Nama anak perlu ada ciri keislaman

Menamai zuriat dengan panggilan terlalu panjang akan disingkatkan hingga tiada maksud

SAYA baru mendapat cahaya mata lelaki dan masih ragu-ragu untuk menamakan anak saya. Apakah nama yang sesuai untuk anak saya kerana

bimbang akan memberi kesan kepadanya di masa depan. Apakah benar nama ada hubungan dengan baik atau buruknya nasib seseorang.

Hamizan,
Merlimau, Melaka
Nama atau ‘Ismun’ dalam bahasa Arab adalah perkara paling penting dalam peradaban manusia. Ilmu pertama diajar oleh Allah SWT kepada manusia

pertama iaitu Nabi Adam ialah nama.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan dia mengajarnya kepada Adam, nama-nama benda seluruhnya.” (Surah al-Baqarah, ayat 31)

Nama adalah ciri atau tanda supaya orang yang diberi nama dapat mengenal dirinya atau dikenali oleh orang lain.

Diceritakan dalam al-Quran yang bermaksud: “Hai Zakaria, sesungguhnya Kami memberi khabar gembira kepadamu akan (beroleh) seorang anak yang

namanya Yahya, yang sebelumnya Kami belum pernah menciptakan orang yang serupa dengan dia.” (Surah Maryam, ayat 7)

Anak adalah anugerah Allah SWT untuk dipelihara dan dijaga dengan baik kerana ibu bapalah yang akan mencorakkan kehidupan mereka pada masa

depan. Oleh itu, selepas seminggu dilahirkan, anak akan diberi nama baik yang bercirikan keIslaman.
Nabi SAW pernah menyuruh sahabat menamakan anak yang baru dilahirkan pada hari ketujuh kelahiran. Nama yang baik ialah nama bersandarkan lafaz

ketuhanan yang melambangkan penghambaan kepada Allah SWT.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya nama yang paling disukai Allah SWT ialah Abdullah (hamba Allah ) dan Abd Rahman (hamba

pada yang maha pemurah).” (Hadis riwayat Muslim, at-Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah dari ‘Abdullah bin ‘Umar)

Imam Nawawi berpendapat, walaupun nama ‘Abdullah’ dan ‘Abdurrahman’ adalah nama paling baik, namun tidak salah menamakan anak dengan nama

lain kerana Nabi SAW sendiri pernah menamakan bayi yang dibawa kepadanya dengan nama “al-Munzir”.

Imam Qastalani menyebut, nama itu menjadi mulia kerana disandarkan kepada sifat Allah SWT. Begitu juga nama yang baik seperti Abd Qadir, Abd.

Quddus, Abd Malik dan sebagainya.

Namun, ada juga nama yang dilarang Nabi SAW seperti sabda Baginda yang bermaksud: “Seburuk-buruk nama di sisi Allah SWT pada hari kiamat ialah

lelaki yang menamai dirinya Malikul Muluk (raja segala raja) kerana tiada raja pada sekalian raja melainkan Allah SWT. Begitu juga nama Harb

(peperangan) dan Murrah (pahit)..” (Irsyadus Sari-Imam Qastallani)

Nabi SAW sendiri pernah menukar nama seorang perempuan bernama A’siah (yang berdosa) kepada Jamilah (yang cantik).

Ibnul Qayyim menyebut, nama juga boleh memberi kesan kepada pemiliknya sama ada elok ataupun sebaliknya, ringan dan berat serta kasar dan halus.

Jika nama tidak memberi kesan nescaya Nabi SAW tidak akan menukar nama buruk seperti disebutkan tadi.

Apa yang mendukacitakan, ada di kalangan masyarakat Islam sekarang menamakan anak mengikut cita rasa sendiri berdasarkan sedapnya pada sebutan

sedangkan hakikatnya membawa makna tidak baik.

Malah, ada juga menganggap nama sandaran kepada Allah dan rasulnya sebagai kolot dan tidak bertamadun. Akhirnya mereka meletakkan nama terlalu

panjang sehingga sukar untuk dipanggil dan disingkatkan oleh orang lain kepada nama pendek yang tidak diketahui maksudnya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama kamu dan nama bapa kamu, maka

indahkanlah nama kamu.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Oleh itu, disarankan kepada mereka yang ingin menamakan anak hendaklah merujuk kepada orang yang arif bahasa Arab atau sandarkan kepada nama

Allah yang 99 (Asmaul Husna) kerana ia adalah nama baik.

Berhati-hati ketika mendaftarkan anak kerana ejaan yang salah akan membawa pengertian negatif daripada sudut bahasa Arab.

Penulis ialah eksekutif di Jabatan Agama NST dan boleh dihubungi melalui e-mel zaman@nstp com.my

~sumber dari http://www.bharian.com.my/

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s