Niat ikhlas bertaubat diterima meskipun tak sempat dilaksana

AL-BUKHARI dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri, Nabi bersabda bermaksud: “Sebelum zaman kamu, pernah ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang, lalu dia bertanyakan seorang yang paling alim pada masa itu. Dia pun ditunjukkan kepada seorang rahib.

Dia berjumpa rahib itu. Kepada rahib dia memberitahu bahawa dia sudah membunuh 99 orang, apakah kemungkinan taubatnya masih diterima.
Rahib mengatakan taubatnya tidak mungkin diterima. Sebaik mendengar jawapan itu, lelaki tersebut telah membunuh rahib itu sehingga genaplah 100 orang yang telah dibunuhnya.
Selepas itu, dia mencari orang yang paling alim lagi pada zamannya, lalu ditunjukkan kepadanya seorang yang alim. Lalu dia mengatakan kepada orang alim itu bahawa dirinya sudah membunuh 100 orang, apakah mungkin jika dia bertaubat maka taubatnya akan diterima?

Orang alim itu menjawab: Ya, masih diterima. Siapakah yang boleh menghalangi antara seseorang dan taubatnya? Sekarang, pergilah engkau ke kampung ini dan ini, kerana di sana ada orang yang beribadah kepada Allah. Beribadahlah kepada Allah bersama mereka. Janganlah engkau kembali ke kampungmu, kerana kampungmu itu kampung yang teruk.

Orang itu pun berangkat. Ketika sedang dalam perjalanan, tiba-tiba maut datang menjemputnya. Melihat kejadian ini, bertengkarlah malaikat pembawa rahmat dan malaikat yang bertugas menyeksa.

Malaikat rahmat berkata: Dia datang dalam keadaan sudah bertaubat secara ikhlas kerana Allah. Malaikat azab berkata: Benar, namun dia belum membuat kebaikan sama sekali?
Seterusnya, datanglah seorang malaikat lain yang menyerupai dirinya dalam bentuk manusia untuk mengadili pertengkaran mereka. Malaikat itu berkata: Jika begitu, ukurlah akan kamu jarak dari sini ke kampung yang ditinggalkan dan ke kampung yang hendak dituju lelaki itu; ke kampung mana yang lebih dekat, bererti dialah yang berhak ke atas orang ini.

Kedua-duanya lalu sama-sama mengukur dan ternyata kedudukan orang itu lebih dekat pada kampung yang akan di tujunya, akhirnya malaikat rahmat pun membawa orang itu.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
~sumber http://www.bharian.com.my/

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s