Tiada ikatan kahwin manusia dengan jin

Soalan:
SAYA pernah mendengar cerita orang tua, bahawa orang yang mempunyai ilmu firasat serta mampu mengenal pasti jejak dan kebolehan itu disebabkan ia berkahwin dengan jin. Adakah benar cerita sedemikian?

Hawara’ Maqsurah
Damansara, Selangor.

Jawapan:
Kenyataan seperti ini tidak benar. Saya tidak pernah mengetahui bahawa seorang manusia boleh dilahirkan daripada hasil perkahwinan antara jin dengan manusia kerana jin bukan makhluk yang wujud dalam bentuk nyata tetapi berbentuk roh dan memiliki sifat angin walaupun ia mampu menukar kepada pelbagai bentuk dan rupa.

Bagaimanapun, mereka yang mampu mengenal pasti jejak dan sebagainya, mereka ini termasuk ahli firasat, memiliki kepandaian luar biasa dan pengalaman yang mencukupi.

Allah SWT menjadikan beberapa perbezaan antara jejak dan bekas kaki, di samping menjadikan beberapa perbezaan yang amat ketara di antara sesama manusia, pendek, tinggi, hitam, putih, kecil dan besar.

Anda dapat melihat 100,000 manusia tetapi tidak akan mendapati dua orang yang serupa dalam setiap sifat dan ciri-ciri yang dimilikinya. Inilah faktor utama bahawa mereka boleh membezakan antara satu manusia dengan manusia yang lainnya. Dengan demikian mereka dapat mengenal pasti jejak dan bekas kaki manusia.

~Sumber dari http://www.bharian.com.my

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s