Apabila Mahkamah Syariah jatuhkan hukuman sebat

Oleh Hasliza Hassan
hasliza@bharian.com.my

Islam ambil pendekatan untuk beri pengajaran, kesedaran bahaya arak

KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Isnin lalu menjatuhkan hukuman maksimum enam sebatan dan denda RM5,000 terhadap model sambilan dari Singapura, Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, atas kesalahan meminum arak di sebuah resort di Cherating kira-kira jam 11.40 malam pada 11 Julai 2007, mencetuskan kontroversi.

Hukuman itu mengundang maklum balas termasuk daripada Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang terkejut dengan tindakan hakim menjatuhkan hukuman sebat.

Malah, Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’Lo’ Mohd Ghazali juga melahirkan rasa terkejut bahawa hukuman sebat termasuk dalam undang-undang syariah dan menganggap ia sebagai hukuman yang sangat keras.

Persoalan yang timbul di sini ialah mengapa perlu disebat. Jika dikenakan sebatan sekalipun, mengapa cuma enam sebatan? Kenapa tidak 40 sebatan iaitu jumlah maksimum yang pernah dilaksanakan Nabi Muhammad SAW dan Abu Bakar as-Siddiq kepada peminum arak?

Malah, Khalifah Umar menetapkan hukuman sebanyak 80 sebatan kepada pesalah yang meminum arak.

Bagaimanapun, pensyarah Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Zulfakar Ramlee, berkata jumlah hukuman sebat dikenakan itu bukan isu utama sebaliknya masyarakat perlu faham falsafah hukuman.

Katanya, tiada siapa berani mengatakan arak itu bagus kerana semua tahu kesan tidak baiknya terhadap kesihatan dan minda manusia. Malah, masyarakat Barat juga mengakui hakikat itu dengan melarang ibu yang mengandung meminum arak.

Oleh itu kata beliau, cantiknya Islam sebagai agama fitrah ialah mengambil pendekatan untuk menjaga keselamatan umat dan hukuman sebagai pengajaran supaya masyarakat tidak melakukan perkara yang boleh memudaratkan mereka serta orang lain.

“Hukuman enam sebatan itu tidak serius tetapi rasional di sebalik falsafah hukuman lebih penting kerana kita mahu orang sedar keburukan minum arak kepada fikiran dan kesihatan. Lagipun, hukuman sebat ini sudah ada sejak 1994 dan hanya sekarang hakim melaksanakannya.

“Keburukan arak sudah jelas termasuk firman Allah yang menyatakan keburukannya lebih banyak berbanding kebaikan. Jika ada yang menjadikannya isu, mereka mungkin terbawa-bawa perjuangan hak asasi yang menganggap ia sebagai isu peribadi,” katanya.

Beliau berkata, masyarakat perlu objektif kenapa Parlimen meluluskan peruntukan hukuman sebat dalam Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah Syariah) 1965 (Pindaan 1984) kerana undang-undang dibuat bukan untuk suka-suka.

Sebenarnya hukuman sebat sesuatu yang biasa di kebanyakan negara Islam termasuk Bangladesh yang menjatuhkan hukuman 202 sebatan terhadap seorang janda dan 101 sebatan kepada lelaki kerana disyaki terbabit dengan aktiviti anti-sosial di sebuah kampung di utara Bangladesh. Hukuman itu mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh ketua agama.

Dr Zulfakar berkata, tidak timbul soal zalim atau hukuman yang keras kerana peraturan menetapkan orang yang akan merotan menggunakan alat sebatan dengan kekuatan sederhana serta mengangkat rotan sama paras dengan bahu tidak melebihi kepalanya.

“Hukuman sebat hanya untuk menyedarkan masyarakat dan enam sebatan itu pun tak sakit, hanya untuk pengajaran. Sepatutnya isunya sekarang ialah bukan kenapa ia dilaksanakan tetapi kenapa ia tidak dilaksanakan sedangkan sudah lebih 20 tahun,” katanya.

Penolong Setiausaha Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar pula berkata, tidak dinafikan hukuman sebat syariah sering kali menimbulkan polemik di kalangan masyarakat akibat tidak memahami perundangan itu.

“Hukuman itu sering disamakan dengan hukuman sebat dalam undang-undang sivil (jenayah), sama ada dari segi konsep dan pelaksanaannya. Sebab itu walaupun ada peruntukan sebat ia hampir tidak dilaksanakan melainkan di Kelantan,” katanya.

