidak bersetuju bercerai, mahkamah perlu membicarakan kes anda. Apabila berdepan dengan proses perbicaraan, puan perlu menghadapi banyak prosedur dan aturan yang perlu dipatuhi pihak-pihak. Peguam syarie boleh membantu mengemukakan bukti di mahkamah dan mendapatkan hak menurut hukum syarak.

Jawapan disediakan Setiausaha Agung Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Tuan Musa Awang

sumber: http://www.bharian.com.my/

.

***************************************************

Assalamualaikum pada semua, saya menyambut baik persoalan yang diutarakan, namun saya bukanlah seorang yang benar2 layak untuk menjawab, oleh itu saya cadangkan sekiranya saudara-saudari menghadapi apa2 masalah yang berkaitan Cerai Fasakh atau Cerai Taklik, silalah menghubungi Pejabat Jabatan Agama Islam berdekatan atau merujuk kepada laman http://peguamsyarie.org dan mengemukakan pertanyaan untuk jawapan yang benar-benar tepat. Terima Kasih.

About these ads

45 thoughts on “Antara Cerai Fasakh atau Cerai Taklik

  1. Sy telah berkahwin dgn baharudin voo chung leong selama hampir 2 tahun.masalahnya,sy skarang dlm kebuntuan,samada pkahwinan kami sah atau tdk.ini kerana sy baru saja ternampak surat dan dokumen2 yg mengesahkan bahawa suami bukan org muslim dan dia mengaku jelas bahawa cuma namanya seperti nama org muslim dan dia akui keturunannya cina tulin yg menganuti agama buddha.hal ini sy baru tahu slp kahwin.suami juga mengamalkan sembahyang buddha di rumah kami,dan jiwa sy cukup2 terseksa.kisah silam lalu,ibu suami

    • Assalamualaikum, saya cadangkan saudari menghubungi Pejabat Jabatan Agama Islam berdekatan atau merujuk kepada laman http://peguamsyarie.org dan mengemukakan pertanyaan untuk jawapan yang benar-benar tepat. Terima Kasih.

  2. saya telah berkahwin selama 6 tahun. saya seorang mualaf dai agama kristian berkahwin dengan suami saya masku ke agama islam. suami saya seorng penagih dadah, sering keluar masuk penjara bloeh dikatakan 4 tahun permulaan suami saya hanya keluar masuk penjara. selepas itu dia berhijrah ke kuala lumpur, meninggal kan saya sendiri menatap di sabah. selama 2 tahun tiada sebaran berita, dari suami saya. pada akhir tahun lalu dia kembali ke sabah untuk menjemput saya bersama nya ke kl, saya bersetuju. selama seminggu bersamanya, saya sedar yang saya tak boleh hidup bersamanya lagi, perasaan sebagai suami isteri sudah hilang dalam hati saya, perasaan sayang dan cinta sudah tak ada dalam hati saya. untuk pengatahuan dia sekarang berkerja sebagai polis bantuan di kl. saya kembali ke sabah. sekarang saya sedang memfailkan tuntutan cerai. a[akah yang harus saya lakukan????

  3. saya telah mendapat surat untuk hadir ke mahkamah untuk kes tuntutan cerai. Boleh ke saya dapatkan khidmat peguam untuk saya uruskan kes ini, walaupun pada dasarnya saya tak mau ceraikan isteri saya.

    Kes tersebut di Batu Pahat dan saya cadangkan untuk pindah kan ke Selangor.

    zubairi
    013-2287070

      • ko ingat senang2 je cerai kerana isteri minta…tengok dulu sebab nya…ko tau tak para malaikat melaknat isteri yang minta cerai tanpa alasan kukuh dan munasabah…pi balik belajaq agama dulu baru komen…

  4. saya dah bkawin masuk 2 tahun,,tetapi bwalikan abg sdangkan bapa saya masih hidup,dan saya tidak tahu kdudukan suami saya dmana,sya dah buat urusan kat sabah tapi tiada jawapan sampai ke hari ne

  5. Salam..
    Sy menuntut cerai fasakh pada suami kerana spjg 2 tahun pkhwinan suami sering maki hamun sy dgn bahasa kesat, pernah menjatuhkan maruah sy di khalayak ramai, pernah menumbuk tgn sy & beberapa kali mencuba utk memukul sy di dalam pertengkaran kecil. suami juga mengadakan hubungan luar dgn perempun tidak berakhlak iaitu perempuan yg bekerja di tempat karaoke tanpa pengetahuan sy…spjg prkhwinan juga suami sering lepas tgn memberi nafkah terhadap sy & anak dgn alasan gj sy lebih tggi darinya. sy yg menanggung semua perbelanjaan rumahtgga kami. pembuktiaan sebagaimanakah yg perlu sy lakukan di dalam kes begini? tolonglah bantu sy..

