Sah solat berimam Syiah, halal sembelihan

Soalan:
Adakah orang Syiah (Imamiyyah, Zaidiyyah, Ismailiyyah) Islam atau tidak? Adakah sah solat berimamkan Syiah dan halal makan sembelihan mereka.

Shaiful

Jawapan:
Lazimnya soalan ini dibincangkan dalam topik berkaitan akidah. Syiah sudah menyeleweng daripada akidah, namun masih dianggap Muslim.

Dalam hadis diriwayatkan al-Syafi’iy dalam musnadnya, menerusi kisah sahabat yang meminta izin Nabi untuk membunuh seorang yang dianggap munafik. Nabi SAW bertanya, apakah dia bersaksi bahawa Allah SWT satu-satunya yang benar berhak disembah, jawabnya: Ya ! Nabi SAW bersabda: “Aku disuruh menjalankan hukuman berdasarkan perkara zahir (nampak jelas ). Allah SWT yang menentukan apa yang ada dalam hatinya.” Demikian juga hadis sahih seperti riwayat Muslim yang mengandungi makna sama ketetapan di atas.

Kecuali apabila mereka melakukan suatu bersalahan amalan ahli Sunnah secara ketara seperti menambah rukun solat, pada waktu itu kita dibenarkan mufaraqah (berpisah daripada menjadi makmum).

Jika seseorang sudah mengetahui penambahan rukun oleh imam ahli bidaah sepertinya, dia perlu bersolat sendirian jika berada di kawasan dikuasai orang sesat seperti itu. Jika di tempat ahli sunnah adalah majoriti, dia perlu melarang ahli bidaah seperti itu daripada menjadi imam.

Sembelihan Syiah halal selagi berakidah kepada Allah SWT sebagai rabb dan menjalankan Islam dalam kehidupan. Apabila mereka mengatakan selain itu seperti Ali Abi Talib sebagai Tuhan (diimani golongan pelampau), tidak harus dimakan sembelihan mereka kerana sudah terkeluar daripada Islam seperti orang Musyrikin. Wallahu a’lam.

~Sumber dari http://www.bharian.com.my/

Advertisements

One thought on “Sah solat berimam Syiah, halal sembelihan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s