Ilmu Hitam (Sihir – Pelalau)

Derita Sihir Pelalau

Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN

Wanita berusia 44 tahun ini baru bertemu jodohnya dua tahun lalu. Bukan sengaja menolak jodoh atau ingin digelar andartu, namun guru yang mengajar di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur ini menjelaskan ada satu cerita pahit di sebalik kehidupannya.

Sihir Pelalau

“Setiap kali pulang ke kampung dan berkumpul dengan saudara-mara, soalan bila mahu kahwin pasti ditanyakan kepada saya.

“Saya memang tidak pernah berniat untuk menolak jodoh tetapi apakan daya, tidak ada seorang pun yang datang meminang saya, melainkan suami saya sekarang,” kata wanita yang mahu dikenali sebagai Jemilah ini.

Dengan usia yang semakin bertambah, naluri anak perempuan tunggal dalam lima beradik ini sudah lama terseksa. Semuanya dikatakan berpunca daripada sihir pelalau yang dititipkan kepadanya melalui rojak buah 22 tahun lalu.

Yang paling menyedihkan, sihir itu dihantar oleh rakan baiknya sendiri.

Murung

“Benda itu ada dalam diri saya sejak di bangku sekolah lagi. Pada mulanya saya fikir saya lemah semangat dan mudah tertekan, sebab itu saya pernah diserang histeria di sekolah beberapa kali.

“Rupa-rupanya saya ialah mangsa sihir. Saya sendiri tidak tahu tapi keluarga dan rakan-rakan rapat yang beritahu,” katanya.

Menurut Jemilah, semasa proses pengubatan, ustaz yang merawatnya mengatakan dia terkena sihir pelalau.

“Pada mulanya saya tidak tahu telah disihir, malah saya tidak percaya kerana seingat saya, saya tidak mempunyai musuh.

“Namun, selepas beberapa kali meracau dan menjadi pemurung, emak dan ayah tidak senang duduk dan mula mengikhtiarkan pelbagai cara untuk mengubati saya.

“Kebanyakan pengamal perubatan tradisional itu memberitahu saya disampuk benda ghaib, namun tidak dapat dipastikan apakah bendanya.

“Sejak itu, kehidupan saya berubah 180 darjah. Saya lebih suka menyendiri. Tidur malam saya tidak lena kerana rasa seperti ditindih dan sering bermimpi perkara yang mengerikan. Kulit saya mula rasa kering dan pedih.

“Mujur sihir itu tidak menjejaskan pelajaran saya. Kalau diingatkan semula, saya tidak tahu bagaimana saya boleh fokus dalam pelajaran sedangkan fikiran saya selalu runsing ketika itu,” kata graduan Universiti Jordan ini.

SIHIR pelalau dipercayai menyebabkan sesetengah wanita lambat mendapat jodoh. – Gambar hiasan

Mula terkena sihir pada tahun 1988 pada usia 22 tahun, jin yang dikatakan bersarang dalam tubuh Jemilah hanya keluar pada tahun 1999.

“Saya sudah puas berubat. Dengar saja ada orang yang pandai mengubat, saya pergi. Kadang-kadang sampai tak larat nak pergi berubat.

“Keadaan saya beransur pulih tetapi ‘benda ghaib’ itu masih ada dalam badan,” ceritanya.

“Sampailah pada tahun 1999, saya berubat dengan seorang ustaz di Rawang, Selangor. Alhamdulillah, berkat usaha dan doa yang tidak pernah putus, dia dapat membebaskan saya daripada sihir tersebut,” imbas Jemilah.

Ditanya bagaimana dia ini mendapat tahu dikenakan sihir pelalau, Jemilah yang berasal dari Klang, Selangor memberitahu, apabila berubat dengan ustaz terbabit, dia pernah meracau.

“Saya tidak sedar apa yang berlaku, tetapi rakan dan emak yang menemankan saya berubat menceritakan semula apa yang terjadi.

“Sebenarnya, selepas ‘dipaksa’ oleh ustaz itu, jin tersebut berterus terang. Siapa yang menghantarnya, melalui cara apa, mengapa dan apa tujuannya,” ujar Jemilah.

Dari situ baru Jemilah tahu segala-galanya.

