Tidak salah lakukan korban untuk orang sudah meninggal dunia

SEMPENA Aidiladha ini, saya bercadang melakukan ibadah korban untuk keluarga saya yang meninggal dunia. Saya ingin tahu apa hukumnya, harap dapat penjelasan.

Azlin,
Seremban, Negeri Sembilan

Saidina Ali Abu Talib pernah melakukan korban dua kambing. Seekor darinya untuk Nabi SAW selepas kewafatan Baginda. Lalu beliau ditanya mengenai perkara itu. Saidina Ali, berkata, “Aku diperintahkan Nabi SAW untuk berbuat demikian dan aku akan sentiasa melakukannya. (Hadis Tirmizi dan Abu Daud).

Rasulullah SAW pernah melakukan korban ketika di Mina, sabdanya, “Satu untuk dirinya sendiri dan yang satu lagi dikorbankan untuk umatnya. Di antara umatnya ketika itu ada yang sudah meninggal dunia. Sebuah hadis dari Jabir bin Abdillah menyebut bahawa Rasulullah SAW menyembelih korban dua kambing di Mina pada Aidiladha, dan berkata, “Sesungguhnya aku menghadapkan wajahku kepada Pencipta langit dan bumi dengan penuh keredaan dan aku bukan dari golongan orang yang ingkar. Sesungguhnya solatku, iba-datku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan sekalian alam, tiada sekutu bagi-Nya. Demikianlah aku diperintahkan dan aku adalah orang terawal menyerah diri kepada-Mu. Ya! Allah, ini adalah bagi Muhammad dan untuk umatnya. (Hadis Ibnu Majah).

Berdasarkan dalil di atas, kebanyakan ulama membolehkan ibadah korban dilakukan untuk orang yang meninggal dunia. Bagaimanapun ada sesetengah ulama tidak bersetuju amalan itu, Abdullah Al-Mubarak lebih cenderung mengatakan ia tidak dikira ibadat korban sebaliknya dianggap sedekah. Jika dilakukan korban sekalipun, dagingnya hendaklah disedekahkan semuanya.

~Sumber dari http://www.bharian.com.my

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s