Pandemik angkara Selesema Babi

Statement by WHO Director-General, Dr Margaret Chan
29 April 2009

Influenza A(H1N1)

Ladies and gentlemen,

Based on assessment of all available information, and following several expert consultations, I have decided to raise the current level of influenza pandemic alert from phase 4 to phase 5.

Influenza pandemics must be taken seriously precisely because of their capacity to spread rapidly to every country in the world.

source http://www.who.int/mediacentre/news/statements/2009/h1n1_20090429/en/index.html

*******************************************************************************************************

BABI LUBUK VIRUS

Oleh Nurul Adlina Kamaludin, Rohaniza Idris dan Hafizah Iszahanid
bminggu@bharian.com.my
Selesema babi dijangka cetuskan semula wabak yang berlaku pada 1918, 1957 dan 1968 serta menyebabkan jutaan penduduk dunia mati

TEMPOH lebih seminggu lalu mencatat titik hitam sejarah peradaban manusia moden yang biarpun dikelilingi pelbagai peralatan serba canggih tetapi terpaksa akur dengan ancaman virus ‘ganas’ haiwan dan terbaru, selesema babi.

Ketika dunia terus bergelut dengan ancaman selesema burung yang belum berkesudahan, kemunculan semula wabak yang pernah menggemparkan Amerika Syarikat pada 1976, dikesan seawal 13 April lalu di Mexico, jiran terdekatnya.

Dalam tempoh itu, lebih 1,000 kes dilaporkan di sekurang-kurangnya sembilan negara dengan lebih 100 kematian setakat ini.

Selesema babi atau jenis baru virus H1N1 yang menggabungkan genetik babi, manusia dan burung bukan setakat mendatangkan gejala seperti demam dan dijangkiti menerusi sentuhan langsung dengan babi selain tersebar dari manusia kepada manusia, namun boleh menyebabkan maut.

Berbanding haiwan lain, babi diketahui sebagai ‘lubuk’ pengeraman virus influenza dan boleh dijangkiti lebih daripada satu virus daripada spesies berbeza. Bahayanya, virus utama membabitkan babi sukar dikenal pasti kerana sistem imun atau daya tahan tubuhnya yang menyebabkan jangkitan serius dan mudah tersebar.
Pekerja di Los Angeles membawa sepanduk menggesa kerajaan memberi perlindungan keluarga berikutan penularan wabak selesema babi.

Apa yang membimbangkan, selesema babi bukan sekadar wabak bermusim, tetapi diramalkan pakar sebagai pandemik atau wabak besar-besaran di seluruh dunia.

Buktinya, kematian ramai di Mexico, negara pertama dan disyaki ‘pusat’ penularan wabak itu dan seterusnya merebak ke negara termasuk yang berstatus negara maju seperti Amerika Syarikat, Jerman, Britain, Kanada, New Zealand, Israel dan Sepanyol.

Ancamannya itu memaksa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menaikkan aras amaran ke tahap lima, Khamis lalu – cuma satu aras di belakang tahap teratas amaran pandemik, sekali gus memberi isyarat jelas bahawa selesema babi itu mungkin melarat kepada pandemik.

“Semua aspek kemanusiaan bakal terancam ketika berlaku pandemik,” kata Pengarah WHO, Margaret Chan di Geneva.

Kenyataannya berserta langkah sewajarnya yang diambil kerajaan di hampir semua negara dunia bagi mengatasi penularan penyakit, mencetuskan persoalan mungkinkah selesema babi ini bakal melenyapkan manusia.

Apakah benar andaian ini? Apakah ia mampu mencetuskan wabak selesema di seluruh dunia seperti pernah berlaku pada 1918, 1957 dan 1968 yang turut dicetuskan haiwan? Pada 1918 misalnya, pandemik Selesema Sepanyol meragut lebih 50 juta nyawa yang disifatkan kes terburuk dalam era sejarah moden. Kira-kira 39 tahun kemudian atau 1957, wabak Selesema Asia meragut empat juta nyawa hasil jangkitan daripada itik liar di selatan China yang menular ke Singapura, Hong Kong dan Amerika pada tahun sama. Sebelas tahun kemudian, wabak Selesema Hong Kong meragut lebih sejuta nyawa.

Jika dilihat, pandemik yang berasal dari perkataan Greek ‘pan’ merujuk semua dan ‘demos’ atau rakyat, diukur berdasarkan bilangan mereka yang terjejas serta fakta ia boleh menjangkiti mereka yang sihat, selain kumpulan berisiko seperti warga tua.

