Malapetaka menimpa ummah jika kemungkaran berleluasa

SALIM mendengar Abu Hurairah menyatakan bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Nanti akan dilenyapkan ilmu pengetahuan, akan bermaharajalela perzinaan dan kejahatan serta banyak haraj. Seorang sahabat bertanya: Apakah haraj itu ya Rasulullah? Jawab Baginda: Begini! (Nabi memberi syarat dengan tangan beliau seolah-olah menggambarkan terjadinya suatu pembunuhan.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Dalam arus pembangunan dan kemajuan yang pesat dewasa ini, umat Islam menghadapi krisis kebejatan moral yang membimbangkan. Ramai orang seolah-olah sudah lupa pada akhirat. Pelaku kejahatan bukan daripada kalangan dewasa saja, namun anak belum dewasa, ibu, bahkan orang sudah lanjut umur juga terbabit.

Perkara seperti ini perlu diberi perhatian serius umat Islam kerana Allah akan menimpakan bala dan laknat yang dahsyat disebabkan maksiat dilakukannya kerana ia akan menimpa seluruh manusia.

Apa yang dinyatakan Rasul SAW dalam hadis Baginda sudah pun berlaku dalam realiti kehidupan kita hari ini. Ilmu sudah diangkat atau disisihkan. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu agama atau ilmu syarak yang boleh memandu umat Islam kepada kebenaran, ilmu yang boleh menyelamatkan mereka daripada azab api neraka pada hari akhirat kelak. Ulama yang takut kepada Allah, memuliakan sifat zuhud juga semakin berkurangan.

Oleh itu, bagi menghadapi situasi akhir zaman ini, umat Islam perlu berhati-hati supaya tidak terjatuh dalam kemungkaran. Benteng pertahanan akidah perlu diperkuat dan diperkemaskan supaya tidak mudah terpedaya.

Di samping itu, konsep amar makruf nahi mungkar harus diterapkan. Begitu juga konsep untuk saling mengingatkan dalam kebaikan dan kebenaran.

Daripada Ummul Mukminin Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah SAW), beliau berkata: “(Pada suatu hari) Rasulullah SAW masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda: La ilaaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini sudah terbuka dari dinding Ya’juj dan Ma’juj seperti ini, dan Baginda menemukan hujung jari dan hujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang yang salih? Lalu Nabi SAW bersabda: Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak.” (Bukhari dan Muslim)

Hadis itu menerangkan bahawa apabila ada di suatu tempat atau negeri sudah terlampau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasikan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu.

Tidak hanya kepada orang jahat saja, tetapi orang yang salih juga akan dibinasakan meskipun masing-masing pada hari kiamat akan diperhitungkan mengikut amalan dilakukan. Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasikan hendaklah segera dibasmi, maksiat hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan saja akan menimpa orang melakukan kemungkaran dan kejahatan, tetapi juga semua penduduk di tempat itu.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
sumber~ http://www.bharian.com.my

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s