Kaabah kiblat solat bagi umat Islam

Soalan:
MENGAPAKAH Kaabah dikenali dengan nama Baitullah?

Ingin tahu,
Johor Bahru

Jawapan:
Kaabah itu dikenali dengan Baitullah kerana Kaabah adalah tempat mengagungkan Allah SWT. Manusia datang ke Kaabah dari seluruh pelosok dunia untuk menunaikan kewajipan sudah ditetapkan Allah SWT iaitu haji ke Baitullah.

Manusia juga menunaikan solat dengan menghadap Kaabah, walau di mana mereka berada, untuk memenuhi syarat sah solat seperti firman Allah bermaksud: “Dan dari mana saja kamu keluar, makan palingkanlah wajahmu ke arahnya…” – (Surah al-Baqarah : 150)

Allah SWT menyandarkan Kaabah kepada nama-Nya bagi menunjukkan kemuliaannya. Untuk pengetahuan, sesuatu disandarkan kepada Allah SWT terbahagi kepada dua bentuk iaitu sama ada menunjukkan sifat Allah SWT seperti pendengaran Allah SWT, ilmu Allah SWT, kekuasaan Allah SWT, kalam Allah SWT ataupun daripada makhluknya sebagai memuliakannya dalam firman-Nya menerusi surah al-Hajj ayat ke 26, yang bermaksud: “Dan sucikanlah rumah-Ku bagi orang yang tawaf.”

~Sumber dari http://www.bharian.com.my

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s