Tiga watak manusia perosak agama, masyarakat dan negara

DISEBUTKAN dalam al-Quran watak manusia yang selalu mengganggu ketenteraman dan kesejahteraan iaitu watak yang mempersenda agama serta merosakkan ummah.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah) bahawa Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang sangat keras permusuhannya. Dan apabila ia berpaling, berjalanlah ia di bumi, untuk melakukan kerosakan padanya, dan membinasakan tanam-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia); sedang Allah tidak suka kepada kerosakan.” (Surah al-Baqarah, ayat 204-205)

Watak pertama ialah manusia bermulut manis di bibir tetapi hati penuh racun berbisa. Manusia jenis ini sangat pandai berkata-kata dan mempunyai daya tarikan mempesonakan ramai orang.

Dia dianggap baik hati, jujur, sentiasa berbuat kebaikan dan pemikir untuk kepentingan umum tetapi hakikatnya lain di bibir lain di hati.

Watak kedua pula perosak masyarakat, yang tidak rasa malu dan sanggup melakukan apa saja untuk merosakkan masyarakat semata-mata kerana tidak dapat mengawal perasaan dan emosi apabila melihat orang lain mendapat kebaikan.

Antara musibah manusia sebegini adalah lahir kumpulan suka menyalahkan orang lain atau kumpulan lain. Ada sanggup mencaci, menghina, memaki orang lain.

Rasulullah SAW mengingatkan dalam sabda: “Janganlah kamu mencaci maki pemimpin. Doakanlah kebaikan untuk mereka kerana sesungguhnya kebaikan mereka membawa kebaikan kamu juga.” (Hadis riwayat at-Thobarani)

Watak ketiga, manusia yang tidak boleh ditegur atau tidak boleh menerima kritikan, tidak bersikap terbuka dan tidak boleh menerima pendapat orang lain serta menghormati perbezaan pendapat. Mereka ini jika diajak membetulkan kesilapan diri, diseru mengikut jalan betul, diajak secara jujur, maka mereka menjadi sombong, angkuh dan bongkak.

Manusia sebegini disebabkan mereka tidak dapat melihat kesalahan diri sendiri atau kumpulan mereka. Mereka selalu berasa benar dan bijak, manakala kesilapan datangnya daripada orang lain.

Lantaran itu manusia seperti ini akan menjadikan sesiapa saja sebagai ‘kambing hitam’ untuk menutup segala kesalahan dan kelemahan yang ada pada diri mereka.

Kita perlu berfikir dan berwaspada supaya tidak menjadi golongan berkenaan. Masyarakat bertamadun akan mengelakkan diri daripada perbuatan jahat yang boleh memusnahkan agama, masyarakat dan negara.

Firman Allah yang bermaksud: “Katakanlah: Siapakah yang dapat melindungi kamu daripada kemurkaan Allah jika Ia mahu menimpakan bala bencana kepada kamu, atau jika Ia memberikan rahmat kepada kamu? Dan mereka tidak akan beroleh sesiapapun, selain Allah, pelindung atau penolong mereka.” (Surah al-Ahzab, ayat 17)

sumber~ http://www.bharian.com.my/

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s