Andaian kemungkinan selesema babi mampu melenyapkan manusia dilontarkan seorang pakar wabak selesema global yang terkenal dari Universiti Minnesota, Amerika, Michael Osterholm.

Kebimbangannya itu disuarakan menerusi kenyataan yang dipetik kebanyakan media utama dunia: “Apa yang sukar sekarang ialah kita mungkin berdepan krisis kesihatan paling buruk atau mungkin sekadar akan berakhir dalam tempoh beberapa minggu akan datang dan tidak muncul-muncul lagi.

“Atau ia mungkin menjadi permulaan kepada pandemik influenza yang amat dahsyat. Buat masa ini, kita tidak mengetahui kedudukan sebenar. Inilah yang menjadi masalahnya.”

Jika dilihat, wabak selesema babi bukannya baru. Ia pernah muncul pada 1976 di New Jersey, Amerika Syarikat apabila 500 askar disahkan menghidapnya. Program pembasmian diarahkan, tetapi akhirnya dihentikan selepas vaksin yang diberikan sebaliknya meninggalkan kesan sampingan yang jauh lebih buruk dan membahayakan daripada ancaman selesema babi.

Kini, 33 tahun kemudian, ia muncul lagi dengan profil mangsanya termasuk anak kecil dan warga tua. Kemunculannya itu turut menjadikan sekurang-kurangnya tiga pandemik meletus dalam tempoh seabad lalu dan menular dalam tempoh beberapa bulan ke sebahagian besar dunia.

Tidak hairanlah, kemunculan terbaru selesema babi ini disifatkan pakar WHO sebagai tidak boleh dielak dan ketara. Malah menurut WHO, pandemik itu boleh muncul menerusi beberapa kitaran pada jarak beberapa bulan.

Kemunculan selesema babi itu turut meletakkannya sebaris ancaman selesema burung, Sindrom Pernafasan Yang Teruk (Sars) dan Ebola. Selesema burung misalnya, biarpun muncul pada 1997, tetapi terus mengancam manusia yang bersentuhan atau terdedah kepada ayam serta unggas dijangkiti virus H5N1. Setakat ini, ia meragut 257 nyawa dengan 421 orang dijangkiti di 14 negara.

Sars pula yang menyebabkan sindrom pernafasan yang boleh membawa maut, mencetuskan panik apabila mula dikesan pada 2002 dan menular ke 37 negara dengan 774 kematian daripada 8,000 kes. Ia kemudian ‘senyap’ dan tiada satu pun kes dicatatkan pada 2005.

Ebola pula yang menyebabkan pendarahan dalaman dan luaran yang serius, dikatakan pakar boleh tersebar menerusi udara tetapi kes jangkitan itu setakat ini menerusi cecair.

Banyak kerja sebenarnya yang perlu dibuat andai selesema babi ini menular kepada wabak besar-besaran termasuk melaksanakan kuarantin mandatori, pemberian ubat dan sekatan perjalanan keluar masuk menerusi pintu sempadan negara yang sudah pasti mencetuskan panik.

Apa yang pasti, setakat ini, selesema babi masih dalam lingkungan menyaingi ancaman Sars, selesema burung dan Ebola. Hanya masa menentukan sama ada ia setanding pandemik Selesema Sepanyol, Selesema Asia dan Hong Kong biarpun ramai yang berharap biarlah ia menjadi ancaman sementara.

INFO: Tahap Amaran Pandemik Selesema Babi

* Tahap 1 – Penularan virus selesema di kalangan haiwan dan tidak menjangkiti manusia.

* Tahap 2 – Penularan virus selesema di kalangan haiwan dan menjangkiti manusia.

* Tahap 3 – Tiada penularan atau penularan virus selesema yang terhad antara manusia ke manusia tetapi tidak menyebabkan wabak dalam komuniti.

* Tahap 4 – Berlaku penularan virus selesema antara manusia kepada manusia serta boleh menyebabkan wabak di kalangan komuniti.

* Tahap 5 – Berlaku penularan virus selesema antara manusia kepada manusia di sekurang-kurangnya dua negara dalam satu rantau WHO dan memberi `isyarat kuat’ bahawa pandemik pasti berlaku.

* Tahap 6 – Fasa pandemik yang menunjukkan wabak menular ke seluruh dunia.

