Curi tulang rugikan pekerja, punca berlaku permusuhan

KITA berasa marah dan jijik kepada pencuri kerana perbuatan itu adalah salah di sisi agama, akhlak dan kemasyarakatan. Sikap negatif kita terhadap pencuri disebabkan pendidikan agama diterima selama ini.

Pencuri yang ditakuti biasanya adalah pencuri harta, karya dan benda yang dapat dilihat atau dirasa. Sebaliknya kita tidak sedar berlaku pencurian masa atau lebih difahami dengan istilah ‘curi tulang’ dalam tugas harian.

Curi tulang boleh berlaku dengan mengabaikan tugas dan tanggungjawab, melengahkan kerja atau meninggalkannya sama sekali dengan pelbagai helah atau alasan tidak munasabah. Ada kalanya tanggungjawab itu dilakukan tetapi sekadar melepaskan batuk di tangga.

Perbuatan keji ini jika diteruskan amat merugikan diri sendiri terutama apabila kita memahami kerja adalah ibadat terhadap Allah jika dikerjakan dengan tulus ikhlas dan penuh tanggungjawab.

Selain ganjaran pahala yang diterima, kita juga akan mendapat upahnya. Jadi, jika pengabaian terus berlaku, kita tidak akan menerima pahala yang boleh memberkati wang gaji. Tegasnya, wang upah yang kita terima jadi tidak bersih.

Selain itu, kita juga berdosa terhadap rakan sejawatan kerana menggendalakan kerja mereka dan meletakkan mereka dalam keadaan serba salah. Ditegur bimbang tidak diterima dan mengakibatkan permusuhan. Jika tidak ditegur, akan merugikan banyak pihak.

Sifat mensyukuri dan mencukupi amat penting supaya kita tidak menjadi orang yang tidak pernah rasa cukup, keluh-kesah dan jangan biarkan dikejar tak dapat, dikendong berciciran.

~sumber http://www.bharian.com.my/

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s