Lima kewajipan waris urus harta si mati

Bersama Ustaz Zahazan Mohamed

Tidak wajar guna wang pusaka bagi urusan kenduri, pengebumianSEORANG ibu meninggal dunia dengan meninggalkan sejumlah harta dan wang untuk anak-anaknya. Persoalannya:

# Harta dan wang itu adalah harta pusaka. Salah seorang anak menggunakan semua wang si ibu untuk segala urusan pengebumian dan membuat kenduri tahlil arwah ibu berkenaan. Adakah ini dibolehkan dalam Islam? Bukankah anak yang sepatutnya mengeluarkan perbelanjaan itu?

# Bilakah tempoh terbaik untuk membahagikan harta pusaka?

# Ramai sahabat dan orang kampung datang menziarah dan menghulurkan sedekah wang kepada salah seorang anak yang tinggal di rumah arwah ibu. Bagaimana kedudukan wang itu? Adakah ia dianggap pusaka juga? Bagaimana cara terbaik menggunakan wang sedekah berkenaan?

Insan Musykil,
Alor Setar, Kedah.

Bagi soalan pertama, sistem pusaka adalah suatu yang wajib dalam Islam berdasarkan kepada nas al-Quran, sunnah dan ijmak ulama. Ia tidak sepatutnya diubah atau diabaikan sama sekali.

Sebenarnya dalam Islam, ada lima kewajipan yang perlu dilakukan berkaitan harta si mati. Ia dilakukan mengikut tertib berikut :

# Hutang si mati yang berkaitan.

Contohnya gadaian. Perkara ini berlaku ketika hayatnya, kemudian dia meninggal dunia tanpa memiliki harta selain harta ini. Hutang pemegang gadai mestilah didahulukan daripada yang lain termasuk keperluan persiapan dan pengebumiannya.

# Persiapan jenazah.

Persiapan ini perlu didahulukan daripada semua jenis hutang selain dari yang dinyatakan di atas. Ini disebabkan persiapan pengebumian adalah hak jenazah sebagai seorang manusia yang perlu ditunaikan. Persiapan yang dimaksudkan adalah segala perbelanjaan yang membabitkan pengurusan jenazah dari saat kematiannya hingga dikebumikan.

# Hutang yang berada dalam tanggungan si mati.

Ia dikemudiankan daripada belanja pengurusan jenazah tetapi didahulukan berbanding wasiat dan hak pewaris.

# Wasiat ke atas satu pertiga baki harta.

Menurut ijmak ulama, wasiat mestilah dikemudiankan daripada hutang tetapi didahulukan berbanding hak pewaris. Firman Allah SWT dalam surah al-Nisa ayat 11 yang bermaksud: (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang sudah diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya.

# Pusaka.

Ini adalah hak terakhir yang berkaitan dengan harta peninggalan. Ia dibahagikan kepada pewaris mengikut bahagian masing-masing.

Mengikut penjelasan ini, ternyata urusan pengebumian adalah satu ketetapan yang wajib disempurnakan. Tetapi mengadakan kenduri arwah bukanlah termasuk dalam kewajipan. Memberi makan kepada orang lain termasuk dalam perkara sunat saja. Jika anak ingin melakukan kenduri, lebih baik ia diambil daripada harta yang mereka kumpulkan secara berkongsi.

Bagi yang sengaja mengeluarkan peruntukan wang pusaka untuk tujuan kenduri, ia dibimbangi termasuk dalam hukum mengambil hak orang lain secara batil yang diharamkan oleh Allah SWT menerusi firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 188 bermaksud : “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah…”

Bagi soalan kedua berhubung tempoh sesuai pembahagian harta pusaka, ia hendaklah disegerakan selepas menyelesaikan kewajipan yang sudah dijelaskan. Nabi bersabda dalam satu hadis sahih, bermaksud: “Serahkan harta pusaka kepada pemiliknya. Sekiranya ada baki, maka serahkan kepada kaum keluarga yang terdekat. – (Riwayat al-Bukhari no 6351, Muslim no 1615)

Bagi soalan ketiga, sebarang pemberian selepas kematian bukannya harta si mati lagi. Jadi ia bukanlah pusaka. Harta itu boleh dianggap sedekah ataupun hadiah. Ia boleh dibahagikan secara sama rata antara waris ataupun digunakan sebagai belanja untuk meraikan tetamu yang hadir.

sumber~ http://www.bharian.com.my/

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s