Ummah dituntut berjihad perangi kezaliman Yahudi

 

Oleh Ibrahim Abdullah

 

JIHAD diambil daripada kata jahdu yang bererti mengeluarkan seluruh potensi dan kemampuan. Ulama Syai’i menyatakan jihad adalah memerangi orang kafir untuk kemenangan Islam. Jihad menurut ulama Hanafi adalah seruan kepada agama yang hak (benar) serta memerangi orang yang tidak mahu menerimanya baik dengan harta atau jiwa.

 

Definisi jihad mengikut terminologi syariah adalah mengeluarkan seluruh potensi dan kemampuan dalam memerangi orang kafir dan membela diri terhadap mereka dengan jiwa, harta dan lisan.

 

Firman Allah bermaksud, “Berangkatlah kamu dalam keadaan berasa ringan mahupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah, yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.” (Surah at-Taubah:41).

 

Banyak dalil di dalam al-Quran mahupun sunnah yang menyebutkan mengenai pelbagai keutamaan dan jihad di jalan Allah.

 

Firman-Nya bermaksud, “Sesungguhnya Allah membeli dari orang Mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu menjadi janji) yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan al-Quran, dan siapakah yang lebih baik menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jualbeli (yang seperti itu), ialah kemenangan yang besar” (Surah at-Taubah : 111).

 

Di dalam hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah Nabi SAW bersabda maksudnya, “Demi yang jiwa Muhammad ada ditangan-Nya, sesungguhnya aku ingin berperang di jalan Allah kemudian aku dibunuh kemudian aku berperang kemudian aku dibunuh kemudian aku berperang kemudian aku dibunuh” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim).

 

Kini pelbagai kekejaman dan kebiadaban terus dilakukan musuh Allah rejim Zionis di bumi Gaza, Palestin terhadap kaum Muslimin dengan korban meninggal dunia (syahid) mencecah seribu jiwa.

 

Kota Gaza terus dikepung tentera Zionis dan pengeboman dengan pelbagai persenjataan canggih dari darat mahupun udara dan laut sepanjang siang dan malam. Pengepungan itu juga mengakibatkan penduduk Gaza menghadapi kesukaran untuk memenuhi keperluan hidup seharian mereka.

 

Mereka kesulitan mendapatkan air bersih, makanan, bahan bakar, ubat-ubatan dan pengangkutan serta kenderaan.

 

Penderitaan kaum Muslim Gaza semakin susah dengan ditutup seluruh pintu masuk bandar yang di bawah kekuasaan Zionis ataupun berada di bawah penguasaan negara Arab sekitarnya. Mereka seperti berada di sebuah penjara besar yang menanti dari musuh Allah.

 

Ketika ini Allah menjadikan bumi Gaza, Palestin sebagai bumi jihad kaum Muslimin yang tersimbah dengan darah syuhada umat ini, seperti yang pernah terjadi oleh leluhur pejuang Islam sebelum mereka pada zaman dulu.

 

Untuk itu, menjadi kewajipan bagi setiap Muslim mempertahankan diri dan mengangkat maruah Islam dan kaum Muslimin dengan berjihad di jalan Allah melawan tentera Zionis, bahkan ulama fiqih menegaskan, apabila musuh menguasai kota dan bandar sepenuhnya maka berkewajipan jihad juga diperlukan terhadap wanita dan kanak-kanak walaupun tanpa terlebih dulu meminta izin dari suami atau ayah mereka.

 

Imam al-Qurtubi mengatakan jihad menjadi fardu ain apabila musuh Allah berhasil menguasai suatu daerah atau kawasan. Apabila keadaan seperti itu, maka wajib bagi seluruh penduduk daerah itu untuk berangkat jihad dan keluar menghadapi mereka dengan perasaan ringan mahupun berat, sama ada dia seorang pemuda, setiap orang yang memiliki kemampuan, seorang kanak-kanak tanpa perlu izin dari ayahnya atau seorang kanak-kanak yang memang tidak mempunyai ayahnya lagi, dan tidak boleh seorangpun yang mempunyai kesanggupan berangkat kemudian menghindari dari jihad.