Beliau berkata, kesalahan jenayah syariah yang membawa hukuman sebat berbeza antara negeri tetapi hukuman dikenakan hanya pada had maksimum enam kali sebatan.

Berbeza dengan undang-undang sivil yang memperuntukkan sebat bagi kesalahan serius, hukuman sebat syarie tidak hanya dijatuhkan kepada kesalahan serius termasuk kesalahan berkaitan dengan akhlak, tatasusila dan beberapa kesalahan lain.

Negeri Selangor mempunyai lapan bentuk kesalahan syariah yang memperuntukkan hukuman rotan kepada pesalah iaitu doktrin palsu, mencemarkan tempat ibadat, sumbang mahram, melacurkan isteri, muncikari (bapa ayam), persetubuhan luar nikah, persediaan persetubuhan luar nikah dan persetubuhan bertentangan tabii.

Kelantan memperuntukkan kesalahan minum arak selain kesalahan zina, mukadimah zina dan liwat. Wilayah Persekutuan pula menggunakan istilah Musahaqah, iaitu kesalahan gay dan lesbian, selain kesalahan-kesalahan lain yang hampir sama dengan Selangor.

“Semua kesalahan tersebut adalah mengikut budi bicara hakim, sama ada setiap pesalah dijatuhkan hukuman denda, atau rotan atau penjara atau kesemua sekali atau juga mana-mana kombinasi yang dirasakan wajar,” katanya.

sumber~ http://www.bharian.com.my/

———————————————————————————————————————————————-

Mahkamah Syariah punyai kuasa laksana hukuman

MAHKAMAH Syariah di seluruh negara mempunyai bidang kuasa mengikut Akta Mahkamah Syariah untuk melaksanakan hukuman tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam kali sebatan.

Apabila Enakmen Tatacara Jenayah Syariah dipersetujui supaya diseragamkan di semua negeri, boleh dikatakan hampir semua negeri menerima pakai hukuman itu dan bermakna tidak ada pesalah yang boleh terlepas daripada menerima hukuman sebatan.

Seksyen 125 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah memperuntukkan alat sebatan tidak termasuk pemegangnya, hendaklah daripada jenis sama dan dibuat sama ada daripada rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.

Peruntukan seksyen itu yang terpakai dengan seksyen 126 menetapkan sebelum hukuman dilaksanakan, pesalah hendaklah diperiksa oleh seorang pegawai perubatan kerajaan untuk diperakui pesalah dalam keadaan kesihatan yang baik untuk menjalani hukuman.

Jika pesalah sedang hamil, pelaksanaan hendaklah ditangguhkan sehingga tamat tempoh dua bulan selepas dia melahirkan anak atau keguguran, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Hukuman hendaklah dilaksanakan di hadapan seorang pegawai perubatan kerajaan di tempat seperti diarahkan oleh mahkamah atau di suatu tempat yang ditetapkan kerajaan negeri.

Orang yang dilantik untuk melaksanakan hukuman itu pula hendaklah seorang yang adil dan matang; hendaklah menggunakan alat sebatan dengan kekuatan yang sederhana tanpa mengangkat tangannya melebihi kepalanya supaya tidak melukakan kulit pesalah.

Selepas mengenakan satu sebatan, dia hendaklah mengangkat alat sebatan itu ke atas dan tidak menariknya; sebatan boleh dikenakan ke seluruh bahagian tubuh kecuali muka, kepala, perut, dada atau bahagian-bahagian sulit.

Pesalah hendaklah memakai pakaian mengikut hukum syarak; bagi pesalah lelaki sebatan hendaklah dikenakan dalam keadaan berdiri dan pesalah perempuan dalam keadaan duduk.

sumber~ http://www.bharian.com.my/

—————————————————————————————————————————————————-

Dosa minum arak lebih berat berbanding manfaat

Oleh Musa Awang

Ulama fekah berbeza pendapat jumlah sebatan bagi kesalahan ambil minuman keras

SUATU masa dulu kita pernah dikejutkan dengan berita tiga anak Melayu menjuarai serta menduduki tempat kedua dan ketiga pertandingan membancuh arak vodka, iaitu pertandingan Belvedere Bartender of the Year 2007 (Malaysia). Pertandingan itu turut dimeriahkan dengan kehadiran seorang artis Melayu.

