Dinar dan Dirham

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).
Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Emas dan perak adalah wang yang paling stabil di dunia. Lindungilah kekayaan anda dengan menyimpan emas dan perak.

Inflasi sifar selama 1400 tahun.

Emas dan perak merupakan wang yang paling stabil pernah digunakan manusia.

Daripada awal tamadun Islam sehingga hari ini, nilai emas dan perak yang stabil sangat menarik perhatian. Seekor ayam berharga 1 dirham ketika zaman nabi Muhammad SAW; hari ini seekor ayam masih berharga 1 dirham.

Ini menunjukkan inflasi sifar dalam jangka masa 1400 tahun.

Ia membuktikan bahawa di dalam jangka masa panjang emas dan perak merupakan penyimpan nilai yang unggul. Kuasa beli emas dan perak masih dikekalkan. Inilah kelebihan emas dan perak. Selain itu, emas dan perak tidak boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan menyebabkan nilainya tidak mungkin jatuh seperti wang kertas.

Oleh yang demikian, menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas adalah kaedah terbaik dan terunggul.

Nilai emas dan perak tidak perlu disandarkan kepada mana-mana kerajaan. Ianya bukanlah liabiliti mana-mana pihak.

Semua bentuk aset kertas, contohnya bon, saham termasuk deposit bank adalah merupakan ‘janji untuk membayar hutang’. Nilainya tertakluk kepada andaian pelabur bahawa janji pembayaran akan dilakukan. Sejarah menunjukkan bahawa aset-aset kertas ini boleh gagal sepertimana yang berlaku kepada bon dan wang kertas peso Mexico.

Emas pula tidak tertakluk kepada mana-mana sistem kewangan dunia. Apa pun yang berlaku, emas tetap mengekalkan nilainya. Ini dapat dilihat daripada pengalaman manusia selama 5000 tahun di samping logam ini.

Dinar adalah syiling emas. Ia diperbuat daripada emas 22 karat (916) serta mempunyai berat 4.25 gram. Spesifikasi ini telah ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab.

Dirham pula ialah syiling perak berketulenan 999 dan mempunyai berat sebanyak 3 gram.

Khalifah Umar Al-Khattab juga telah menetapkan piawaian berat dan ukuran perbezaan di antara dinar dan dirham seperti berikut.
‘7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)’

sumber: http://www.publicdinar.com

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s