 

Apabila penduduk kota itu tidak mempunyai kesanggupan untuk menghadapi musuh Allah, maka kewajipan itu dibebankan pula kepada orang berada di daerah berjiran dengannya untuk berangkat jihad membantu penduduk kota sedang diserang itu sehingga mereka mengetahui bahawa di tengah mereka masih ada kekuatan yang siap membantu dan mempertahankan diri mereka terhadap musuh Allah.

 

Setiap orang yang mengetahui mereka adalah orang yang tidak berdaya menghadapi musuh dan mengetahui bahawa dirinya mempunyai kesanggupan menghadiri dan menolong mereka, wajib atasnya untuk berangkat jihad. Seluruh kaum Muslimin adalah tangan bagi yang lainnya sehingga jika ada orang di suatu daerah menegakkan jihad untuk mengusir musuh yang menduduki daerah itu, kewajipan itu gugur bagi orang Muslim yang lainnya.

 

Seandainya musuh datang mendekati negeri Islam dan belum sempat memasukinya, wajib bagi penduduk negeri itu keluar mengusirnya untuk memenangkan agama Allah, menjaga generasi, melindungi daerah, menghinakan musuh dan tidak ada perbezaan dalam hal ini. (Al-Jami’il li Ahkamil Quran, juzuk VIII, halaman 487).

 

Syeikh Yusuf al-Qardhawi dalam khutbah Jumaat di Doha, awal Januari lalu, mengatakan umat Islam wajib menghadapi tentera Israel. Kewajipan pertama dibebankan kepada penduduk setempat iaitu orang Palestin waktu ini, kemudian orang di sekitarnya, kemudian orang selepasnya sehingga kewajipan jihad ini akan mencakupi seluruh dunia Islam.

 

Al-Qardhawi menambahkan, “Sesungguhnya orang Palestin tidaklah memiliki kesanggupan untuk melawan orang Israel dengan persenjataan dan kekuatan mereka yang dibantu oleh Amerika. Mereka orang Palestin, adalah orang lemah yang tidak mampu melawan persatuan mereka. Untuk itu umat Islam mesti berdiri melawan mereka dengan memberikan bantuan, berupa tentera, persenjataan, harta hingga pemulauan.

 

Seterusnya beliau menegaskan, “Sesungguhnya umat Islam adalah umat yang saling senasib dalam setiap keadaan, baik senang mahupun susah, perang mahupun damai. Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim lainnya, tidak mengkhianati, tidak menghinakan dan tidak merendahkan. Wajib bagi kaum Muslimin untuk sebahagian mereka mengukuhkan sebahagian yang lainnya seperti satu tubuh. Islam tidak membolehkan kita hidup dalam keadaan kenyang dan melupakan saudara kita.”

 

Dia juga menambahkan, ‘Di dalam fiqih Islam disebutkan, apabila seorang wanita Muslim ditawan di sebelah timur, maka wajib bagi orang yang di sebelah barat untuk membantu membebaskan.’

 

Suatu hal yang wajar diambil perhatian berat, adalah dengan munculnya solidariti kaum Muslimin sedunia termasuk Malaysia menyertai terhadap permasalahan yang sedang berlaku di bumi Gaza dan Palestin. Mereka mengecam kekejaman dan biadab yang dilakukan tentera Zionis terhadap penderitaan kaum Muslimin di sana.

 

Umat Islam menunjukkan bahawa Islam tidaklah dibatasi oleh wilayah, sempadan, warna kulit, suku bangsa atau bahasa, kerana Islam adalah agama Allah yang mengikat seluruh umatnya dengan kalimah syahadah.

 

Pelbagai aksi mendukung perjuangan rakyat Palestin dilakukan mulai doa bersama, solat hajat, solat ghaib, pengumpulan dana bantuan, pengiriman ubat-ubatan dan pengiriman doktor hingga sukarelawan bersiap untuk berjihad di bumi Palestin. Suatu penyatuan yang mesti kita syukuri bersama.

 

Sumber: http://www.bharian.com.my/

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s