Sejarah pandemik demam selesema

* Wabak Peloponnesian – 30,000 maut

Seramai 30,000 penduduk Athens mati pada 430 Sebelum Masihi ketika peperangan Peloponnesia antara penduduk Athens dengan Sparta. Selain pening, gejala lain seperti ruam kulit, demam, batuk darah, sakit perut, muntah dan dahaga yang teruk hinggakan ada yang terjun ke dalam perigi.

* Wabak Antonine Plague – Lima juta mati

Wabak sempena nama Maharaja Rom, Marcus Aurelius Antoninus yang mati pada 180 Selepas Masihi. Wabak ini dibawa ke Rom oleh tentera yang pulang daripada berperang dari Mesopotamia. Ia merebak ke benua kecil Asia, Mesir, Greek dan seluruh empayar Rom dan meragut lima juta nyawa dalam masa 15 tahun.

* Wabak Justinian Plague � Kira-kira 25 juta hingga 100 juta kematian

Namanya sempena Maharaja Byzantine, Justinian dan wabak ini dipercayai berasal sama ada di wilayah Asia Tengah atau Ethiopia (Habsyah). Ia menjadi kes pertama wabak bubonik dicatatkan dan berlaku selama 50 tahun yang meragut 25 juta hingga 100 juta nyawa. Perdagangan dunia turut lumpuh.

* Wabak ‘Black Death’ – 25 juta kematian

Ia melanda pada zaman pertengahan Eropah dari akhir 1347 hinggalah awal 1351. Ia dikatakan disebarkan oleh kutu dan tikus. Mangsa lazimnya mati dalam kesakitan dalam masa lima hari selepas dijangkiti kuman itu.

* Wabak Selesema Sepanyol – Lebih 50 juta kematian

Ia berlaku pada 1918 dan menjadi kes terburuk pernah berlaku dalam era sejarah moden dan disebabkan sejenis virus selesema H1N1 dijangkiti kira-kira 40 peratus jumlah penduduk dunia ketika itu. Ia meragut lebih 50 juta kematian, majoritinya mereka golongan muda.

* Wabak Selesema Asia – Empat juta maut

Berlaku pada 1957, membabitkan itik liar di Guizhou, selatan China dan melalui proses mutasi dengan jenis virus manusia. Menular ke Singapura pada Februari 1957, Hong Kong pada April dan Amerika Syarikat pada Jun tahun sama. Jangkitan paling ramai di kalangan pelajar sekolah, golongan muda, wanita hamil serta orang tua yang mencatatkan kumpulan paling ramai mati.

* Wabak Selesema Hong Kong – Sejuta maut

Dikesan pada 1968, kes pertama dikesan di Hong Kong yang disebabkan jenis virus dikenali H3N2 yang meragut sejuta nyawa di seluruh dunia. Ia kembali pada pada 1970 dan 1972. Mangsa berusia 65 tahun ke atas paling ramai mati.

* Sindrom Pernafasan Yang Teruk (Sars) – 800 kematian

Dikesan di Guangdong, selatan China pada 2002 tetapi menjadi tumpuan ramai pada Februari 2003 selepas kematian seorang ahli perniagaan Amerika Syarikat dalam pesawat pulang dari Shanghai. Virusnya mudah tersebar secara pantas ke Kanada, Amerika dan beberapa negara Asia. Daripada 8,096 kes, 774 kematian dilaporkan.

* Selesema Burung

Ada banyak jenis selesema burung. Jenis paling bahaya H5 dan H7 sering menyebabkan kematian unggas dan jenis yang paling dibimbangkan adalah H5N1. Ia hanya diketahui menyerang unggas sehinggalah kes pertama jangkitan manusia dikesan di Hong Kong pada 1997. Data WHO menunjukkan 256 maut di seluruh dunia sejak 2003 dan saintis turut memantau perkembangannya kerana bimbang mutasi berlaku dan boleh dijangkiti berjuta-juta penduduk dunia.

* Demam Selesema – Meragut 250,000 – 500,000 kematian setiap tahun

Tersebar ke seluruh dunia setiap tahun dan memuncak ketika musim sejuk. Pihak berkuasa kesihatan mengesyorkan pemberian suntikan vaksin, khususnya kepada kanak-kanak dan warga tua. Amalan kerap membasuh tangan dan sentiasa sihat, menjadi perlindungan terbaik.

sumber: http://www.bharian.com.my

—————————————————————————————————————————————————Mangsa Mangsa pertama H1N1

Oleh Amirullah Andi Nur, Saufi Hamzah dan Sazarina Shahrim
bhnews@bharian.com.my

AMBULANS dari Hospital Serdang membawa seorang pesakit disyaki dijangkiti virus Influenza A (H1N1) tiba di Hospital Sungai Buloh, malam tadi.

