Kiamat antara 5 perkara ghaib luar jangkauan ilmu

DARIPADA Ibnu Umar, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah: tiada yang mengetahui apa akan terjadi esok hari melainkan Allah; tiada seorangpun yang mengetahui bila waktu hujan akan turun melainkan Allah; tiada seorang mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah dan tiada yang mengetahui bila kiamat terjadi melainkan Allah.” (Hadis riwayat Bukhari)

Pemilik ilmu itu adalah Allah, tiada yang luput daripada pengetahuan-Nya, yang nampak mahu pun yang tersembunyi.
Manusia dan makhluk lain tidak diberi ilmu oleh Allah melainkan hanya sedikit saja. Ilmu manusia jika dibandingkan dengan ilmu Allah ibarat setitik air lautan.
Firman Allah yang bermaksud: “Katakanlah, jika lautan menjadi tinta (menulis) kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat Tuhanku meskipun Kami datangkan lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan.” (Surah al-Kahfi, ayat 109)

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

http://www.bharian.com.my

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s