Beza riba dan untung dalam perniagaan

Islam halalkan urusan jual beli untuk umat mengaut keuntungan

Soalan:
APAKAH benar riba dan untung dalam perniagaan merujuk perkara yang sama. Jika tidak, apakah perbezaannya.

Ismail Ali,
Baling, Kedah.

Jawapan:
Firman Allah SWT bermaksud “Orang yang makan (ambil) riba tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian itu disebabkan mereka mengatakan sesungguhnya berjual beli sama seperti riba. Padahal Allah sudah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu, sesiapa yang sudah sampai kepadanya peringatan (larangan) daripada Tuhannya lalu ia berhenti (mengambil riba), maka apa yang sudah diambilnya sebelum ini menjadi haknya dan perkara itu terserah kepada Allah. Sesiapa yang mengulanginya, maka mereka itulah ahli neraka, kekal di dalamnya” (al-Baqarah : Ayat 275).

Riba dan untung mempunyai perbezaan yang jelas. Syeikh al-Maududi menyatakan perbezaan antara kedua-dua itu:

# Pihak pembeli berhak menikmati manfaat dan penjual berhak mendapat keuntungan atas susah payahnya memasarkan barang. Riba menyebabkan pemberi hutang mendapat tambahan wang sedangkan orang yang berhutang hanya mendapat lanjutan tempoh bayaran hutang, tetapi belum pasti sama ada dia akan memperoleh manfaat daripada lanjutan tempoh itu.

# Penjual mendapat keuntungan sekali saja dalam urusan jual beli, tetapi dalam sistem riba penjual atau pemberi hutang terus mendapat tambahan bayaran, bahkan kemungkinan ia akan bertambah dari satu tempoh ke satu tempoh lain selagi hutang tidak diselesaikan.

# Pihak yang terbabit dengan perniagaan perlu berusaha keras bagi memperoleh keuntungan, tetapi dalam sistem riba penjual atau pemberi hutang mampu meraih wang tambahan atas lanjutan tempoh bayaran pembeli atau peminjam.

Kesimpulannya, keuntungan berjual beli boleh menimbulkan semangat persaingan sihat dalam perniagaan dan pada waktu sama tidak akan menindas orang lain.

Amalan riba pula diharamkan kerana membuka ruang berlaku kezaliman dan penindasan Kegiatan riba juga boleh menyebabkan timbul sifat tamak, mementingkan diri, hilang sifat timbang rasa dan sebagainya.

sumber: http://www.bharian.com.my/

About these ads

4 thoughts on “Beza riba dan untung dalam perniagaan

  1. terima kasih atas info nya. saya faham akan maksud info di atas. menurut saya info di atas memberi contoh yang tepat di antara perniagaa biasa dengan perniaga yang mahukan keuntungan yang lebih sepert Riba. dimana riba di sini bermaksud si peniaga ini menjual barang nya dengan lebih dari harga asal atau pun jika dia menghutang kan bayaran barangan nya kepada si pembeli tetapi si pembeli terlambat membayar lalu dia (si penjua riba)ini pun menambah kos pembayaran nya.. semakin hari berganjak semakin banyak lah wang yang di tetapkan oleh si riba.

  2. bagaimana dengan urusan pembelian kereta dan rumah..
    Adakah ini juga Riba…??
    klaw beli cash harga lain
    klaw bayar instalment harga lain..

  3. Assmlkum.. Sya ada pertanyaan.. Mohon ilmu dari pihak saudara.. Saya mempromosikan baju sukan kepada kawan2 saya, dengan tujuan untuk berniaga dan mendapat keuntunga.. Harga baju yang di jual oleh pekedai sebenar adalah lebih rendah berbanding harga yang saya kenakan kepada kwan sya.. Tetapi, beza harga adalah antara RM1,RM2 shaja.. Adakah perkara seperti ini dinamakan Riba? Dalam masa yg sama juga, sya memegang peranan sebagai pengurus baju dalam kelas saya, tetapi rakan-rakan saya tidak mengetahui bahwa sya ada mengambil keuntungan dalam pengurusan saya itu.. Saya harap, saudara boleh membalas pertanyaan saya ini.. Trima kasih

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s