“Jin yang memasuki badan saya dihantar oleh rakan baik saya. Namanya tidak perlulah saya sebutkan.

“Menurut mereka yang menyaksikan pengubatan itu, jin berkenaan mengaku dia mengacau saya kerana tiga sebab.

“Pertama kerana saya selalu cepat menjawab apabila cikgu bertanya soalan di dalam kelas.

“Kedua, kerana sifat saya yang periang dan disenangi oleh guru dan rakan. Ketiga, kerana saya aktif dalam persatuan dan sering mewakili sekolah dalam pelbagai pertandingan.

“Tujuan saya disihir supaya hubungan saya dingin dengan semua orang yang rapat dengan saya.

“Tidak hairanlah, ramai yang mengatakan muka saya seperti orang kebingungan, mudah marah dan cepat tersentuh,” jelas Jemilah yang baru dua tahun bergelar isteri kepada seorang anak murid ustaz yang mengubatinya dahulu.

Muntah darah

Ceritanya lagi, saat jin itu dikeluarkan, dia memuntahkan semula rojak buah yang dimakan 22 tahun lalu yang diberikan oleh rakannya itu.

Mendalami apa itu sihir pelalau, kata Jemilah, sihir jenis itu digunakan untuk menghalang seseorang terutama perempuan daripada dipinang atau dikahwini.

“Mereka yang terkena sihir pelalau dikatakan lambat menerima jodoh kerana apabila ada lelaki yang ingin berdampingan dengannya, mereka akan nampak muka pesakit pucat seperti mayat ataupun tidak berseri,” tambahnya yang bersyukur kerana keluarga memahami masalahnya dan tidak pernah memaksanya berkahwin.

Walaupun pada mata kasar Jemilah boleh dianggap sudah sembuh dan jauh daripada cengkaman pelalau, dia masih dapat merasakan ada benda lain yang menumpang di tubuhnya.

“Ada masanya saya dapat merasakan saya sedang bertarung dengan makhluk lain dalam diri saya. Saya berharap ia cuma ilusi kerana saya sudah tidak sanggup menanggung seksa disihir lagi.

“Bagi wanita di luar sana, jika anda seorang periang dan keletah anda sering menarik perhatian ramai, seeloknya dikurangkan. Takut ada yang busuk hati,” nasihatnya sebelum meminta diri petang itu.

sumber dari http://intim.wordpress.com/

Advertisements

9 thoughts on “Ilmu Hitam (Sihir – Pelalau)

  1. sihir. Yang heran nya kita sendiri tak tahu kenapa kita hendak di sihir oleh orang yang tertentu.

    Sekarang ini sihir nya lagi canggih. Tak perlu pakai asap kemenyan. Dengan menggunakan mantra dan computer semua boleh jadi. Orang yang mahu sihir kita dia akan mengambil nama dan tarikh lahir kita saja. Dengan menggunakan computer nya dia akan melakukan mantra nya dan menyeru makhluk halus memasuki badan kita dengan melalui faraj. Sungguh biadab sekali. Sejauh ini belum ada yang mengetahui akan hal ini. Hanya sekumpulan dari mereka yang melakukan akan mengetahui nya. Perkara ini telah berlarutan dari tahun 2003. Banyak yang sudah terkena tanpa di ketahui. Sebab itu lah kita lihat berapa banyak pemuda pemudi hari ini nafsu amarah sangat kuat. Tidak pasti mereka terkena atau tidak Allahualam. Untuk mengahadapkan mereka ke muka pengadilan adalah suatu perkara yang sia sia kerana tidak ada bukti yang sah. Orang yang melakukan ini tergolong dari professional. Pendidikan mereka semua dari peringkat atasan. Mantra yang digunakan adalah dari mantra mantra yang bahasa nya dari zaman Fir’aun. Siapa yang terkena nafsu nya akan di control oleh orang yang melakukan nya. Ini bermakna gadis itu akan bernafsu kalau melihat orang yang melakukan nya. Itu lah sebab nya di galakkan para wanita mengisi diri dengan ayat ayat Al Quran dan baca ayat ayat pelindung diri. Baca hari hari. Makhluk yang di puja itu memang kuat. Kalau tak hati hati memang boleh tewas. Problem nya adalah jika kita terkena kalau ada lelaki yang minat pada kita, mahkluk itu akan menyekat supaya lelaki itu pergi jauh jauh dan tidak mendekati kita. Kalau begini jadi nya susah wanita itu dan menemui jodoh nya. Hanya dengan mendekati diri kita dengan Allah dan doa inshaAllah mereka akan dapat ditewaskan. Kalau di amati memang suatu perkara yang sungguh biadab dan tidak bermaruah. Tapi apa nak di kata, manusia zaman ini macam macam yang di lakukan. Hanya kita harus berhati hati dan selalu minta bantuan dari Allah. Allah saja yang dapat membantu.

