Yahudi jadi bangsa sombong selepas dicurah nikmat

 

Oleh Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

 

Golongan tak boleh dipercayai sama sekali maka tidak perlu usaha sebarangan hubungan

 

KISAH jatuh serta bangunnya sesebuah bangsa begitu banyak menghiasi helaian al-Quran al-Karim sebagai unsur pengajaran dan pendidikan kepada umat Islam. Lebih menariknya, ada juga kisah itu diulang di beberapa surah berlainan sebagai memperkuat dan melengkapkan unsur pengajaran supaya ia diterjemahkan ke dalam realiti kehidupan serba mencabar ini.

 

Kisah kaum Saba’, ‘Ad, Thamud adalah antara cebisan nostalgia silam mengungkapkan rahsia tersendiri yang hanya dapat difahami individu Muslim yang berfikir.

 

Salah satu kisah yang perlu diberi perhatian dan menjadi bahan renungan umat Islam dewasa ini ialah kisah kaum Yahudi Bani Israel banyak dirakamkan Allah dalam al-Quran bagi mendedahkan tembelang sebenar kaum Yahudi terhadap isu keagamaan dan kemanusiaan sejagat.

 

Perkataan Israel pada asalnya bererti pilihan adalah satu sebutan khusus bagi Nabi Yaakub. Oleh itu, Bani Israel adalah susur galur keturunan Nabi Yaakub tetapi sekarang Bani Israel lebih dikenali dengan sebutan Yahudi atau Zionis.

 

Sebagai bangsa pilihan, mereka dianugerahkan limpahan nikmat Allah yang tidak diberikan kepada bangsa lain. Antara nikmat itu ialah diutuskan ramai nabi dan rasul yang berasal daripada kalangan mereka, selain diselamatkan daripada kezaliman Firaun dan bala tenteranya.

 

Mereka juga dilindungi awan ketika berjalan di bawah terik mentari dan diturunkan makanan dari syurga iaitu manna dan salwa serta 12 mata air dan banyak lagi nikmat Ilahi yang tiada terhitung.

 

Semua nikmat itu Allah rakamkan dalam al-Quran seperti firman-Nya yang bermaksud: “Wahai Bani Israel! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepadamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) dengan-Ku supaya Aku sempurna perjanjian-Ku dengan kamu; dan kepada Akulah saja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain).” (Surah al-Baqarah, ayat 40)

 

Biarpun kenikmatan demi kenikmatan Allah limpahkan kepada bangsa Yahudi, namun mereka berubah menjadi bangsa yang lupa diri, sombong, takbur, mempermainkan ayat Allah dan ajaran agama, bahkan mereka juga tergamak membunuh pendakwah dan nabi mereka sendiri yang sentiasa menyeru ke arah kebaikan dan kesejahteraan hidup.

 

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang kufur ingkar akan ayat keterangan Allah dan membunuh nabi dengan jalan yang tidak benar serta membunuh orang yang menyeru manusia supaya berlaku adil, maka sampaikanlah berita menggembirakan mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Surah ali-Imran, ayat 21)

 

Demikianlah pula perilaku kaum Yahudi pada zaman Rasulullah SAW yang hampir sama dengan jejak langkah nenek moyang mereka terdahulu. Mereka sangat membenci dan berhasad dengki terhadap Baginda Rasulullah SAW dan sahabatnya.

 

Mereka berusaha pelbagai cara dan helah sama ada secara terang-terangan mahu pun sulit supaya kaum Muslimin meninggalkan ajaran agama mereka dan kembali menjadi kufur. Perilaku jahat kaum Yahudi ini Allah rakamkan dalam al-Quran sebagai satu pengajaran kepada umat Islam selepasnya.

 

Sikap dan perilaku sebenar kaum Yahudi seperti firman Allah yang bermaksud: “Banyak di antara Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman kerana dengki yang timbul dalam diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad SAW).” (Surah al-Baqarah, ayat 109)

 

Sejarah Islam juga mencatatkan bahawa kaum Yahudi terkenal dengan sifat khianat dan mungkir janjinya di mana hampir semua perjanjian yang termeterai antara mereka dengan Rasulullah SAW, dikhianati.

 

Oleh itu, tidak menghairankan jika sekarang pun rejim Yahudi di Israel tetap mengulangi perbuatan khianat dan mungkir janji seperti dilakukan nenek moyang mereka dulu. Mereka bukan saja mengkhianati seluruh isi perjanjian damai dengan bangsa Palestin, malah dengan bongkaknya tidak mahu tunduk kepada resolusi yang diputuskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai isu perdamaian Asia Barat.

 

Kisah pengkhianatan kaum Yahudi dulu dan sekarang sekali gus membuktikan kebenaran wahyu Ilahi yang mendedahkan tembelang dan sikap kaum Yahudi sebenarnya terhadap isu keagamaan, kemanusiaan dan keamanan sejagat.

 

Mereka adalah golongan yang tidak boleh dipercayai sama sekali, maka tidak perlu lagi diusahakan sebarang rundingan ataupun perjanjian damai, apatah lagi diadakan hubungan diplomatik serta perdagangan dengan mereka.

 

Bahkan, umat Islam di bumi Palestin yang dizalimi dan ditindas oleh rejim Zionis itu wajib berjihad demi mempertahankan maruah, harta benda, tanah air dan agama mereka.

 

Sementara bagi pihak umat Islam pula, mereka sewajibnya menyokong perjuangan umat Islam Palestin dengan sumbangan material, jiwa raga dan doa pengharapan kepada Allah supaya kemenangan akan berpihak kepada umat Islam Palestin, seterusnya keadilan Islam akan mewarnai pentas kehidupan sementara ini.

 

Dalam mendepani arus globalisasi dan dunia tanpa sempadan yang menaungi alam semesta ini, kita sebagai umat Islam janganlah asyik leka dalam buaian kemajuan dan pembangunan fizikal. Sebaliknya, kita sewajibnya mempersiapkan diri dengan pembangunan insan supaya tersemat mantap iman dan akhlak dalam menelusuri titian hidup yang penuh pancaroba.

 

Jangan pula dicontohi perangai jelek kaum Yahudi yang menyombong diri dan mengkhianati perjanjian kerana padahnya kelak amat buruk. Sejarah silam perlu menjadi tatapan wajib sebagai iktibar dan pengajaran berguna pada kemudian hari.

 

Saidina Ali bin Abi Talib pernah berkata: “Orang yang berakal itu ialah orang yang mahu mengambil iktibar dan pengajaran daripada kisah pengalaman orang lain.” Pepatah orang tua ada berkata: “Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.

 

sumber: http://www.bharian.com.my/

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s