Umat pentingkan kebersihan berdaya saing tinggi, dinamik

Oleh Mohd Rizal Azman Rifin

SEJAK kebelakangan ini dilaporkan peningkatan kes penyakit denggi dan kadar kematian berpunca daripadanya. Kementerian Kesihatan memperkenalkan pelbagai strategi dan slogan dalam usaha menangani penyakit denggi.

Sebenarnya dalam apa juga pendekatan untuk berdepan isu serangan penyakit, perkara yang mesti diutamakan ialah menjaga kebersihan, bukan saja kebersihan diri, juga merangkumi kebersihan alam sekitar.
Seandainya setiap manusia sedar pentingnya memelihara kebersihan diri dan alam sekitar, masalah penyakit dapat dibanteras. Sebab itu Islam meletakkan kebersihan sebagai satu cabang iman.
Click Here
Seseorang mukmin yang sentiasa peka dan bertanggungjawab terhadap kebersihan diri, ahli keluarga dan alam sekitarnya tergolong dalam golongan yang beriman.
Memang indah dan mempesonakan kerana Allah SWT memerintahkan kita untuk menekankan kualiti kebersihan sebagai teras dalam membina kehidupan yang lebih bermakna serta mampu menjalani cabaran hidup dengan harmoni.

Umat sentiasa menjaga dan memelihara kebersihan akan menjadi umat yang sihat. Kebersihan dan kesihatan penting untuk membina kekuatan ummah yang berdaya saing tinggi dan bersifat dinamik. Keseimbangan kekuatan itu menjadikan kehidupan lebih baik.

Malangnya, ada rumah dan premis perniagaan dimiliki umat Islam tidak menjaga kebersihan hingga mendatangkan kemudaratan. Sepatutnya, aspek kebersihan dijadikan agenda utama dalam usaha memelihara kesihatan diri, persekitaran dan sebagai strategi menarik lebih ramai pelanggan.
Tanpa usaha yang bersungguh memelihara alam sekitar, tidak mustahil penyakit boleh merebak dan yang akan menerima kesannya masyarakat sendiri. Justeru, buang sikap suka mengambil mudah aspek kebersihan dan jadikan penjagaan kebersihan sebagai keutamaan.

Firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya Allah senang kepada orang yang bertaubat dan senang kepada orang yang membersihkan diri.” (Surah al-Baqarah: 222)

Sebanyak 973 kes demam denggi dan enam kematian dilaporkan di seluruh negara sepanjang 19 hingga 25 September lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata kes demam denggi meningkat 50 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Oleh itu, seluruh masyarakat mesti bersama melakukan gotong-royong untuk membersih dan mengindahkan kawasan persekitaran. Lagipun, Islam menggalakkan umatnya saling membantu dalam perbuatan baik dan memberi manfaat.

Selain mengelak punca mendatangkan penyakit, menjaga kebersihan seperti menganjurkan gotong-royong dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan setiap amalan kebajikan akan diberi ganjaran oleh Allah.

Firman Allah SWT bermaksud: “Dan tolong-menolong kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah sangat berat seksa-Nya.” (Surah al-Maidah: 2).

Sumber dari Berita Harian Online – http://www.bharian.com.my/

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s