  2. Saya sangat prihatin mendengar cerita adik jamilah dan jangan takut kepada Jin, Syaitan dan iblis lainnya, pada dasarnya orang yang memberi rojak itu adalah iblis, syaitan, dan jin yang bermuka manusia, HASBUNALLAH WANIKMAL WAKIL WANIKMAL MAULA WANIKMAL WAKIL, MUDAH-MUDAH ALLAH MENYERTAI HIDUPMU YANG ABADI DIDUNIA DAN AKHIRAT.

  3. Saya baru berusia 25 tahun dan bekerja hanya sebagai pekerja kontrak di Kedah.
    Kejadian yang menimpa saya pada bulan Januari 2011 merupakan sesuatu kejadian yang mungkin tidak akan saya lupakan.Saya telah sakit sejak 2010. Saya tidak menduga sakit saya adalah gara-gara sihir. Memang seperti yang dijangka sesiap yang terkena sihir..Akan mengetahui tujuan, bagaimana, serta cara penyihir melakukannya ketika rawatn sedang dijalankan. sesungguhnya kejadia yang menimpa saya telah membuka mata saya tentang kebesaran Allah.. betapa ketika itu hanya ALLAH tempat kita memohon pertolongan. Saya kehilangan diri saya hampir 48 jam…Saya sentiasa berdoa semoga orang yang melaukan sihir tersebut supaya kembali kepada ALLAH. WALLAHHUALAM

  4. semakin canggih dunia semakin tinggi juga martabat syaitan mengaburi manusia melalui persahabatan dengan syaitan atau ilmu sihir dengan berbagai nama seperti ilmu guna-guna, ilmu teluh, pelalau, minyak dagu, saka dsb. Jangan ambil mudah perkara mengubati gangguan syaitan kerana dukun atau bomoh yang berdampingan dengan jin dan syaitan bukan jawapan terhadap kes ini. Ia umpama lari dari mulut buaya masuk ke mulut naga. Sekadar berkongsi info, bagi yg bermasaalah saya suka mencadangkan nama seorang ustaz berasal dari kampung saya : ustaz adi wijaya bin Iskandar, lokasi tinggal : kg belahan tampok, rengit, batu pahat, johor sebagai usaha ikhtiar mencari penawar bagi penyakit-penyakit berkaitan gangguan syaitan. Kata orang klu nak tau ikhlas/tidaknya sesaorang menolong dalam perubatan tengoklah pengerasnya. kalau ada harga memanglah sah dia bomoh material…..

  5. saya pon nk mintak no telefon ataupon alamat ustaz tue boleh….saya pon ader penyakit yang sama mcm awak..please…tq

    • saya tinggal di JB, jarang balik kg tetapi klu nak datang berubat dengan dia, datang aja terus ke kampung saya. sampai kat kampung belahan tampok, rengit, batu pahat, johor tanya orang lokasi rumah dia, InsyaAllah kat area tu semua kenal dia sebab dia ni jenis ‘orang suka tolong orang’ jadi disayangi masyarakat. atau blh juga hantar surat dulu tanya masaalah samada perlu jumpa atau dia akan bagi panduan sahaja dulu…

  6. hello saya pun nak ubat diri kena pelalau,saya juga berusia 46 bujang lapok..dah ada juga ustaz kata saya kena pelalau .Suruh saya cari ubat.Saya ingin alamat orang yang boleh ubati pelalau ini.sila bagi hantar pada saya terus sms 0193179523 ..atau email saya dichaplin77@ymail.com…terimaksih pada yang sudi membantu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s