  6. Assalamualaikum, saya menyambut baik persoalan yang diutarakan, namun saya bukanlah seorang yang benar2 layak untuk menjawab, oleh itu saya cadangkan sekiranya saudara-saudari menghadapi apa2 masalah yang berkaitan Cerai Fasakh atau Cerai Taklik, silalah menghubungi Pejabat Jabatan Agama Islam berdekatan atau merujuk kepada laman http://peguamsyarie.org dan mengemukakan pertanyaan untuk jawapan yang benar-benar tepat. Terima Kasih.

  7. Assalamualaikum.usia perkahwinan sya masuk thn ke-10,diawal usia perkahwinan suami bekerja di luar negara.Pendapatan blanan dimasukan ke akaun sya itupun kena paksa kerana ibu bapanya inginkan pndapatan stiap blnnya dimasukkn ke akaun mereka.slepas hmpir 6thn ,suami bekerja di m’sia tetapi tidak tetap.spjg prkhwinan juga suami sering lepas tgn tidak memberi nafkah terhadap sy & anak dgn alasan jgn berkira dgn suami.sring kali sya cuba berbincang dgnnya tapi x diendahkn.dia suka buang masanya dgn kawan2.stiap kali minta duit x pernah dpt. sy yg menanggung semua perbelanjaan rumahtgga kami.kini sya dh tiada hati padanya .stiap kali sya dipersalhkan oleh keluarganya krna tiada zuriat.pembuktiaan sebagaimanakah yg perlu sy lakukan di dalam kes begini? tolonglah bantu sy..

    • Kepada puan Hayati, silalah menghubungi Pejabat Jabatan Agama Islam berdekatan untuk tindakan lanjut. Semoga dipermudahkan Allah SWT, Insya-Allah. Terima Kasih.

  8. salam…………
    sye dlm proses tuntutan fasakh dn dh hmpr2 slesai kes(tngh tnggu kputusan dr
    mahkamah)…..kes ni dr thn (2008 bln 3)
    sye pkai lwyer JAIS…ktenye bln 9 thn lps result,tp smpai skarg blm tau kputusannye.
    sye nk tau adakh nk dptkn result pun ambk masa smpai 5-6 bln ke???????????????

  9. assalamualaikum….saya dah d tingalkan 5thn lbh,skarang ank saya dah berumur 6thn…soalanya sekarang saya mahu sekolahkan anak saya tp pihak sekolah mahukan surat cerai,sedangkan saya prnh urus surat cerai saya tp jabatn agama islam tu ckp nikah kami tdak brdaftar mcm mana nak urus surat cerai kalau nikah tak berdaftar…tp masaalahnya sekarang ank saya tak bersekolah la jwp nya kalau mahkamah tdak dpt tolong saya…kesian anak saya itu sahaja yg saya risau,tolong la bantu saya…apa yg perlu saya buat???

  10. Saya telah berkawin selama lebih kurang 10thn..mempunyai 3org anak 8,7 dan 2thn.Suami saya seorang panas baran, dan suka mengungkit hal-hal lama ketika bergaduh.Setiap kali bergaduh dia akan mengungkit hal2 lama dan menjadi bertambah marah dan kerap kali juga dia memukul saya.Dia juga sering memaki hamun saya dan keturunan serta keluarga saya.Dia juga selalu menyalahkan saya dlm semua hal dan mengatakan yg dia sangat terkilan kerana berkahwin dengan saya.Saya baginya hanya lah memberi masalah kepadanya.langsung tidak pernah menyenangkan dia.Dia kata selama dia hidup dengan saya hidupnya jadi semakin susah dan tertekan.Saya merasa sangat kecil hati dan tawar hati kepadanya..Apa yang perlu saya buat.Saya rasa saya langsung tidak dihargai.dia juga telah menghasut anak saya supaya membenci saya dengan mengatakan jika ingin berkahwin jangan sesekali berkahwin dgn perempuan seperti saya, bodoh, keje kerani, gaji kecik, berangan, suka meminta2 tak sedar diri dan sebagainya.saya merasa sangat tertekan dan malu pada anak2 saya.Dia juga tidak segan silu memukul dan memaki hamun saya di depan anak2 saya..Jadi tolong lah berikan nasihat apa yang patut saya lakukan….