Awal Januari lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan ke atas seorang lelaki dan seorang wanita yang mengaku bersalah meminum arak.

Isnin lalu, mahkamah sama menjatuhkan hukuman sama terhadap seorang model pelancongan selepas mengaku salah meminum arak. Tertuduh didakwa meminum arak jenama Tiger Beer di sebuah pusat pelancongan di Kuantan kira-kira jam 11.40 malam, 11 Julai tahun lalu.

Hukuman dijatuhkan hakim adalah hukuman maksimum mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dihukum mengikut Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987, walaupun hukuman sebenarnya menurut pendapat fuqaha adalah lebih berat.

Ulama fekah sependapat mengenai hukuman bagi orang minum arak ialah disebat. Cuma, mereka berbeza pendapat jumlah sebatan. Ada yang mengatakan 80 sebatan, iaitu menurut pendapat Imam Malik, Abu Hanifah dan satu riwayat daripada Imam Ahmad.

Imam Syafie dan satu pendapat daripada Imam Ahmad pula mengatakan kadar hukumannya adalah 40 sebatan.

Punca perselisihan pendapat ini kerana sungguhpun dalam al-Quran jelas mengenai pengharaman arak tetapi tidak ada ketetapan kadar atau had hukuman yang boleh dikenakan kepada peminum arak.

Begitu juga hadis Nabi SAW dan riwayat sahabat. Ada kalanya Baginda menyebat pesalah hanya beberapa kali sebatan dan ada masa dengan banyak kali tetapi tidak melebihi 40 kali sebatan.

Riwayat daripada Ibn Said al-Khudri dan Ali bahawa Nabi Muhammad menghukum orang yang minum arak sebanyak 40 sebatan. Ketika zaman Saidina Abu Bakar pula, peminum arak disebat 40 sebatan.

Pada zaman Saidina Umar, beliau meminta nasihat daripada sahabat, lalu Abdul Rahman bin Auf berkata: “Seringan-ringan hudud ialah 80 kali sebat.” Kemudian Umar menetapkan hukuman sebanyak 80 sebatan dan sahabat setuju dengan Umar yang mengambil pendapat Abdul Rahman sebagai satu ijmak.

Diriwayatkan daripada Husain bin al-Munzir, ketika Saidina Ali ditugaskan oleh Saidina Uthman untuk menghukum sebat ke atas al-Walid bin Uqbah, beliau berkata: “Rasulullah SAW menghukum sebanyak 40 sebatan begitu juga Saidina Abu Bakar tetapi Saidina Umar menghukum sebanyak 80 sebatan, semuanya adalah sunnah yang ini aku lebih sukai.”

Menyorot sejarah, Islam mengharamkan meminum arak sejak 14 abad lalu. Realitinya, sebelum kedatangan Islam, orang Arab jahiliah adalah peminum arak tegar. Arak dianggap sejenis minuman yang memberikan keseronokan hidup.

Bukan mudah bagi Nabi SAW menghapuskan resam budaya yang sudah berakar umbi dalam kehidupan masyarakat Arab jahiliah, seperti kata-kata isteri Baginda, Saidatina Aisyah yang diriwayatkan Imam Bukhari: “Jika al-Quran mula-mula memberitahu orang Arab supaya jangan meminum khamar (arak) dan tidak berjudi serta melakukan perzinaan, mereka akan berkata: Tidak, kami tidak akan patuh. Cerita kehidupan selepas mati, mengenai syurga dan tamannya yang indah bagi sesiapa yang patuh serta seksaan api neraka bagi yang ingkar hingga hati menjadi lembut, selepas itu diperintahkan berhenti daripada meminum khamar, melakukan perzinaan dan berjudi, maka mereka mematuhinya.”

Oleh itu, arak tidak terus dilarang serta-merta. Ia mengambil tempoh tiga tahun untuk pengharaman arak secara keseluruhannya. Allah menurunkan ayat menerangkan bahawa arak yang diambil daripada buah kurma dan anggur adalah bukan daripada rezeki yang baik.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan daripada buah-buahan kurma dan anggur kamu jadikan daripada minuman yang memabukkan dan rezeki yang baik.”