Pelajar lelaki baru balik dari Amerika sah dijangkiti virus

PUTRAJAYA: Malaysia semalam mencatat kes pertama Influenza A (H1N1) selepas seorang pelajar lelaki berusia 21 tahun yang baru dua hari pulang dari Amerika Syarikat, disahkan dijangkiti virus itu.

Dengan kes terbaru itu serta satu lagi kes yang turut dikesan di Peru semalam, menjadikan jumlah jangkitan H1N1 meningkat kepada 7,522 kes di 36 negara, manakala Mexico mencatat dua lagi kematian menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang meninggal dunia akibat virus berkenaan 65 orang.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menasihatkan orang ramai supaya tidak panik kerana Kementerian Kesihatan dan agensi berkaitan sudah mengambil tindakan segera dan mematuhi segala protokol bagi memastikan wabak itu tidak merebak.

“Saya fikir, kita harus yakin dengan keupayaan agensi dan penguat kuasa yang ada untuk mengawalnya. Biarpun ini kes baru, Kementerian Kesihatan dan agensinya banyak pengalaman seperti ketika serangan beberapa wabak sebelum ini.

“Mereka boleh guna protokol sama dan kita berharap ia akan diurus dengan baik,” katanya selepas merasmikan Perhimpunan Hari Belia Negara 2009 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka, semalam.

Sementara itu, Pemangku Menteri Kesihatan, Datuk Seri Kong Cho Ha, menasihatkan semua 198 penumpang dan anak kapal Penerbangan Malaysia (MAS) MH091 dari Newark, Amerika Syarikat yang dinaiki pelajar terbabit supaya menghubungi segera talian 03-88810200 dan 03-88810300 atau membuat pemeriksaan lanjut di hospital, klinik serta pusat kesihatan kerajaan.

Pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 7.15 pagi Rabu lalu.

“Ada sebahagian penumpang yang transit di KLIA dan menuju destinasi lain termasuk Indonesia,” katanya pada sidang media di Kementerian Kesihatan di sini, petang semalam. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai kini menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Geneva, Switzerland.

Kong yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, pelajar itu dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada jam 6.45 petang kelmarin selepas mengalami demam, sakit tekak dan badan.

Ujian makmal mengesahkan pelajar itu positif H1N1 dan mangsa kini dikuarantin di Hospital Sungai Buloh tetapi keadaannya dilaporkan stabil. Lima ahli keluarga pelajar itu pula dikuarantin di rumah selama tujuh hari sebagai langkah berjaga-jaga.

“Kementerian juga sudah memulakan siasatan terhadap mereka yang mungkin berhubungan dengan pelajar itu, termasuk anak kapal dan penumpang penerbangan itu.

“Kita juga bekerjasama dengan MAS untuk menghubungi penumpang pesawat itu dan berharap mereka yang mempunyai simpton virus itu supaya mendapat pemeriksaan segera secara sukarela,” katanya.

Ditanya bagaimana mangsa boleh melepasi mesin pengimbas di KLIA, Kong berkata simptom virus itu tidak muncul dengan serta merta dan memerlukan sehari atau dua hari untuk mengesannya.

“Tapi jika sesiapa yang mempunyai demam atau simptom lain, pasti mesin pengimbas dapat mengesannya,” katanya.

Kong berkata, Kementerian Kesihatan turut melaporkan kepada WHO mengenai kes pertama itu dan orang ramai akan dimaklumkan mengenai perkembangan virus berkenaan dari semasa ke semasa.

Katanya, sejak virus itu menular kerajaan meletakkan tahap amaran fasa lima dan sudah menjalankan banyak pemeriksaan terhadap kes yang disyaki tetapi semuanya negatif.

Sumber~ http://www.bharian.com.my
16 Mei 2009

————————————————————————————————-

Satu lagi kes

Oleh Mohd Hamizar Hamid
mizar@bharian.com.my

KANAK-KANAK perempuan ditemani bapanya datang secara sukarela ke Hospital Sungai Buloh semalam untuk membuat ujian pengesahan Influenza A selepas menghidap demam sebaik pulang dari London.