  11. Hantu :
    ko ingat senang2 je cerai kerana isteri minta…tengok dulu sebab nya…ko tau tak para malaikat melaknat isteri yang minta cerai tanpa alasan kukuh dan munasabah…pi balik belajaq agama dulu baru komen…

    tp isteri x kn mnta cerai klau tnpa alasan yg kukuh…

    • Setuju..Istri ada alasan kukuh untuk meminta cerai.
      Kalau suami tidak ada tanggungjawab menyediakan tempat tinggal,mkn minum dan keperluan keluarga. Seolah2 istri yg mengambil alih tanggungjawab dengan menjadi ketua keluarga,suami tetap pertikaikan.
      Situasi sekarang sy alami,9 tahun kahwin.Dimanakah hak sy sebagai seorang istri.

      • Dengan izin allah…….
        Allah tidak pernah menjanjikan syurga pada laki2,walaupun laki2 telah menafkahkan sebahagian hak nya dan hartanya pada isteri…..allah juga tidak janjikan kan syurga walaupun laki2 bersembahyang jumaat…berzakat,berpuasa dibulan ramadhan dan bersolat 5 waktu…..tetapi apa yang dilakukan di atas tanggungjawab dan perintah ugama……Allah tetap menjanjikan syurga pada isteri hanya 3 perkara…taat pada perintah allah…taat pada perintah nabi junjungan besar kita nabi muhammad s.a.w dan taat pada perintah suami selagi perintah-perintah itu tidak cenderung atau ke arah kemaksiatan

      • tapi xselalunya isteri ada alasan kukuh,..sikit2 cerai,sikit2 cerai,emo….
        sbb tu lah kenapa isteri xboleh ceraikan suami..
        *kalaulah boleh,pecayalah lagi bnyk kes cerai,hari2 laki kena cerai… :)

  12. isteri memohon cerai didalam islam bukanlah satu dosa.. ia akan menjadi dosa sekiranya isteri memohon cerai dgn tiada adab n tdk menghormati suami cth dgn cr menjerit2 dan meronta2.. sekiranya isteri memohon cerai dgn cara yg baek mengikut prosedur yg betul,, suami perlu menghormati kehendak isteri.. dan berbincanglah dgn cara yg penuh berhikmah.. :)

  13. BETUL…dayus la sang suami klu tak cerai kan istri..ada sbb isteri minta cerai,bukan suka2 jer,lagipun kan ada undang2 islam…
    so,para suami,yg jahil tu sila la bertaubat….takut jadi mcm suami sy like gila talak…blum cerai pun dah nak gila…masa buat tak fikir..

  14. Aku baru je pergi mahkamah pagi tadi mohon penceraian takliq. Aku pun tak paham kenapa susah benar nak settle masalah ni. Suami da meninggalkan rumah lebih 4 bulan tanpa nafkah, tapi bile hakim tanye pada suami adakah ingin meneruskan permohonan isteri (cerai takliq), dia kata, dia msih sayangkan isterinya lagi. Giler!!! Dah tentu kalo kita tengok balik dalam lafaz takliq belakang sijil nijah, terang-terang da tulis….sekiramya meninggalkan isteri selama melebihi 4 bulan tanpa nafkah………………….bacalah sendiri, automatik jatuh talak 1. Hakim x bole nak buat keputusan. Tangguh bulan Disember plak. hakim pun ade bagitau bulan Disember ni keputusan akhir utk suami defend semua tuduhan daripada aku…..
    Wbagaimanupun, aku tetap akan teruskan perbicaraan ni. Aku pastikan aku akan menang kes ni. Aku da tawar hati dengan dia, bukan pasal x bagi nafkah je tapi dia ni ade 3 kes polis narkotik n jenayah. Sudahlah, x payah bela org macam ni. Menghabiskan borehh (beras) jerr….

