Pendidikan akhlak penting bagi melahir generasi berkualiti

Oleh Prof Madya Dr Engku Zaki Engku Alwi

PEMBABITAN remaja dengan masalah yang merunsingkan kebelakangan ini tidak boleh dipandang ringan dan usaha keras perlu dilakukan bagi

mengelak golongan itu terus melakukan kesilapan demi kesilapan.

Remaja adalah generasi yang serius, kritikal, lambang kepada kekuatan, kecergasan, kecerdasan akal dan kemantapan fizikal serta spiritual. Semua sifat

dan kriteria remaja itu dijelaskan Allah dalam al-Quran.
Firman-Nya yang bermaksud: “Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah (bayi dan kanak-kanak), selepas berkeadaan lemah itu Dia

menjadikan kamu kuat (remaja dan belia). Selepas itu Dia menjadikan kamu lemah pula (tua) serta tua beruban. Dia menciptakan apa yang

dikehendaki-Nya dan Dialah juga yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.” (Surah al-Rum, ayat 54)
Zaman remaja juga penuh dengan pelbagai godaan dan cabaran yang menguji kewarasan berfikir serta kematangan bertindak. Paling penting sekali,

zaman remaja saat mula belajar mengenal erti dan matlamat hidup yang sebenarnya.

Pada saat inilah mereka mula menerima tanggungjawab melaksanakan kewajipan diperintahkan Allah kepada mereka. Mereka bertanggungjawab

sepenuhnya terhadap segala perbuatan sama ada dosa atau pahala sesuai dengan amalan yang dilakukan.

Dari perspektif Islam, zaman remaja adalah zaman menuntut pengisian terbaik supaya mereka lahir sebagai generasi berkualiti dan bermanfaat kepada

agama, bangsa serta negara, bukan menjadi generasi yang rosak binasa serta menimbulkan masalah.

Oleh itu, Islam menitikberatkan pendidikan muda-mudi supaya mereka muncul sebagai generasi terbaik yang taatkan Allah dan Rasul-Nya serta

berkhidmat untuk Islam.
Pengisian yang baik sewaktu zaman remaja juga melayakkan seseorang Mukmin mendapat perlindungan Allah semasa perhimpunan di Padang

Mahsyar pada hari akhirat nanti. Pendek kata, zaman remaja adalah kesempatan keemasan yang hanya datang sekali sepanjang hayat manusia.

Kajian menunjukkan pengisian yang salah ketika remaja, kecetekan ilmu agama, kekurangan perhatian ibu bapa dan pengaruh budaya luar yang

mendominasi kehidupan masa kini antara punca masalah muda-mudi dalam masyarakat Malaysia.

Faktor itu menyebabkan muda- mudi kekosongan jiwa yang akhirnya mendorong mereka mencari keseronokan di luar seperti melepak, berpeleseran di

stesen bas dan kompleks membeli-belah, bergaul bebas dengan pasangan, melakukan perbuatan bertentangan budaya dan nilai Islam.

Islam dari awal sudah menggariskan corak pendidikan yang sesuai kepada muda mudi supaya lahir sebagai generasi berkualiti. Islam mengajar remaja

supaya memiliki pendirian hidup yang jelas, menghiaskan diri dengan identiti dan sahsiah Islam.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu suka menjadi pak turut yang bersikap, “Aku bersama-sama orang ramai, kalau mereka

baik maka baiklah aku dan kalau mereka tak baik, aku pun tak baik.” Sebaliknya hendaklah kamu cekalkan diri kamu dengan bersikap, “Jika orang ramai

baik, aku akan menurut jejak langkah mereka dan jika mereka berlaku tak baik, aku akan menjauhi kejahatan mereka.” (Hadis riwayat Tirmizi)

Pendidikan akhlak penting membentuk peribadi dan sahsiah muda-mudi supaya dapat membezakan akhlak terpuji dan akhlak yang keji. Pada masa sama,

remaja juga perlu dibimbing menguruskan masa dengan baik.

Rasulullah SAW memberi panduan menguruskan masa dalam sabda yang bermaksud: “Seorang Muslim mestilah membahagikan masanya selama

hayatnya untuk empat perkara, iaitu masa bermunajat kepada Allah, masa melakukan muhasabah dirinya sendiri, masa berfikir kejadian Allah, masa

untuk tujuan kehidupan seharian seperti makan minum, bekerja mencari rezeki halal,” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Selain itu, kekuatan dan ketrampilan adalah lambang generasi remaja berkualiti. Islam inginkan umatnya terutama remaja memiliki kekuatan dan

ketrampilan yang menjadi prasyarat ke arah kejayaan cemerlang.

Kekuatan dikehendaki Islam bukan hanya kekuatan fizikal, termasuk kekuatan akal dan rohani yang menjadi benteng kukuh mendepani cabaran

mendatang. Ibu bapa, kerajaan serta masyarakat berperanan membangunkan remaja sebagai generasi yang berkualiti.

~sumber dari http://www.bharian.com.my/

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s