Ilmu Hitam (Kebal)

Keinginan jadi kebal langgar fitrah manusia

Katanya, terdapat surah di dalam al-Quran menyatakan kejadian manusia adalah sebaik-baik ciptaan dan keinginan untuk menjadi kebal dianggap melanggar fitrah seorang manusia.

“Pada pandangan mata kasar, individu itu seakan kebal sedangkan ia berlaku dengan bantuan jin selepas melakukan proses tertentu seperti mandi air mandian mayat.

“Manusia perlu bersyukur dan menerima hakikat kejadian yang akan mengalami rasa sakit serta luka. Mereka tidak seharusnya bergantung kepada bantuan jin,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, segala ilmu khurafat dan amalan syirik hanya mendatangkan kemudaratan kepada pengamalnya.

Beliau mengulas laporan Harian Metro, Sabtu lalu mengenai seorang ketua kaki pukul yang mengamalkan ilmu kebal menggunakan air mandian tujuh mayat beragama Islam sejak dua tahun lalu sebelum jatuh sakit selepas melanggar pantang.

Lelaki yang dikenali sebagai Awang, berusia 40-an berkata ilmu terbabit diperoleh daripada seorang bomoh warga Indonesia menetap di ibu kota.

Katanya, sepanjang mengamalkan ilmu terbabit, dia digeruni ramai, malah tidak lut sekiranya ditetak atau ditikam menggunakan senjata tajam setiap kali berlakunya pergaduhan.

Bagaimanapun, Awang mulai jatuh sakit selepas menjejak kakinya ke tanah perkuburan bagi urusan kematian isterinya sejak enam bulan lalu yang dianggap pantang kepada pengamal ilmu terbabit.

sumber: http://www.hmetro.com.my/

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s