    • dengan izin allah…..
      Asiah boleh bersabar bersuamikan firaun…..seperti mana yang kita tahu asiah telah di paksa untuk berkahwin dengan firaun yang jahat dan zalim…..sepanjanh asiah hidup bersama firaun banyak pertolongan yang allah berikan pada asiah…di antara yang paling hebat ialah …..allah turunkan iblis menyerupai asiah untuk berdamping dan tido bersama firauan….zalimnya firauan terhadap asiah kerana taatnya asiah pada perintah allah….dan akhirnya allah telah berikan asiah syahid setelah di kurung di seksa …di ikat dan tidak diberikan makn.minum dan ada di antara ynag menyakan pada kita asiah syahid di timpa batu ketika menerima seksaan dari firauan yang zalim…….hebat nya kuasa allah…..

  15. saya telah berkahwin selama 11 thn …tp sejak mula perkahwinan saya tidak pernah rasa bahagia…dan saya tidak mencinta suami saya pun…..dari sehari ke sehari saya dah mula rasakn memang tidak mampu lagi nk berselindung …tidak mampu lagi nk berlakon dalam mengharungi alam rumahtangga yang saya tidak pernah rela….sampai saya hilang rasa hormat pada suami saya….saya tidak mempedulikan lagi rumahtangga saya….kami selalu bergaduh…sangat2 tidak sehaluan lagi…dan sekarang saya hendak menuntut Fasakh dari suami ….apa yang patut saya lakukan…dah minta suami lepas kan berkali-kali tapi dia enggan malah dia ugut saya dgn macam2 perkara

  16. Rumitka hal rumah tangga ni…sy pulak ngan masalah dah 6 tahun kahwin…dari segi kasih sayang,perhatian dan nafkah batin mmg baik…tp dari segi nafkah zahir…hampeh…saya plak jd ketua keluaga yg tanggung semua perbrlnjaan…dia plak suka hati nk keja dia prgi…nasib baik sy keja goverment…sbb tu dia ambik kesempatan sepenuhnya pada sy….uisss…dah tak sanggup…dah penat nak tanggung semua ni…isteri sebenarnya tugasnya meringankan beban suami tetapi sekarag sebaliknya semua beban isteri yg tanggung….mcmana…………..aduhhhhh

  17. saya dah kawin 5tahun. saya yg sediakan tempat tinggal,baju,makan minum.. suami cuma blh bagi 50/100 ringgit sebulan. saya dikatakan ‘membeli’ suami di mata keluarganya. suami layan saya spt seorg kwn..selalunya layan kwn lg elok dr layan saya.. klu kwn2 ada/para keluarga ada..sy langsung xkene lyn wlupun hanya sekadar bersembang dgn saya.saya kat selangor dia kat langkawi.kalau x sebulan sekali balik, 2bln sekali lah. duduk rumah berapa hari dah dok kat nak kena balik langkawi jugak2 sbb famili dia di sana & dia lebih rela kerja disana. [katanya kl ni memeningkan kepala].saya bersabar spjg perkahwinan kami sehinggalah dia kerap sgt guna kata2 tak sedap didengar dsebabkan cemburu dan tidak percaya pada saya. saya telan cacian makian dia. dia kata minta maaf, selang berapa hari dia but lagi. saya terseksa secara halus. saya bincang elok2 kata kita tak sehaluan & minta dilepaskan. tapi suami buat tak tau & seolah2 takde ape benda yg jadi terhadap hubungan kita.boleh kah saya menuntut cerai?

  18. salam…………..saya bermasalah dengan family mentua……….family mentua hanya ingin bertemu dgn anak saya iaitu cucu mereka….tapi hati saya terlalu sakit sehingga saya tidak beri mereka berjumpa……terlalu jelas apabila di lihat kluarga mentua x menyukai saya….memang tiada jalan penyelesaian dah….ini menjadi punca saya dan suami bergaduh apbila berjumpa dgn mentua….saya ada menuntut cerai dr suami….tapi suami tak jatuhkan talak….tapi family mentua ada menyatakan suruh ceraikan saya…tapi suami saya tak cerai saya……saya rasa sedih,tention,tak bahagia…..ingin lari sejauh yg mungkin…..sebab saya dah tak leh pandang muka mentua dan husband saya…..tolonglah saya…..

  19. Salam. .sy ada msalah tntang kes cerai taklik sy.suami sy tetap tidak setuju wlaupn alasan sy becerai amat2 kukuh.suami sya pukul sya,x bgi nafkah,mabok n mkn pil khayal. .kes sya asyik kena tangguh je ats sbb suami x setuju sdgkn alasn n bukti sudah jelas.dh la ada kes polis 3 kali.untk pengetahuan semua,baru 3bln sya kawin,.sblm kawin ok je,dh kawin mcm ne perangai rupanya. .

