Sambutan hari Asyura bukan ikut cara Syiah

 

Seperti yang diketahui, kita adalah masyarakat Sunnah Wal Jamaah. Bagaimanapun, ada beberapa perkara membabitkan fahaman Syiah, yang masih terus diamalkan di sini seperti hari Asyura. Apakah hukumnya jika meraikan perayaan yang bertentangan dengan fahaman kita.

 

Mohd Alias,

Seremban, Negeri Sembilan.

 

Hari Asyura antara hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab, asyara yang bermaksud 10. Hari Asyura adalah hari ke-10 dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.

 

Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku terhadap nabi seperti mendaratnya bahtera Nabi Nuh selepas banjir besar atau Nabi Musa dan kaum Israel terselamat daripada Firaun. Disebabkan itu, masyarakat Islam mengingati hari itu seperti diamalkan Nabi Muhammad SAW.

 

Ibnu Abbas RA meriwayatkan hadis bermaksud: Ketika Rasulullah SAW tiba di Madinah, Baginda mendapati orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura.

 

Ketika ditanya mengenai puasa itu, mereka menjawab: “Hari ini hari kemenangan yang sudah diberikan Allah SWT kepada Nabi Musa AS dan kaum Israel daripada Firaun. Kami berasa perlu untuk berpuasa pada hari ini sebagai pengagungan kami kepada-Nya.

 

Lalu Rasulullah SAW bersabda: Kami lebih berhak daripada kamu dan Nabi Musa dalam hal ini.” Kemudian Baginda memerintah sahabat berpuasa pada hari itu.

 

(Muttafaq Alaih) Ibn Hajar al-Asqalani, dalam pernyataannya terhadap hadis dalam Sahih Bukhari itu mengatakan yang syariat puasa dijadikan pada Ramadan setahun kemudian.

 

Ulama mengambil kesimpulan sunat melakukan puasa sama ada pada 10 Muharam, 9 dan 10 Muharam atau pada 9, 10 dan 11 Muharam.

 

Kesimpulannya, amalan dan sambutan hari Asyura sudah ada sebelum kedatangan Islam. Cuma kisah pembunuhan Saidina Hussein di Karbala ditakdirkan berlaku pada hari itu membawa kesan besar kepada sejarah Islam.

 

Ia juga menjadi amalan penganut Syiah dengan membuat satu perayaan bagi memperingati hari pembunuhan itu.

 

 

Disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Sumber: http://www.bharian.com.my/

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s