Rakan mangsa pertama sah dijangkiti virus Influenza A

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan kes kedua Influenza A (H1N1) semalam selepas seorang pelajar perempuan yang pulang dari Amerika Syarikat (AS) disahkan dijangkiti virus berkenaan.

Pelajar berusia awal 20-an itu adalah rakan kepada pelajar lelaki berusia 21 tahun yang disahkan mangsa pertama virus itu, dan kedua-duanya menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH091 yang sama dari AS.

Dengan pertambahan satu lagi kes itu, serta Turki dan India memasuki senarai negara disahkan dijangkiti semalam, diikuti Jepun dengan tiga kes jangkitan, menjadikan jumlah jangkitan kes selesema berkenaan meningkat kepada 8,451 kes di 39 negara, membabitkan 72 kematian.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Ramlee Rahmat, berkata ketika ini, mangsa kedua dirawat di Hospital Pulau Pinang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

“Kita juga mengambil tindakan mengkuarantin ahli keluarganya di rumah dan mereka dilaporkan sihat.
JURURAWAT Hospital Tuanku Fauziah (HTF) mengadakan pemeriksaan saringan virus Influenza A kepada orang ramai yang datang untuk menerima rawatan di hospital itu, semalam. – Bernama

“Mangsa pertama dan kedua pulang ke tanah air (Rabu lalu) bersama dua lagi rakan, namun pemeriksaan mendapati kedua-dua rakan mereka dalam keadaan sihat,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Kelmarin, akhbar melaporkan Malaysia mencatatkan kes pertama H1N1 selepas seorang pelajar lelaki berusia 21 tahun yang baru pulang dari AS disahkan dijangkiti virus itu.

Dr Ramlee berkata, hasil pemeriksaan mengesahkan hanya 192 penumpang, termasuk 15 anak kapal MAS menaiki pesawat MH091 dari Newark, AS yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 7.15 pagi, Rabu lalu.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 119 penumpang dilaporkan masih berada dalam negara iaitu 81 warga tempatan, manakala 38 lagi penumpang luar negara.

Katanya, baki 73 orang penumpang pesawat berkenaan meneruskan penerbangan ke destinasi lain pada hari sama.

“Kita sudah memaklumkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) supaya mengambil tindakan sewajarnya di negara yang dikunjungi semua penumpang terbabit,” katanya.

Mengenai maklum balas penumpang pesawat berkenaan, beliau berkata, setakat ini 35 penumpang pesawat itu sudah menghubungi kementerian dan maklumat berkenaan sudah diedarkan kepada Jabatan Kesihatan negeri terbabit bagi memastikan mereka dikuarantin di rumah masing-masing selama tujuh hari.

Pada masa sama, Dr Ramlee berkata, semua Pejabat Kesihatan negeri sudah diarah bersiap sedia termasuk menjalankan pemeriksaan dua kali sehari terhadap semua penumpang itu.

“Kita turut mengkuarantin tiga penumpang lain yang sepatutnya meneruskan perjalanan ke destinasi lain, tetapi masih menginap di hotel. Oleh kerana mereka tidak menetap di sini (Malaysia), mereka dikuarantin di Hospital Sungai Buloh sehingga Rabu depan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada tiga penumpang terbabit adalah warga tempatan atau pelancong asing.

Dr Ramlee berkata, penumpang yang ingkar memberikan kerjasama selepas dikesan dan dihubungi boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Setakat ini, seramai 88,544 orang sudah melalui proses pemeriksaan menggunakan 20 mesin pengimbas pada semua pintu masuk ke negara ini di seluruh negara.

“Oleh itu, kami mengarahkan semua yang terbabit dalam kes ini supaya tampil memberikan kerjasama bagi mengelak penularan wabak,” katanya.

Dr Ramlee berkata, sehingga tengah malam kelmarin, sembilan orang yang mempunyai simptom virus itu dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, masing-masing dua Hospital Tuanku Fauziah, Perlis, Hospital Melaka dan Hospital Pulau Pinang, manakala satu di Hospital Sultanah Aminah, Johor.

“Daripada 16 kes ini, hanya satu kes di Pulau Pinang disahkan positif H1N1, manakala 12 lagi disahkan negatif. Kita masih menunggu keputusan yang lain,” katanya.

Sumber~ http://www.bharian.com.my
17 Mei 2009

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s