    • Wsalam, harap puan dapat merujuk kepada pejabat agama terdekat untuk tindakan lanjut. Moga semuanya dipermudahkan dan dirahmati Allah SWT.. aminn…

  20. Salam…. Saudara saya ada masalah dengan suaminya. suaminya seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab. Sudah la tidak mahu bekerja, malah membebankan isterinya dengan hutang ALONG yang banyak hingga di ugut oleh ALONG itu. Saya agak pelik mendengar cerita ini. Dia mengatakan teah banyak kali menuntut fasakh di Pejabat Agama terdekat. Tetapi setelah lebih 10 tahun berlalu, Pejabat agama masih tak dapat luluskan tuntutan fasakh tersebut. Apakah prosedur yang betul untuk menuntut fasakh/taklik untuk kes seperti ini?

  21. saya da 5 taon bkawin,tp skrg da mngandung ank ke dua, 5bln..tp perangai suami tetap xbubah..x abis2 dgn pompuan blik lwt2 pg..nafkah zahir xda masalah,tp batin mcm dia elak2..sekarang da sebulan lebih kitorg tgl bilik berasingan.ari2 selagi jam x tunjuk pkul 4 5 pg,dia xbalik umh.dia bisnesman,bila sy tya ckp kerja!!tp xkan ari2????sy da btul2 xthn ngn perngai dia,sy minta dia lepaskan sy sebab sy xdpedulikan lgsg..time2 mgandung ni semua sakit sy tanggung sorg2..yg 1st dlu pon mcm 2..tp dia wt xpeduli je.dia wt hal dia..sy xda sebab yg kukuh utk tuntut cerai..sy terlalu memikir smp sy tumpah drh arini..alhamdulillah,baby xda pape..sy sedih sgt..

  22. saya tak tahu dari mana harus saya mula….terlalu bnyk msalah,terlalu bnyak perselisihan,terlalu bnyk ketidaksefahaman,terlalu bnyk persengketaan,terlalu bnyk airmata yang melimpah…..apa yang mampu saya kata…hubungan kami sudah tidak boleh diselamatkan lagi…saya hanya inginkan ketenangan,kedamaian….jika dengan perpisahan ini saya mampu miliki ketenangan…saya redha…semoga penceraian ini berkesudahan dengan keadaan baik dan aman tanpa pertengkaran dari mana mana pihak….

  23. saya telah 10 tahun berkahwin….boleh dikatakan sepanjang perkahwinan kami,saya yang menyara keluarga dan ank2…setelah berbagai ranjau dan onak duri yang kami lalui,dia kini telah memiliki sebuah kerjaya yang gah dimata dunia…dia mula berubah sikap…dan kerana bnyk aspek sampingan kami tidak lagi sehaluan seperti dulu..kerap bertengkar,bergaduh kerana perbezaan taraf hidup masing2 seolah olah saya tidak layak menjadi isterinya kerana level kami berbeza…dan dibantu oleh timbulnya anasir2 lain seperti kewujudan wanita lain dan lelaki lain…hubungan kami sememangnya tidak boleh diperbaiki lagi…kami berbincang dan bersetuju untuk berpisah atas persetujuan bersama….soalan saya….dia memberitahu saya,jika tuntutan cerai atas persetujuan bersama antara kedua dua pihak,ini bermakna saya tidak boleh membuat sebarang tuntutan nafkah…samaada tuntutan harta sepencarian ataupun tuntutan nafkah anak anak….adakah fakta ini benar???saya membuat tuntutan cerai atas persetujuan bersama adalah kerana memudahkan kes selesai dan tidak mahu mengaibkan mana2 pihak yang terlibat secara tidak langsung..namun jika tuntutan cerai ini seolah olah memerdekakan dia dari tanggungjawab,adakah patut saya mohon cerai fasakh…kerana saya dinasihat untuk memohon cerai fasakh oleh sesetengah pihak yang mengetahui keadaan sebenar…yang mana satukah jalan yang harus saya lalui tanpa memudaratkan mana mana pihak termasuk dia sendiri kerana saya ingin perceraian ini berlaku secara aman tanpa pergaduhan….

