Negara Islam perlu bersatu hapus kekejaman di Gaza

Oleh Amran Zakaria

 

KEGANASAN rejim Zionis di Gaza mendapat bantahan seluruh dunia dan perlunya umat Islam kini bersatu membentuk pasukan kuat membantu bumi Palestin bebas daripada cengkaman Israel dan sekutunya.

 

OIC wajar jadi pendinding bebaskan rakyat Palestin daripada keganasan rejim Zionis

 

BERMULA 15 Mei 1948 iaitu 61 tahun lalu, penduduk Palestin meniti masa itu bagaikan meniti bara lakunya. Tempoh sejarah yang agak panjang dan perlu disingkap kembali oleh semua umat Islam di seluruh dunia.

 

Bermula sejak itu, penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin diisytiharkan secara rasmi yang akhirnya membunuh harapan rakyat Palestin untuk memiliki negara sendiri. Peristiwa itu turut dikenali sebagai ‘nakbah’ yang bermaksud malapetaka besar.

 

Dalam peristiwa nakbah, Yahudi Zionis bertindak kejam dengan mengusir lebih 60 peratus rakyat Palestin (kira-kira 800,000 orang daripada sejumlah 1.39 juta) ke luar negara, manakala 30,000 lagi diusir ke daerah yang mereka takluki.

 

Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis menghancurkan 478 kampung serta terbabit dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

 

Pelbagai peristiwa pembunuhan beramai-ramai berlaku sepanjang peristiwa itu antaranya peristiwa paling tragis ialah tragedi Deir Yassin pada 9 April 1948 membabitkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang tua, wanita dan 52 kanak-kanak.

 

Selepas 61 tahun berlalu, Zionis mengulangi kekejaman sama. Kanak-kanak dan wanita terus menjadi mangsa pembunuhan yang kini melebihi 700 nyawa di sebalik alasan Zionis memburu pejuang Hamas yang berlindung di celah orang awam.

 

Tidak ada ruang untuk menempatkan mayat mangsa di hospital lagi. Tiada bahasa yang boleh menggambarkan kekejaman mereka. Tiada ayat yang boleh menggambarkan penanggungan derita dan sengsara rakyat Palestin.

 

Rakyat Palestin antara bangsa paling malang di dunia kerana dilupakan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), negara Arab dan umat Islam sendiri. Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB demi mencapai cita-cita mereka, Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak asasi mereka mempertahankan kedaulatan negara Palestin yang didiami sejak 4,500 tahun lamanya.

 

Pembabitan tentera dari Liga Negara Arab yang digembar-gemburkan itu hanya tragedi apabila mereka ditewaskan dengan mudah oleh angkatan tentera pengganas Yahudi yang sudah meresap ke dalam pimpinan tentera Liga Negara Arab.

 

Hingga kini, lebih 200 resolusi PBB dihasilkan sejak 1948 untuk mendesak Israel tunduk kepada tekanan masyarakat antarabangsa, namun tidak satu pun resolusi itu diendahkan Israel.

 

Piagam PBB menyatakan pertubuhan itu ‘menjanjikan’ supaya generasi akan datang diselamatkan daripada kesengsaraan dalam peperangan, mengembalikan kepercayaan dalam hak asasi manusia, memastikan keadilan dan kehormatan yang termaktub dalam perjanjian dan sumber lain dalam undang-undang antarabangsa, dapat dikekal dalam usaha mewujudkan kehidupan lebih baik.

 

Pelbagai ketetapan sudah dibuat untuk mengutuk jenayah kejam Israel, tetapi setakat pada sidang agung saja. Penderitaan yang tidak terperi dialami rakyat Palestin hingga hari ini tidak reda, malah memuncak kerana keangkuhan Israel yang didukung kuasa Barat, didominasikan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya.

 

AS dan Kesatuan Eropah selama ini mengamalkan sikap berpura-pura serta talam dua muka terhadap konflik Israel-Palestin. PBB pula semacam merestui segala tindakan Israel yang terus melanggar piagam, resolusi Majlis Keselamatan dan undang-undang antarabangsa kerana kebergantungan mereka sepenuhnya kepada kata putus Amerika .

 

Berlakunya ‘double standard’ dalam isu Palestin kerana AS kini dicengkam oleh Yahudi sebenarnya pernah dikatakan oleh Kevin Trudeau dalam bukunya The Protocols of Learne Elders of Zion, yang banyak kali diulang cetak.

 

Katanya, wujudnya pengaruh Zionis dalam pentadbiran AS, kewujudan PBB adalah satu usaha mencipta tatabaru dunia mengikut telunjuk dan perintah daripada gerakan Yahudi antarabangsa. Jadi apakah lagi yang kita boleh harapkan daripada PBB dan AS.

