Saudara baru tidak boleh berwali

Soalan:
SAYA ialah saudara baru dan tinggal bersama keluarga angkat yang selama ini memberi banyak tunjuk ajar dan kasih sayang.

Saya bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Persoalannya bolehkah bapa angkat saya menjadi wali dan menikahkan kami kelak.

Gadis Musykil,
Kota Bharu, Kelantan.

Jawapan:
Al-Wilayah dari sudut bahasa bermakna kasih sayang dan pertolongan, manakala dari sudut istilah syarak bermaksud melaksanakan kata-katanya terhadap orang lain dan mengawasi urusan mereka (mempunyai kuasa).

Tidak sah pernikahan seseorang wanita jika dia berkahwin tanpa berwali seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidak terjadi pernikahan kecuali dengan berwali” (Riwayat at-Tirmizi).

Menurut Imam Nawawi, wali paling utama ialah bapa, kemudian datuk, moyang, saudara lelaki seibu sebapa dan seterusnya sekalian golongan Asobah (mereka yang berhak mewarisi pusaka).

Perwalian nikah berpindah kepada sultan atau wakilnya (hakim) jika seorang wanita tiada, wali, hilang wali, wali enggan menikahkan atau walinya sendiri berkahwin dengan wanita itu seperti sepupu lelaki sebelah ayah.

Oleh itu, jika seorang wanita memeluk Islam sedangkan tiada wali, dia perlu berwalikan sultan atau wakilnya seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sultan menjadi wali bagi mereka yang tidak mempunyai wali” (Riwayat at-Tirmizi)

Bapa atau datuk yang bukan Islam tidak berhak mewalikan pernikahan anaknya yang Islam.

Begitu juga dengan bapa angkat, beliau tidak berhak mewalikan anak angkat walaupun mereka memelihara anak berkenaan sedari kecil dan membintikan anak kepada namanya (walaupun penamaan seperti itu adalah haram dari sudut hukum Islam).

sumber: http://www.bharian.com.my/

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s