  24. apa itu cerai taklik..sya dlm proses bercerai..dh naik turun mhkmh,suami asyik ugut2,maki hamun..tp bila suh naik court,x dtg lak..klu btol syg.knape perlu ugut2 n maki hamun

  25. stress sgt2 sbb 1st day before majlis khwin,sya mintak batalkan mjlis sbb sya xnk kwin dgn org yg x hargai sya tp tpaksa teruskn sbb mak mertua cam kecewa sbb dh wat persiapan suma.asyik tduh sya bkan2,stakat ugut2 biasa xpe lg tp ni sket2,ckp nk angkut geng2 samseng die belasah sye rmai2,nk bkr sye hdup2,,kenape perlu smpai mcm tu??semua org ade baran msing2 tp knape perlu smpai nk tamatkn riwayat isteri yg dlu dsanjung2 tu?lelaki mmang cmni ke

  26. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ sye nk tnye ape hukumnya jika suami lepaskan kata2 kepda isteri sperti ‘ aku tinggalkan ko ‘ dlm mse yg sme si isteri meminta cerai da memaksa..sedangkan si suami terlepas ckp..adakah ianya boleh jatuh talak atau tidak..? Terima kasih

    • Wsalam, harap puan dapat merujuk kepada pejabat agama terdekat untuk tindakan lanjut. Moga semuanya dipermudahkan dan dirahmati Allah SWT.. aminn…

  27. soal nikah cerai ni mmglah sgt sensitif.. sebaik2nya kita rujuk Mahkamah Syariah dan jumpa Pegawai Syariah yg bertauliah utk mendapatkan maklumat yg tepat dan terperinci.. Nikah adalah ibadat dan pahala besar sekiranya suami isteri dapat menjaga kerukunan rumahtangga kerana Allah sebaik2nya. Kita sedia maklum bahawa perceraian adalah perkara halal yang di benci Allah, selagi pasangan suami isteri dapat mempertahankan rumahtangga dan selesaikan permasalahan secara hikmah itu dan elakkan daripada bercerai, itulah yg terbaik. Tetapi Islam juga tidak melarang cerai sekiranya rumahtangga itu tidak lagi aman dan pasangan tidak dpt lagi untuk hidup bersama kerana sabit berlakunya ‘syiqaq’ (syiqaq = perbalahan/persengketaan antara suami isteri yg terus2an dan berpanjangan tanpa ada penyelesaian lagi).

    Suami boleh ceraikan isteri jika sudah difikirkan itulah keputusan terbaik utk dirinya, sekiranya belum ada berlaku lafaz cerai maka suami seeloknya mohon tuntutan perceraian di mahkamah syariah sbb ini adalah ‘cerai secara damai’ dan lebih dianjurkan oleh mahkamah agar maruah pasangan dijaga dan tidak diaibkan.

    sekiranya suami sudah melafazkan cerai kepada isteri di luar mahkamah, maka pasangan hendaklah dengan kadar segera rujuk mahkamah syariah utk membuat ‘pengesahan lafaz cerai’ dan bila sudah berlaku lafaz cerai itu maka pasangan suami isteri tidak melakukan hubungan kelamin sehinggalah lafaz cerai telah berlaku itu diputuskan oleh Mahkamah.

    dalam situasi berlainan, jika suami enggan menceraikan isteri tetapi isteri merasakan rumahtangga atau perkahwinannya itu tidak lagi aman dan sering berselisish faham dlm byk segi kerana suami tidak menunaikan tanggungjwbnya dgn adil seperti ada berlaku serang-sentuh (pukul/penderaan), suami berlaku curang/bergaul atau membuat perbuatan keji dengan perempuan jahat, suami tidak beri nafkah zahir atau batin, suami terlibat dengan kegiatan/kesalahan jenayah atau mabuk atau penyalahgunaan dadah/ganja, atau sebarang perkara yang boleh disabitkan oleh mahkamah.. maka isteri bolehlah mohon cerai secara Fasakh kerana fasakh ini adalah jaminan kepada isteri yang teraniaya untuk melepaskan dirinya daripada terus dizalimi oleh suami yang tidak bertanggungjwb atau zalim serta peluang untuk isteri itu membina/mulakan hidup yg baru.

    Setiap masalah ada penyelesaiannya, insyaAllah. Ini hanya perkongsian ilmu yg ringkas dari saya yg tidak seberapa. Apa yg terbaik dtg dari Allah swt dan yg kurang itu dtg dari diri saya sendiri. semoga apa yg dikongsikan ini dapat sama2 kita manfaatkan.

    hamba Allah.

    - sumber dan isi dipetik dan diambil dari meja mahkamah-

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s