Mengenai keburukan arak, Allah berfirman yang bermaksud: “Mereka bertanya kamu (Muhammad) mengenai khamar dan judi, katakanlah bahawa pada kedua-duanya dosa yang besar dan bermanfaat kepada manusia tetapi dosa kedua-duanya itu lebih besar daripada manfaat.” � (Surah al-Baqarah, ayat 219)

Kajian saintifik dan ilmiah membuktikan bahawa keburukan arak adalah jauh lebih besar daripada kebaikannya. Arak bukan ubat tetapi sebagai perosak penyakit. Arak boleh merosakkan selaput lendir perut dan menjadi racun yang masuk meresap dengan cepat ke dalam bahagian tubuh manusia terutama jantung dan buah pinggang.

Penyusun Ensiklopedia Islam, Profesor Muhammad Farid Wejdi menjelaskan: “Tidak pernah manusia menerima pukulan paling hebat seperti pukulan arak. Orang terkorban juga ramai disebabkan oleh arak. Jika dibanci orang sakit dalam hospital di seluruh dunia, nescaya yang paling ramai ialah penghidap penyakit gila dan penyakit urat saraf yang disebabkan arak. Orang yang menderita kesakitan urat saraf, kesakitan pundi makanan, kesakitan tali perut adalah disebabkan arak.”

Bagi memastikan umat Islam dikawal dan dijauhi daripada arak, pihak berkuasa perlu memastikan pemberian lesen penjualan arak terkawal dan tidak membabitkan orang Islam secara langsung atau tidak langsung.

Orang Islam sama sekali perlu dilarang bekerja di mana-mana kedai yang ada menjual arak. Menurut syarat pemegang lesen di bawah Seksyen 36 Akta Eksais 1976 (Akta 176), setiap pemegang lesen rumah awam, lesen rumah bir, lesen kedai runcit, atau lesen peniaga borong hendaklah tidak membenarkan pelanggannya meminum arak di kedainya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Rasulullah SAW melaknat mengenai arak, 10 golongan: yang memerahnya, minta diperahkannya, meminumnya, membawanya, minta dihantarnya, menuangkannya, menjualnya, makan harganya, membelinya, minta dibelikannya.” � (Hadis riwayat Tarmidzi dan Ibn Majah)

Penulis ialah Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia. Sila layari http://www.peguamsyarie.org

sumber~ http://www.bharian.com.my/

Mahkamah Syariah punyai kuasa laksana hukuman

MAHKAMAH Syariah di seluruh negara mempunyai bidang kuasa mengikut Akta Mahkamah Syariah untuk melaksanakan hukuman tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam kali sebatan.

Apabila Enakmen Tatacara Jenayah Syariah dipersetujui supaya diseragamkan di semua negeri, boleh dikatakan hampir semua negeri menerima pakai hukuman itu dan bermakna tidak ada pesalah yang boleh terlepas daripada menerima hukuman sebatan.

Seksyen 125 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah memperuntukkan alat sebatan tidak termasuk pemegangnya, hendaklah daripada jenis sama dan dibuat sama ada daripada rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.

Peruntukan seksyen itu yang terpakai dengan seksyen 126 menetapkan sebelum hukuman dilaksanakan, pesalah hendaklah diperiksa oleh seorang pegawai perubatan kerajaan untuk diperakui pesalah dalam keadaan kesihatan yang baik untuk menjalani hukuman.

Jika pesalah sedang hamil, pelaksanaan hendaklah ditangguhkan sehingga tamat tempoh dua bulan selepas dia melahirkan anak atau keguguran, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Hukuman hendaklah dilaksanakan di hadapan seorang pegawai perubatan kerajaan di tempat seperti diarahkan oleh mahkamah atau di suatu tempat yang ditetapkan kerajaan negeri.

Orang yang dilantik untuk melaksanakan hukuman itu pula hendaklah seorang yang adil dan matang; hendaklah menggunakan alat sebatan dengan kekuatan yang sederhana tanpa mengangkat tangannya melebihi kepalanya supaya tidak melukakan kulit pesalah.

Selepas mengenakan satu sebatan, dia hendaklah mengangkat alat sebatan itu ke atas dan tidak menariknya; sebatan boleh dikenakan ke seluruh bahagian tubuh kecuali muka, kepala, perut, dada atau bahagian-bahagian sulit.

Pesalah hendaklah memakai pakaian mengikut hukum syarak; bagi pesalah lelaki sebatan hendaklah dikenakan dalam keadaan berdiri dan pesalah perempuan dalam keadaan duduk.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s