Ar-Rahnu terima berlian sebagai gadaian

Oleh Hasliza Hassan

YaPEIM perkenal segmen baru pertingkat khidmat pinjaman bagi manfaat pelanggan

BERLIAN sebagai barang gadaian yang akan menjadi segmen baru dalam pasaran Ar-Rahnu di Malaysia adalah langkah proaktif Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) memberi perkhidmatan relevan kepada masyarakat.

Melalui segmen baru barang gadaian Ar-Rahnu, mereka yang mempunyai berlian boleh melaksanakan aktiviti gadaian serta mempertingkatkan nilai barang gadaian terutama bagi perhiasan yang menggabungkan emas dan berlian.

Ketua Pengarah YaPEIM, Dr Abd Malek Awang Kechil, berkata tambahan segmen baru dalam perkhidmatan ditawarkan YaPEIM itu memenuhi aspirasi kerajaan mendahulukan kepentingan rakyat dengan memberi manfaat berganda kepada masyarakat.

Katanya, YaPEIM kini dalam proses melatih kakitangan kemahiran asas mengenai berlian serta cara penggredan sebagai persiapan ke arah merealisasikan perancangan menambah berlian sebagai barang gadaian seperti emas.

“YaPEIM melihat barang gadaian tidak terhad kepada emas saja. Oleh itu apabila kita melihat potensi yang ada pada berlian, YaPEIM mengambil langkah ke depan supaya dapat mempertingkatkan perkhidmatan memberi manfaat kepada pelanggan.

“Jika dulu pinjaman berdasarkan nilai emas saja, kini dengan ada kepakaran menilai berlian, jumlah pinjaman yang diberikan lebih tinggi,” katanya pada pertemuan dengan media di Jakarta, kelmarin.

Abd Malek bersama 10 pegawai kanan YaPEIM kini mengikuti kursus Penggredan Berlian selama empat hari bermula kelmarin di institut pakar yang terkenal dalam pengujian ketulenan berlian, Institut Gemology Paramita Indonesia.

Majlis pelancaran Kursus Pengredan Berlian anjuran YaPEIM dengan kerjasama Institut Gemology Paramita di Jakarta disempurnakan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail, serentak dengan pelancaran Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Padang, Sumatera Barat.

Pada peringkat awal ini seramai 70 kakitangan YaPEIM dari 59 cawangan Ar-Rahnu seluruh negara bakal mengikuti kursus yang dibahagikan kepada dua peringkat iaitu kursus eksekutif dan kakitangan penilai barang gadaian yang memakan masa dua bulan.

Abd Malek berkata, sebagai perkhidmatan baru YaPEIM perlu memastikan kakitangannya memiliki kemahiran serta pengetahuan dalam bidang pengenalan dan pengujian berlian supaya dapat memberi perkhidmatan berkesan.

Antara bidang menjadi tumpuan Kursus Penggredan Berlian ialah mengenali lebih mendalam mengenai berlian, mempelajari cara pengujian berlian menggunakan alat penguji berlian selain mengetahui risiko pengurusan berlian dan emas.

“Sebenarnya YaPEIM boleh mengadakan latihan di pusat berlian terkenal dunia seperti Cape Town atau Belgium tetapi memilih Indonesia kerana negara ini mempunyai sekretariat Ar-Rahnu yang memiliki kepakaran mengenai berlian.

“Institut Gemology Paramita ditubuhkan sejak 1989 menyediakan kursus termasuk mengenalpasti batu permata melalui warna. Kita berbangga kerana institut ini bersedia memberi latihan kepada kakitangan YaPEIM,” katanya.

Beliau berkata, sebagai segmen barang gadaian baru, penilaian berlian yang memberi nilai tambah kepada jumlah pinjaman diberikan YaPEIM untuk pelanggan memang mempunyai risiko.

Namun, menyedari manfaat serta impak besar kepada kumpulan sasar terutama dari segi peningkatan jumlah pinjaman yang akan diterima, YaPEIM meneruskan usaha menjadikan berlian sebagai barang gadaian baru.

Ini bermakna jika dulu pinjaman hanya berdasarkan nilai barang kemas tanpa mengira batu permata yang turut menjadi hiasan barangan kemas itu, kini dengan ada penilaian berlian, peminjam boleh mendapatkan jumlah lebih tinggi.

“Risiko penilaian berlian ini ialah apabila kita terpaksa membuat lelongan kerana nilai yang kita peroleh tidak akan sama dengan nilai pinjaman. Bagi yang lambat bayar pula, kita terpaksa menanggung kos lain termasuk insurans,” katanya.

Sumber ~ http://www.bharian.com.my

Advertisements

4 thoughts on “Ar-Rahnu terima berlian sebagai gadaian

  1. sy menghadapi masalah pada pajak gadai saya yang telah tamat tempoh
    sy sbagi pelajar dan ibu tunggal menghadapi masalah keawangan untuk menebus semula
    tapi saya x mahu barang saya di lelong
    sy mhon pihak bank bantu saya

  2. bila yapeim akan terima berlian sebagai gadaian??maklumat cuma mengatakan dalam proses.adakah yapeim menerima berlian yg tidak terikat dgn brg perhiasan(hanya batu berlian)?tolong beri maklum balas.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s