 

Bagaimanakah kita mampu mewujudkan dunia yang aman jika PBB sendiri boneka kepada Yahudi yang hanya menganggap selain daripada kaum mereka adalah binatang?

 

Kini, rakyat Palestin di Gaza sedang menghadapi penjara maut yang terbesar di dunia apabila mereka dikepung, diserang dan dibom daripada pelbagai arah. AS membisukan mulut untuk tidak mengulas perkara itu.

 

PBB baru saja mengeluarkan kenyataan sekadar mengutuk pembunuhan ke atas kanak-kanak oleh Setiausaha Agungnya, Ban Ki Moon. Sementara itu, pemimpin negara Arab yang menjadi sahabat Amerika masih berdiam diri, seolah-olah berasakan tidak ada apa-apa berlaku di keliling mereka.

 

Sesungguhnya mereka lupa kepada peringatan Allah dalam al-Quran melalui firmannya bermaksud: “Hai orang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang yang di luar kalanganmu (kerana) mereka tidak henti-henti (menimbulkan) kemudaratan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh Kami terangkan kepadamu ayat (Kami), jika kamu memahaminya.” (Surah ali-Imran, ayat 118)

 

Sementara keadaan di Gaza sehingga kini amat menyedihkan dengan dengan mayat bergelimpangan dan hospital sudah penuh untuk menerima pesakit baru. Bekalan ubat-ubatan, makanan, barangan keperluan asasi yang lain terutama minyak terus disekat kemasukannya melalui pintu sempadan yang dikawal oleh Zionis yang terus menyerang dan mengebom mereka.

 

Sikap tidak bertanggungjawab Majlis Keselamatan PBB kerana setakat ini tiada sebarang pembaharuan dilaksanakan dan memberi kesan kemusnahan di Gaza. Dasar dan tindakan diambil Israel berserta sokongan Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU) meningkatkan lagi kesengsaraan 1.6 juta rakyat Palestin.

 

Kisah antara Abu Musa al-Asy’ari dengan Khalifah Umar boleh dijadikan pengalaman untuk pemimpin Islam dalam soal ini. Diriwayatkan Abu Musa al-Asy’ari mengangkat orang Nasrani sebagai setiausaha beliau.

 

Abu Musa menghadap Khalifah Umar dengan membawa laporan secara tertulis. Selepas disampaikan kepada Khalifah Umar, beliau berasa kagum dengan lembaran laporan itu.

 

Khalifah Umar bertanya kepada Abu Musa, “Di manakah jurutulismu? Minta dia supaya membacakannya di hadapan banyak orang. Jawab Abu Musa: “Dia tidak masuk ke dalam masjid. Khalifah bertanya: Mengapa? Apakah dia dalam keadaan berjunub? Abu Musa berkata: Bukan, namun kerana dia seorang Nasrani.”

 

Mendengar hal itu, Khalifah Umar lantas mengherdik beliau seraya berkata: “Jangan dekatkan mereka kepada kalian padahal Allah sudah menjauhkan mereka. Jangan muliakan mereka padahal Allah sudah menghinakan mereka. Jangan percaya kepada mereka padahal Allah sudah menegaskan bahawa mereka suka khianat terhadap amanah.”

 

Oleh demikian, pemimpin negara Islam mesti sedar dan mengenali siapa mereka. Negara Islam mesti bersatu membina kekuatan, menampung kos ekonomi serta bekerjasama menyusun objektif pasukan bagi mewujudkan Wahdatul Ummah.

 

Justeru, segala bentuk hubungan sama ada politik atau ekonomi membabitkan sebahagian daripada negara Islam di Asia Barat dengan AS mesti ditamatkan serta-merta bagi memberikan sepenuh komitmen dan iltizam kepada usaha membantu perjuangan suci rakyat Palestin.

 

Yakinlah, apabila pasukan ini pergi dengan kapasiti dari negara Islam dan di bawah panji Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) maka negara Islam dilihat kuat serta mampu menjadi pendinding kepada sebarang bentuk keganasan.

 

Sejarah membuktikan negara Islam pernah bersatu membina kekuatan bersuara. Contohnya dalam isu minyak, Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (Opec) campur Syria, Mesir bersatu menghentikan penghantaran minyak mentah ke AS dan sekutunya pada 17 Oktober 1973.

 

Begitu juga isu karikatur menghina Nabi Muhammad SAW maka seluruh negara Islam memboikot barangan Denmark. Baru-baru ini negara Islam boleh bersatu dan sepakat pada mesyuarat tergempar jawatankuasa eksekutif OIC mengenai isu Israel-Lebanon.

 

Kita dituntut supaya bersatu padu, supaya sentiasa mendapat pertolongan Allah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Bersatu itu adalah satu rahmat dan berpecah belah adalah azab.” (Hadis riwayat Ahmad)

 

sumber: http://www.bharian.com.my/

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s