Tegur kesalahan jiran secara berhemah elak sengketa berpanjangan

SAYA mendiami kawasan perumahan yang kebanyakan penduduknya bukan Islam. Jiran saya melakukan ubah suai rumah tanpa memberitahu kami dan menyebabkan keluarga saya terputus bekalan elektrik buat beberapa jam. Saya hilang sabar dan menyuarakan rasa tidak puas hati kepada jiran itu kerana tindakannya. Siapakah bersalah dalam soal ini. Apakah saya perlu memohon maaf kepadanya.

Azman A,
Ampang.

ALLAH SWT berfirman dalam al-Quran menerusi surah al-Nisa ayat ke-36 bermaksud: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah SWT dan jangan kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa juga; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa dan kaum kerabat, dan anak yatim, dan orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah SWT tidak suka kepada orang yang sombong takbur dan membanggakan diri”.

Al-Imam Ibn Kathir ketika mentafsirkan ayat ini mengemukakan tidak kurang lima hadis yang menerangkan kepentingan berbuat baik kepada jiran dan yang terakhir dalam senarai itu ialah wasiat Nabi SAW kepada pertanyaan sahabat agar menghadiahkan kepada jiran paling hampir berbanding yang lain. Suruhan Baginda berlaku apabila ditanyakan keutamaan hadiah itu disampaikan.

Dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim, maksudnya: “Sentiasalah Jibril mewasiatkan kepadaku agar berbuat baik kepada jiran sehingga aku menyangkakan jiran itu boleh mewarisiku.”

Dalam kes saudara, saya berasakan saudara tidak bersalah kerana dalam Islam, seseorang yang berjiran wajib memberitahu jirannya jika dia ingin membuat perubahan pada struktur binaan rumah. Tambahan pula perubahan binaan rumah moden boleh menyebabkan kesan langsung kepada jiran seperti terputus bekalan elektrik dan air.

Lebih malang lagi apabila perubahan itu mengakibatkan keretakan atau tanah runtuh. Nasihat saya, saudara perlu memohon maaf kepadanya atas kata-kata yang mungkin melukakan perasaannya.

Namun, untuk memastikan hubungan jangka masa panjang lebih baik, saudara boleh memberinya hadiah dan berkunjung ke rumahnya. Dengan cara ini lebih mudah untuk menyatakan perasaan yang terbuku dalam hati.

Saudara boleh mengamalkan bacaan ayat 25-26 surah Taha yang menjadi rahsia kelancaran Nabi Musa AS ketika berdakwah agar mudah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap jiran anda.

Semoga Allah SWT mempermudahkan usaha saudara dan jiran sedar atas kesilapannya lalu semangat kejiranan meningkat. Wallahu alam.

sumber~ http://www.bharian.com.my

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s