Minyak gaharu beri hasil lumayan

Kekurangan bahan mentah halangan utama pengusaha industri

PEKAN: Perusahaan menghasilkan minyak daripada pokok gaharu atau karas (Aquilaris Malascenses) yang digunakan untuk membuat pewangi sebelum ini, ternyata begitu asing bagi penduduk negara ini.

Bagaimanapun, perusahaan itu kini mula bercambah walaupun tidak terlalu menyerlah kerana kesukaran mendapatkan bahan utama iaitu teras pokok karas yang dijual antara RM1,000 hingga RM18,000 sekilogram.

Teras pokok karas berwarna hitam hanya diperoleh daripada pokok matang dan proses mengambilnya memerlukan kepakaran yang boleh dilakukan oleh individu terlatih saja.

Menyedari pulangan lumayan daripada perusahaan itu, Sarina Hussem, 27, dan suaminya, Sakree Salaemae, 39, mengusahakan pengeluaran minyak karas sejak 12 tahun lalu.

Sarina yang mempunyai dua kilang memproses minyak gaharu iaitu di Pekan, Pahang dan Kemboja berkata, kilangnya di Malaysia mampu mengeluarkan kira-kira 10 kilogram minyak gaharu gred A, sebulan.

“Untuk menghasilkan minyak, teras gaharu perlu diracik dan dihancurkan menggunakan mesin sebelum diperam selama seminggu.

“Habuk kayu yang diperam kemudian diasingkan sebelum diwapkan selama seminggu sehingga mengeluarkan minyak,” katanya.

Beliau berkata, warna minyak yang dihasilkan bergantung kepada kualiti kayu gaharu yang diperoleh, warna hitam adalah yang terbaik berbanding jernih kekuningan.

Sarina berkata, beliau menggunakan tiga pekerja untuk menguruskan dan melakukan semua proses di kilangnya dan minyak yang dihasilkan akan dihantar ke pejabatnya di Kuala Lumpur.

“Sehingga kini permintaan terhadap minyak gaharu yang dihasilkan mendapat permintaan menggalakkan daripada pengeluar minyak wangi di Arab Saudi, Dubai, Qatar, Bahrin dan Kuwait.

“Saya hanya mampu mengeluarkan kira-kira 10 kilogram sebulan minyak gaharu gred A yang dijual pada harga RM350 bagi 12 gram atau tola istilah digunakan peniaga Arab Saudi,” katanya.

Katanya, permintaan minyak gaharu begitu menggalakkan, tetapi pihaknya tidak dapat memenuhi berikutan bekalan kayu gaharu yang terhad.

sumber ~ http://www.bharian.com.my

Advertisements

15 thoughts on “Minyak gaharu beri hasil lumayan

  1. mengapa tidak letakkan alamat atau contact syarikat?

    kemungkinan bagi mereka yang baru ingin menceburi bidang ini, boleh menimba ilmu…sedikit dari kepakaran syarikat ini

  2. Salam.. sya memerlukan stok minyak Gaharu Asli dengan banyak. Boleh saya tahu berapa tola stok yg sdr ada dan berapa harga terbaik yang boleh bagi. ni no hp saya 017-6737698 Azhar. Hubungi saya secepat mungkin kerana sya memerlukan stok minyak ni sebelum 28/4/2010.

  3. tak berapa nak percaya, betul ke ni, gaharu boleh beri pulangan baguss, kalau servey dalam blog or web gaharu semua hanya berminat unt menjual benih dan inokulan, tak ada yang nak beli saya rasa sama dgn ikan keli, serai dan lain2 projek yg sudah bankrap.

  4. Gaharu, saya rasa projek broker maut yg dicanang oleh tok broker yg ingin kaut kekayaan drp gaharu. petani yg akan garu kepala nanti

    • industri gaharu sebenarnya masih baru di Malaysia kerana kurangnya pengetahuan dalam bidang ini, Sebenarnya industri gaharu dan ladang gaharu amat berjaya di negara Thailand. Kita berusaha ke arah itu. Untuk megaitkan gaharu dengan penipuan rasanya tidak wajar jika tidak meyelidik secara mendalam.Industri gaharu bernilai berbilion dollar,cuma kita yang tidak mengetahuinya dan sedang berusaha meraihnya.

    • saya pembekal gahru +60126699298
      Walter Liew :Saya dari Brunei mahu dapat maklumat macam mana sya dapat menceburi bidang perniagaan ini di Brunei?Harap dapat balas

      Foya :Salam, saya mencari penjual/pembeli kayu gahru/candan… Kalau ada sape2 nak berurusan dengan saya 01119947874 (khori)
      –Via MebApp.com

      Foya :Salam, saya mencari penjual/pembeli kayu gahru/candan… Kalau ada sape2 nak berurusan dengan saya 01119947874 (khori)
      –Via MebApp.com

  5. Salam… saya mencari pembeli kayu gaharu Jenis ( Tri, Kemedangan, dan bubuk kayu gaharu untuk penyulingan juga ada ). anda yang berminat hubungi no : 082182549777

  6. Salam…bole hubungi saya 0102165065 kerana saya nk beli minyak gaharu tuan,saya bole dtg kl pejabat tuan,,hrp dpt hubungi saya,ok

  7. saya ada pokok gaharu yang sudah matang.. dimana saya boleh menjualnya..sekiranya ada sesiapa yg sanggup membeli,,dianggarkan lebih 2 ribu batang ..sila email ke

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s